• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Laksa Jadi Tarikan Ramai, Anda Harus Ke Cafe Hideout Kuching

Oleh
ILB - AI
12 Mac 2023
Kongsi
5 Min Bacaan
Laksa Jadi Tarikan Ramai, Anda Harus Ke Cafe Hideout Kuching

Tahukah anda hampir semua stall vendor di sini berlatar belakang culinary dan chef? 😯

Laksa Jadi Tarikan Ramai, Anda Harus Ke Cafe Hideout Kuching. Sekiranya anda sedang mencari port laksa baru di Kuching atau nasi campur Dayak (untuk non-Muslim), terdapat satu tempat makan di Kuching anda harus cuba!

Terletak di sebelah Crown Towers Kuching, kafe ini bukan sahaja kini meningkat sebagai hotspot laksa, ia juga dibuka pada waktu malam menyajikan makanan bergoreng yang berpelbagaian. Satu fakta menarik adalah, hampir semua vendor stall yang berjual di sini berlatar belakang ‘culinary’ dan ada juga yang betul2 chef tau.

Laksa Jadi Tarikan Ramai, Anda Harus Ke Cafe Hideout Kuching

Menghidangkan laksa dengan kulit ayam dan udang segar

Antara tarikan utama Cafe Hideout adalah laksa mereka – dikatakan, perisa kuah laksa mereka agak unik kerana kurangnya penggunaan santan, menghasilkan aroma laksa yang lebih kuat.

Bagi penggemar kulit ayam, laksa yang dihidangkan di kedai makan ini mempunyai kulit ayam dan udang segar (siap dikopek lagi tu!)

Laksa Special (ada kulit ayam). Kredit: FB Cafe Hideout
Laksa Ayam (hanya ayam sahaja). Kredit: FB Cafe Hideout

Terdapat tiga jenis laksa yang dihidangkan iaitu Laksa Special (ada kulit ayam goreng, ayam rebus, udang segar, hirisan telur goreng), Laksa Udang (hirisan telur goreng, udang dan ayam sahaja) dan Laksa Ayam (hirisan telur goreng dan ayam sahaja).

Yang lagi best, anda boleh tempah kuah laksa sahaja sekiranya anda ingin memakan kuah tersebut sebagai sup untuk hidangan anda.

Laksa Udang. Kredit: FB Cafe Hideout

Menu goreng dan nasi campur turut tersedia

Jika anda ingin mencuba menu yang lain, terdapat juga gerai yang menjual makanan bergoreng sebagai menu mereka seperti nasi goreng, Penang char kueh tiaw, Kueh Tiaw Tomato/ Bee Hoon / Mee Crispy, Mee Kantonis / Crispy / Kueh Tiaw / Bee Hoon dan sebagainya.

Anda pasti akan rasa berbaloi tempah makanan di sini, kerana semua makanan dalam menu Cafe Hideout tidak melebihi RM10 tetapi portionnya sangat besar!

Kredit: FB Cafe Hideout

Bagi mereka yang non-Muslim, kedai ini juga mempunyai gerai yang menjual makanan segera Dayak. Untuk pengetahuan anda, gerai ini sahaja yang menyajikan lauk non-halal.

Pelbagai jenis lauk tersedia setiap hari dengan harga bermula dari RM5 (untuk 1 sayur dan 1 daging). Tambah sayur RM1 manakala tambah daging adalah RM2. Yang penting, masih ekonomi!

Kredit: FB Cafe Hideout
Kredit: FB Cafe Hideout

Turut tersedia adalah nasi lemak yang berpelbagaian lauk. Antara menu menarik adalah nasi lemak crispy lamb dan nasi lemak ayam goreng ala2 McD!

Kredit: FB MAKAI
Kredit: FB MAKAI

Santai di tempat duduk luar gaya garden mereka pada waktu malam

Jika anda ingin mengunjungi kedai ini pada waktu malam, Cafe Hideout juga beroperasi sehingga lewat malam – sesuai untuk mereka yang ingin singgah untuk makan malam atau sekadar bersantai selepas seharian bekerja.

Dengan persekitaran yang santai, nikmati diri anda dengan beberapa bir dan makanan gorengan, serta jag Calamansi special mereka pada harga RM20 sahaja!

Kredit: FB Cafe Hideout
Kredit: FB Cafe Hideout

Kecuali gerai nasi campur, gerai laksa dan goreng mereka juga akan beroperasi sehingga malam.

Terdapat juga stall panggang yang menghidangkan pelbagai daging panggang – sesuai untuk dinikmati dengan minuman anda.

Kredit: FB Cafe Hideout

Sebagai tambahan pula, setiap hari Sabtu akan ada menu khas iaitu nuba laya (nasi dibalut dalam daun isip [makanan tradisi Orang Ulu]) dan smoked pork serta ulam-ulaman dan linut!

Kredit: FB Cafe Hideout

Jika anda berminat untuk ke sini, berikut adalah masa operasi dan lokasi mereka:
Lokasi: 7705, Jalan Pending, Kuching, Malaysia
Masa operasi: Buka setiap hari kecuali hari Ahad, 8AM – 12AM
Media sosial: Facebook | Instagram | WhatsApp (untuk buat tempahan)

Jika anda tidak dapat ke sini, anda boleh memilih untuk tempah dari aplikasi Grab juga!

Lagi di sini:

Tumpik Resepi Asli, Nikmati Menu Istimewa Ini Di Gerai Legend No.15 Pasar Tamu Bintangor
Cafe Hidden Gem, Dawn House Di Sarikei Ini Saji Menu Unik Gabungan Asia Dan Barat Buat Anda
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Amalan 'Serah' Anak Kepada Keluarga Baru Setelah Berkahwin, Ketahui Adat 'Nguai' Iban Amalan ‘Serah’ Anak Kepada Keluarga Baru Setelah Berkahwin, Ketahui Adat ‘Nguai’ Iban
Next Article 'Speechless' Dibuatnya, Foodie Vlogger Ceddy Puji Keenakan Laksa Sarawak ‘Speechless’ Dibuatnya, Foodie Vlogger Ceddy Puji Keenakan Laksa Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?