• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

KVC Dance Troupe Sabah Perjuangkan Warisan Tarian Tradisional Di Persada Dunia

Oleh
Farisha
8 September 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Kolej Vokasional Keningau melahirkan bakat seni tari bertaraf dunia

KVC Dance Troupe Sabah Perjuangkan Warisan Tarian Tradisional Di Persada Dunia. Kumpulan penari Kolej Vokasional (KV) Keningau ataupun KVC Dance Troupe yang terdiri daripada beberapa pelajar lelaki dan perempuan dari pelbagai program vokasional tekad untuk memartabatkan tarian-tarian tradisional tempatan melalui penglibatan konsisten dalam pelbagai aktiviti.

Mereka telah mempelajari sebanyak mungkin jenis tarian tradisional melalui bengkel tarian, membuat persembahan di acara awam dan majlis ekslusif serta menyertai pelbagai pertandingan di peringkat tempatan dan global.

Pasukan ini telah mendapat pingat perak dalam pertandingan seni Star Bridge Malaysia Poland pada bulan Ogos 2024 yang diadakan secara jarak jauh dan mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Malaysia (TA’ SEEM) peringkat negeri Sabah yang dikelolakan secara bersemuka di Kudat pada bulan Jun 2024.

KVC Dance Troupe Sabah Perjuangkan Warisan Tarian Tradisional Di Persada Dunia
KVC Dance Troupe Sabah Perjuangkan Warisan Tarian Tradisional Di Persada Dunia

Pasukan ini telah lama ditubuhkan oleh guru Bahasa Inggeris di kolej itu iaitu Nurazilah Othman yang merupakan seorang pakar tarian lantikan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dengan bantuan guru dan staf pasukan seni persembahan sekolah itu iaitu Nur Syahida Mohd Nazri, Siti Aminah Sebli @ Sabli, Dzul Japarisa Ekang dan Lerry David.

Pada masa kini, pasukan ini dianggotai oleh Vennyvanisha Leku Frances, Safirza Madinah Joise Duan, Ave Vannissa Edmund, Marie Rose Barry, Tracy Walter, Muhd Alif Nazrul Nasir, Arman Mailin, Haiqal Danish Rizal, Jerry Beckham Eswor, Leorend Lawerinis, Sonia Ivana Jack dan Reallesah Karim.

Selain daripada majlis di kolej tersebut, pasukan ini sering membuat persembahan di pelbagai acara rasmi dan komuniti di Keningau termasuklah Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sekolah Sabah 2023 dan Crocker Range Festival 2024.

Antara tarian yang pasukan ini telah pelajari adalah Magunatip, Joget, Rambai, Sumazau, Angalang, Zapin, Inang, Raja Berangkat, Tarian Rakyat Cina, Barathanatyam dan Limbai.  Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Nordin bin Akup, meluahkan rasa terharu dengan kegigihan pasukan ini yang bukan sahaja menjulang kepelbagaian kaum di negara ini namun turut membantu memelihara warisan budaya.

Dia sentiasa menyokong usaha pasukan seni persembahan di kolej itu yang sentiasa mencari jalan untuk mencungkil bakat di kalangan generasi muda melalui pelbagai bidang seni. Selain seni tarian, kolej itu juga aktif dalam bidang seni nyanyian, seni visual, deklamasi puisi, teater, koir serta kugiran.

Video persembahan KVC Dance Troupe ini bolehlah ditonton melalui pautan YouTube berikut https://youtu.be/7f6awW65dso?feature=shared

Baca juga artikel yang berkaitan:

Empat Pelajar Sabah Terbit Artikel Editorial Di Majalah Bahasa Inggeris Nusantara
Guru Sabah Finalis Anugerah Inovasi Bahasa Inggeris Antarabangsa
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rundingan Hak Minyak Dan Gas Bersama Sarawak Buntu, Petronas Kaji Tindakan Undang-Undang
Next Article Ditemui Terbaring Di Hadapan Sebuah Kedai Makan Di Miri, Lelaki Disahkan Maut

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?