• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Ketahui 11 Forts Tinggalan British Yang Boleh Dikunjungi Di Sarawak

Oleh
Farisha
5 Mac 2024
Kongsi
7 Min Bacaan

Kubu atau fort dijadikan destinasi untuk dikunjungi semasa melancong ke Sarawak.

Ketahui 11 Forts Tinggalan British Yang Boleh Dikunjungi Di Sarawak. Kita sebagai orang Sarawak atau mungkin orang luar, sudah terbiasa dengan salah satu kubu terkenal tinggalan zaman British iaitu Fort Magherita. Fort Magherita yang terletak di tebingan sungai Sarawak. telah dibina pada tahun 1879 dan dinamakan sempena nama isteri kepada Rajah Charles Brooke, Renee Margaret.

Tapi, tahukah kita bahawa Fort Magherita bukan satunya fort atau kubu tinggalan zaman British yang masih ada di Sarawak. Sempena bulan kemerdekaan ini, kita boleh menjadikan destinasi kubu in sebagai destinasi untuk dikunjungi.

Ketahui 11 Forts Tinggalan British Yang Boleh Dikunjungi Di Sarawak
Ketahui 11 Forts Tinggalan British Yang Boleh Dikunjungi Di Sarawak. Sumber gambar: Sarawak Museum Department

1.Fort Alice, Sri Aman

Kubu yang tidak kurang asing dihalwa telinga orang Sarawak iaitu Fort Alice yang terletak di Sri Aman. Dikenali sebagai Fort James pada mulanya tetapi telah diubah pada kepada Fort Alice sempena nama isteri Rajah Charles Brooke, Ranee Margaret Alice. Dibina pada tahun 1849 dan kini telah menjadi Sri Aman Heritage Museum.

Ketahui 11 Forts Tinggalan British Yang Boleh Dikunjungi Di Sarawak
Sumber gambar: Sarawak Museum Department

2.Fort Arundell, Lubok Antu

Fort Arundell yang terletak di Lubok Antu, Sri Aman adalah sebuah kubu yang dbina khas untuk mengenang kebaikan residen Sri Aman terhadap kaum Iban. Oleh sebab itu, kubu ini dinamakan sempena nama beliau iaitu iaitu Gilbert Roger Arundell. Kubu yang dibina pada tahun 1912 ini digunakan sebagai pusat pentadbiran.

Ketahui 11 Forts Tinggalan British Yang Boleh Dikunjungi Di Sarawak
Ketahui 11 Forts Tinggalan British Yang Boleh Dikunjungi Di Sarawak. Sumber gambar: Sarawak Museum Department

3.Fort Lily, Betong

Mungkin kubu kali ini jarang dikenali kerana ianya terletak disebuah kawasan terpencil tapi keunikkan seni bina nya yang telah menggunakan kayu belian ini sangat menarik. Fort Lily yang terletak di kawasan Betong ini telah dibina pada tahun 1858. Seperti kubu yang lain, ianya dijadikan sebagai tempat pertahanan daripada serangan orang Iban dari Sadok.

Ketahui 11 Forts Tinggalan British Yang Boleh Dikunjungi Di Sarawak
Sumber gambar: Sarawak Museum Department

4.Fort Charles, Kabong

Satu lagi fort yang terletak di kawasan Betong iaitu Fort Charles. Lokasi nya yang terletak di sebuah perkampungan Melayu iaitu Kabong menjadikan ianya kubu yang kurang terdedah kepada umum. Dibina pada tahun 1895 dan dijadikan tempat pentadbiran pada masa itu.

Ketahui 11 Forts Tinggalan British Yang Boleh Dikunjungi Di Sarawak
Ketahui 11 Forts Tinggalan British Yang Boleh Dikunjungi Di Sarawak. Sumber gambar: Sarawak Museum Department

5.Fort Brooke, Julau

Untuk orang Sarikei, pasti sudah tahu tentang kubu yang terletak di Nanga Meluan, Julau ini. Dibina pada tahun 1935 dan menggunakan sepenuhnya kayu belian menjadikan ianya sebuah binaan yang kalis peluru. Bahkan, ianya sempat digunakan sebagai Balai Polis.

Ketahui 11 Forts Tinggalan British Yang Boleh Dikunjungi Di Sarawak
Sumber gambar: Sarawak Museum Department

6.Fort Emma, Kanowit

Dinamakan sempena nama adik Rajah James Brooke dan dbina pada tahun 1851. Senibina yang diperbuatkan dari bahan buluh sepenuhnya dan lantai yang tidak disimen ini adalah kerana kubu yang terletak di Kanowit ini digunakan sebagai penjara untuk tahanan yang dijaga oleh kaum Sikh dan Sarawak Ranger.

