• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sama Tapi Tak Serupa, Ketahui Persamaan Bahasa Melayu Sambas Dan Bahasa Melayu Sarawak

Oleh
Nazihah AN
22 Februari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan
Sama Tapi Tak Serupa, Ketahui Persamaan Bahasa Melayu Sambas Dan Bahasa Melayu Sarawak

Kenapa Bahasa Sambas kedengaran seperti Bahasa Melayu Sarawak? Ini penjelasannya

Sama Tapi Tak Serupa, Ketahui Persamaan Bahasa Melayu Sambas Dan Bahasa Melayu Sarawak. Jika anda pernah berjumpa dengan penutur Bahasa Melayu Sambas dari Kalimantan Barat dan Bahasa Melayu Sarawak, anda mungkin perasan bahawa mereka boleh berbual tanpa banyak halangan. Apa rahsianya? Rupa-rupanya, kedua-dua bahasa ini mempunyai banyak persamaan linguistik yang menarik dan berpunca daripada sejarah dan budaya yang saling berkait rapat.

Mungkin ada yang pelik, tapi sebenarnya, Sambas dan Sarawak bukan sahaja berkongsi pulau yang sama, iaitu Borneo, tetapi juga memiliki sejarah yang saling berkait sejak zaman pemerintahan kerajaan Sambas dan Sarawak Bumi Kenyalang. Jadi, tidak hairanlah apabila bahasa mereka turut mempunyai kesamaan.

Sama Tapi Tak Serupa, Ketahui Persamaan Bahasa Melayu Sambas Dan Bahasa Melayu Sarawak
Sumber gambar: antaranews

Bahasa Melayu Sambas vs Bahasa Melayu Sarawak

Bahasa Melayu Sambas dituturkan di wilayah seperti Kabupaten Sambas, Kota Singkawang, dan Bengkayang di Kalimantan Barat. Sementara itu, Bahasa Melayu Sarawak pula mempunyai variasi dialek mengikut bahagian, seperti Kuching, Sri Aman, Miri, dan Limbang. Uniknya, di bahagian utara Sarawak seperti Miri dan Limbang, dialek Melayu mereka lebih mirip kepada Bahasa Melayu Brunei kerana kedekatan geografi.

Persamaan Akhiran dan Kosa Kata

Satu ciri menarik adalah persamaan akhiran kata antara kedua-dua bahasa ini. Contohnya, dalam Bahasa Melayu Sambas, ada yang menggunakan akhiran “E” dan “O”, seperti dalam perkataan ranto laut. Bahasa Melayu Sarawak juga mempunyai akhiran serupa.

Selain itu, ada pencampuran unsur bahasa Dayak dalam kedua-dua bahasa ini. Bahasa Melayu Sambas dipengaruhi oleh dialek Dayak Banyuke, manakala Bahasa Melayu Sarawak turut mengambil beberapa kosa kata daripada Bahasa Iban, iaitu bahasa utama masyarakat Dayak di Sarawak.

Sama Tapi Tak Serupa, Ketahui Persamaan Bahasa Melayu Sambas Dan Bahasa Melayu Sarawak

Contoh Perbandingan Bahasa

Berikut adalah beberapa persamaan menarik antara Bahasa Melayu Sambas, Bahasa Melayu Sarawak, dan Bahasa Melayu Standard:

  1. Aku/Kamek (Sambas) vs Kamek (Sarawak) = Saya
  2. Kawu/Direk (Sambas) vs Kawu/Kitak/Dirik (Sarawak) = Kamu
  3. Die/Nya (Sambas) vs Nya (Sarawak) = Dia
  4. Aok/Auk (Sambas) vs Aok/Auk (Sarawak) = Iya
  5. Ndak/Da’an (Sambas) vs Ndak/Sik (Sarawak) = Tidak/Tak
  6. Sitok (Sambas) vs Sitok (Sarawak) = Sini
  7. Sinun (Sambas) vs Sinun (Sarawak) = Sana

Persamaan Budaya & Tradisi

Selain bahasa, Sambas dan Sarawak juga mempunyai persamaan dalam seni bina rumah, makanan, serta adat dan tradisi. Kesamaan ini wujud kerana mereka berkongsi sejarah lampau yang sama sebagai komuniti Melayu di Pulau Borneo.

Bahasa Melayu Sambas dan Bahasa Melayu Sarawak bukanlah perkara yang asing untuk saling difahami kerana ia berasal daripada akar sejarah yang sama. Menariknya, persamaan ini turut wujud antara Bahasa Melayu Banjar, menjadikan komuniti Melayu di Borneo unik dan penuh warna.

Jika anda berkesempatan bertemu dengan penutur Bahasa Melayu Sambas atau Sarawak, cuba berbual dengan mereka. Siapa tahu, anda mungkin menemui lebih banyak persamaan!

Menarik kan? Nak tahu tak apa juga cerita menarik mengenai Borneo? Baca di bawah:

Singkawang, Pesona Kota Cina Tersembunyi di Kalimantan Barat
Hidang Saprah, Tradisi Unik Makan Bersila Melayu Sarawak
SUMBER :The Patriots
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Kraf Tradisional Yang Unik Hanya Ditemui Di Sabah Ini Kraf Tradisional Yang Unik Hanya Ditemui Di Sabah
Next Article Ketahui Kisah Disebalik Nama, Pemilik SugarBun Rupanya Usahawan Dari Sabah Ketahui Kisah Disebalik Nama, Pemilik SugarBun Rupanya Usahawan Dari Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?