• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Mendung Escape Bau Tawar Penginapan Yang ‘Cool’ Atas Langit Ditemani Kabus Dan Bintang

Oleh
Aina Musa
29 November 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Mendung Escape Bau Tawar Penginapan Yang 'Cool' Atas Langit Ditemani Kabus Dan Bintang
Mendung Escape Tawar 'Staycation' Atas Gunung Pertama Di Sarawak

Inginkan percutian yang rare maka sinilah lokasi yang sesuai untuk anda

Mendung Escape Bau Tawar Penginapan Yang ‘Cool’ Atas Langit Ditemani Kabus Dan Bintang. Anda sedang mencari tempat percutian yang tenang serta dikelilingi dengan alam semula jadi yang mendamaikan? Mendung Escape ini merupakan tempat yang sesuai untuk anda. 

Isi Isi Penting
  • Inginkan percutian yang rare maka sinilah lokasi yang sesuai untuk anda
  • Kira-kira 1 jam perjalanan dari Kuching.
  • Harga sewa penginapan
  • Apa yang menarik di Mendung Escape?

Terletak di sebuah perkampungan di Bau, Mendung Escape ini merupakan satu-satunya resort yang menawarkan penginapan di atas gunung di Sarawak. 

Mendung Escape Bau Tawar Penginapan Yang 'Cool' Atas Langit Ditemani Kabus Dan Bintang
Mendung Escape Bau Tawar Penginapan Yang ‘Cool’ Atas Langit Ditemani Kabus Dan Bintang. Kredit Foto: FB Michele Goh Vivian

Mendung Escape ini menawarkan ‘staycation’ di Chalet gaya ‘AirBnb’ dan terletak di kaki pergunungan Singai, Bau dengan dihiasi pemandangan hutan hijau yang memukau. 

Kira-kira 1 jam perjalanan dari Kuching.

Mendung Escape ini mengambil masa sekitar 1 jam perjalanan dari pusat bandar Kuching. 

Untuk sampai ke Mendung Escape ini pula, pengunjung perlu meletakkan kenderaan di ruangan parkir yang disediakan tanpa sebarang cas dikenakan. Kemudian, pengunjung perlu mendaki gunung sejauh 700 meter. Namun, trail tersebut tidak begitu mencabar dan pendakian boleh dilakukan secara santai. Pendakian tersebut pula mengambil masa kira-kira 20 hingga 30 minit.

Nasib baiklah sekarang, pengangkutan barang-barang anda ke puncak Mendung Escape tidak lagi begitu sukar kerana terdapat perkhidmatan monorack yang membantu anda.

Mendung Escape Bau Tawar Penginapan Yang 'Cool' Atas Langit Ditemani Kabus Dan Bintang
Mendung Escape yang terletak di kaki gunung Singai, Bau. Foto Kredit: FB Mendung Escape
Mendung Escape Bau Tawar Penginapan Yang 'Cool' Atas Langit Ditemani Kabus Dan Bintang
Sumber : FB Mendung Escape

Harga sewa penginapan

Rate harga yang ditawarkan pula adalah serendah RM 228 sehingga RM412 semalam bergantung dengan jumlah bilik dan jenis bilik yang dipilih. 

Sekiranya anda datang bersama keluarga ataupun rakan-rakan, anda boleh menyewa seluruh resort tersebut. Resort itu menawarkan 3 buah bilik tidur yang dilengkapi dengan 3 katil, 1 bilik mandi dan tandas. 

Chalet tersebut boleh memuatkan sehingga 7 hingga 8 orang pada satu masa. 

Apa yang menarik di Mendung Escape?

Banyak aktiviti yang menarik boleh dilakukan di sini terutamanya pada waktu malam.

Mendung Escape Bau Tawar Penginapan Yang 'Cool' Atas Langit Ditemani Kabus Dan Bintang
Kredit Foto: Michele Goh Vivian

Barbeku sambil menikmati pemandangan gunung merupakan antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini. Namun begitu, alat-alat dan makanan untuk BBQ perlu disediakan sendiri oleh pengunjung yang datang. 

Pengunjung juga boleh menyaksikan ‘milky way’ atau bintang pada waktu malam sambil menikmati udara segar di situ. Sambil-sambil itu bolehlah duduk minum kopi ataupun teh sambil berbual melihat bintang.

Mendung Escape Bau Tawar Penginapan Yang 'Cool' Atas Langit Ditemani Kabus Dan Bintang
Bath tub di luar balkoni. Foto Kredit: FB Mendung Escape

Chalet ini juga menyediakan bath tub yang diletakkan di luar balkoni supaya pengunjung boleh mandi sambil bersantai menikmati alam sekitar di sekeliling mereka.

Mendung Escape Bau Tawar Penginapan Yang 'Cool' Atas Langit Ditemani Kabus Dan Bintang
Foto Kredit: FB Mendung Escape

Dinding bilik tidur juga diperbuat daripada kaca dan pengunjung boleh menikmati ‘sunrise’ dan keindahan hutan sekeliling terus daripada bilik persis sedang bercuti di Bali. 

Sekiranya anda berminat untuk bermalam di sini, anda boleh boleh terus menghubungi pemilik Mendung Escape Resort di talian 010-9615338 untuk membuat tempahan. 

Baca juga bagaimana pemilik Mendung Escape ini mendapat ilham untuk membina monorack bagi memudahkan tetamunya:

SUMBER :FB Mendung Escape
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lakukan Perbuatan Keji Depan Surau, Penceramah Bebas Didakwa 9 Pertuduhan Rogol Dan Amang Seksual
Next Article Peralatan Trafik Habis Dicuri, Tular Perilaku Vandalisme Di Jalan Pan Borneo Peralatan Trafik Habis Dicuri, Tular Perilaku Vandalisme Di Jalan Pan Borneo

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?