• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lakukan Serangan Seksual Terhadap Gadis Bawah Umur Di Baram, Lelaki Ini Dipenjara 14 Tahun

Oleh
Nazihah AN
19 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Lakukan Serangan Seksual Terhadap Gadis Bawah Umur Di Baram, Lelaki Ini Dipenjara 14 Tahun

Kejadian berlaku di Tinjar, Baram.

Lakukan Serangan Seksual Terhadap Gadis Bawah Umur Di Baram, Lelaki Ini Dipenjara 14 Tahun. Mahkamah Sesyen telah menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan dua sebatan terhadap seorang lelaki setelah mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap seorang gadis bawah umur.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling selama tiga tahun semasa menjalani hukuman penjara dan dua tahun pengawasan polis selepas selesai hukuman.

Lakukan Serangan Seksual Terhadap Gadis Bawah Umur Di Baram, Lelaki Ini Dipenjara 14 Tahun
Lakukan Serangan Seksual Terhadap Gadis Bawah Umur Di Baram, Lelaki Ini Dipenjara 14 Tahun

Suspek berumur 23 tahun telah menyentuh payudara gadis bawah umur

Menurut laporan media tempatan, Hakim Amir Shah Amir Hassan telah menjatuhkan hukuman itu setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan bersalah dan rayuan tertuduh, fakta kes, keseriusan kesalahan yang dilakukan dan mengambil kira kepentingan awam.

Suspek Albeto Sanchez Sait, 23, dari Long Tuyut, Tinjar Baram telah didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792), yang boleh dihukum di bawah seksyen sama Akta yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan rotan.

Mengikut fakta kes, tertuduh melakukan kesalahan itu terhadap seorang gadis berusia 15 tahun dengan menyentuh payudaranya untuk tujuan seksual.

Lakukan Serangan Seksual Terhadap Gadis Bawah Umur Di Baram, Lelaki Ini Dipenjara 14 Tahun
Gambar sekadar hiasan

Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan secara berasingan mulai hari ini.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa telah dilakukan oleh tertuduh pada jam 11.20 malam pada 4 Jan, dan 2.45 petang keesokan harinya di sebuah rumah di Tinjar, Baram.

Bagi kesalahan pertama, tertuduh dihukum penjara enam tahun dan satu sebatan, manakala bagi kesalahan kedua, tertuduh dihukum penjara lapan tahun dan satu sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Asyraf Fahmy Md Roselan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Lakukan Serangan Seksual Terhadap Gadis Bawah Umur Di Baram, Lelaki Ini Dipenjara 14 Tahun
Gambar sekadar hiasan

Lagi artikel semasa, anda boleh tekan pautan di bawah:

PM Anwar Ibrahim Tunaikan Solat Jumaat Di Kuching, Ini Laluan Trafik Masjid Jamek
Kongsi Gambar Menakutkan, Lelaki Tak Sangka Terserempak Kelibat Pocong Di Belakang HUS
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bekalan Elektrik Diputus, CompuWay Kecewa Dilayan Tidak Professional Oleh Pihak Pengurusan Bekalan Elektrik Diputus, CompuWay Kecewa Dilayan Tidak Professional Oleh Pihak Pengurusan
Next Article Cipta Nama Di Pentas Antarabangsa, Novel Ditulis Anak Sarawak Dijadikan Filem Hollywood

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?