Ketahui 11 Forts Tinggalan British Yang Boleh Dikunjungi Di Sarawak
Ketahui 11 Forts Tinggalan British Yang Boleh Dikunjungi Di Sarawak. Sumber gambar: Sarawak Museum Department

7.Fort Slyvia, Kapit

Pada awal dikenali sebagai Fort Kapit dan telah dibina pada tahun 1880. Kubu ini telah dijadikan sebagai tempat pentadbiran serta sebagai kubu untuk dijadikan tempat mengawal aktiviti terutamanya aktiviti perbalahan orang Iban terhadap kaum minoriti yang lain seperti Ukit dan Bukitan. Pada masa kini, kubu ini telah beroperasi sebagai Tun Jugah Foundation dimana mempamerkan semua khazanah yang memperingati tokoh pahlawan Sarawak ini.

Ketahui 11 Forts Tinggalan British Yang Boleh Dikunjungi Di Sarawak
Ketahui 11 Forts Tinggalan British Yang Boleh Dikunjungi Di Sarawak. Sumber gambar: Sarawak Museum Department

8.Fort Lio Matu, Marudi

Kubu yang terletak di Marudi ini telah dibina pada tahun 1911 dan dijadikan mahkamah untuk penduduk setempat Lio Matu, Marudi. Uniknya, pada tahun 1963 dimana berlakunya konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia, kubu ini telah dijadikan kubu pertahanan untuk Malaysia daripada ancaman pihak Indonesia.

Ketahui 11 Forts Tinggalan British Yang Boleh Dikunjungi Di Sarawak
Ketahui 11 Forts Tinggalan British Yang Boleh Dikunjungi Di Sarawak. Sumber gambar: Sarawak Museum Department

9.Fort Long Akah, Marudi

Satu lagi kubu yang terletak di Marudi ini iaitu Fort Long Akah. Kubu yang dibina pada tahu 1929 ini bukan sahaja dijadikan sebagai tempat pengawasan sebarang aktiviti terutamanya serangan daripada pihak Jepun. Bahkan, ianya dijadikan sebagai tempat pembelajaran untuk penduduk setempat tentang bagaimana membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris dan tentang cara bagaimana menggunakan senjata seperti pistol.

Ketahui 11 Forts Tinggalan British Yang Boleh Dikunjungi Di Sarawak
Ketahui 11 Forts Tinggalan British Yang Boleh Dikunjungi Di Sarawak. Sumber gambar: Sarawak Museum Department

10.Fort Hose, Baram

Kubu yang dibina pada tahun 1898 ini telah dijadikan sebagai tempat untuk mengawasi aktiviti pemberontak terhadap pimpinan Brooke. Bangunan yang dibina semula pada tahun 1996 ini dek kerana kebakaran yang berlaku pada tahun 1994 telah telah dijadikan Baram Regional Museum. Museum yang mempamerkan keaslian dan keunikkan kaum yang majoriti di Baram seperti Kayan, Kenyan, Kelabit dan Penan.

Ketahui 11 Forts Tinggalan British Yang Boleh Dikunjungi Di Sarawak
Sumber gambar: Sarawak Museum Department

11.Old Fort, Limbang

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang komuniti Bisaya, Lun Bawang, Tagal dan Kadayan maka Limbang Regional Museum adalah tempat yang tepat untuk dilawati. Pada asalnya, muzium ini merupakan salah satu kubu tinggalan zaman British dan dikenali sebagai Old Fort. Dibina pads tahun 1897 namun terjadi kebakaran dan ianya dibina semula pada 1991.

Ketahui 11 Forts Tinggalan British Yang Boleh Dikunjungi Di Sarawak
Ketahui 11 Forts Tinggalan British Yang Boleh Dikunjungi Di Sarawak. Sumber gambar: Sarawak Museum Department

Jadi, ini adalah 11 fort atau kubu selain Fort Margherita yang boleh dijadikan destinasi pelancongan untuk individu yang berminat tentang bangunan lama tinggalan sejarah ini. Bahkan, dengan bangunan lama sebegini kta dapat merasai suasana masa lalu bagaimana perihnya zaman sebelum kemerdekaan agar kita lebih menghargai arti kemedekaan kita kini.

Untuk tempat menarik yang lain yang boleh dikunjungi, boleh baca artikel berikutnya:

https://www.iloveborneo.my/ini-3-tempat-menarik-di-sekitar-kuching-serian-yang-boleh-anda-lawati-semasa-cuti-sekolah

Aktiviti Menarik Bersama Si Kecil, Pameran Mini Haiwan Reptilia Bakal Diadakan Di Summer Mall

SUMBER :Sarawak Museum Department
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bayi Meninggal Dunia, Pelajar Perempuan IPTA Ditahan Sembunyi Kelahiran
Next Article Wanita Terlibat Kemalangan Hasil Kenderaan Curi Ini Berjaya Ditangkap Polis Di Kampung Jagoi Wanita Terlibat Kemalangan Hasil Kenderaan Curi Ini Berjaya Ditangkap Polis Di Kampung Jagoi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?