• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penduduk Vista Perdana Miri Kecewa, Kriteria Lampu Isyarat Tak Seperti Yang Dijanjikan

Oleh
Husna Hazmi
7 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Penduduk luah kekecewaan, lampu isyarat yang dijanjikan sebelum ini tidak menepati kriteria.

Penduduk Vista Perdana Miri Kecewa, Kriteria Lampu Isyarat Tak Seperti Yang Dijanjikan. Dilaporkan penduduk perumahan Vista Perdana Miri mempersoalkan rekabentuk projek pembinaan lampu isyarat yang sepatutnya dibina di Jalan Bypass untuk kemudahan penduduk tidak menepati seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Penduduk telah membuat aduan dengan Jawatankuasa Penduduk Zon Vista Perdana memberitahu rekabentuk lampu isyarat yang dibina ketika ini seolah-olah untuk kegunaan penduduk perumahan elit berdekatan.

Penduduk Vista Perdana Miri Kecewa, Kriteria Lampu Isyarat Tak Seperti Yang Dijanjikan
Penduduk Vista Perdana Miri Kecewa, Kriteria Lampu Isyarat Tak Seperti Yang Dijanjikan. Sumber foto: Utusan Borneo

Dibina bukan seperti yang dijanjikan

Menurut pengadu, kelihatan lampu isyarat yang hampir siap dibina itu adalah untuk kegunaan penduduk di perumahan elit bersebelahan dan bukannya seperti yang dipaparkan dalam akhbar pada awal Januari lalu.

Jelasnya lagi, penduduk di kawasan Vista Perdana adalah ramai serta bilangan kenderaan keluar masuk ke perumahan itu juga bertambah berbanding perumahan elit di seberang jalan.

Penduduk terpaksa membuat pusingan-U sejauh kira-kira empat kilometer untuk ke Vista Perdana jika menggunakan Jalan Bypass dan keadaan bertambah sesak pada waktu puncak, tambahnya lagi.

Oleh itu, penduduk katanya mahu pihak berkaitan melihat dan merancang semula rekabentuk lampu isyarat untuk kegunaan kedua-dua penduduk perumahan berdekatan.

Sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran, pihak berkaitan terpaksa membuat pusingan U yang jauh untuk masuk ke Vista Perdana.

Penduduk Vista Perdana Miri Kecewa, Kriteria Lampu Isyarat Tak Seperti Yang Dijanjikan

Lebih kepada kegunaan penduduk perumahan elit

Jika dilihat pada rekabentuk lampu isyarat tersebut, ia lebih kepada kegunaan penduduk perumahan elit berdekatan sedangkan lampu isyarat ini dijanjikan untuk penduduk Vista Perdana yang mempunyai bilangan penduduk yang lebih ramai, jelas pengadu lagi.

Perumahan berkenaan mempunyai Vista Perdana Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 (yang akan dibangunkan), selain kediaman apartment, semi-D dan banglo.

Jalan keluar masuk ke Vista Perdana kebiasaannya sesak ketika waktu puncak di mana pada waktu orang ramai turun bekerja, menghantar anak ke sekolah dan sebagainya.

Oleh demikian, penduduk Vista Perdana berharap pihak berkaitan turun padang dan menilai semula projek berkenaan seperti yang telah dijanjikan sebelum ini.

Sebelum ini dalam siaran akhbar pada 8 Januari lalu, Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata satu lampu isyarat akan dipasang di simpang jalan kawasan Vista Perdana, iaitu salah satu lokasi paling sesak pada waktu puncak.

Beliau berkata cadangan pemasangan lampu isyarat itu dibuat kerana Vista Perdana merupakan kawasan perumahan dan pusat komersial yang semakin membangun dan pada masa yang sama, pengguna tidak perlu memandu sejauh 1.5 kilometer semata-mata untuk membuat pusingan U,. jika mahu ke Lutong, South Lake ataupun Permyjaya.

Baca lagi cerita terkini di sini:

Ugut Lempar Kucing Peliharaan Ke Sungai, Penculik Minta Wang Tebusan Sebanyak RM6K Di Kuching
Pamer Keindahan Gurun California, Pianis Sarawak Lancar Muzik Video Bertaraf Antarabangsa
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Legenda Kaum Iban Mengisahkan Percintaan Antara Seorang Manusia Dan Dewi Legenda Kaum Iban, Kisah Percintaan Antara Seorang Manusia Dan Dewi
Next Article Penduduk Siburan Bakal Alami Gangguan Air Jumaat Ini Penduduk Seluruh Kawasan Siburan Bakal Alami Gangguan Air Jumaat Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?