• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Cipta Nama Di Pentas Antarabangsa, Novel Ditulis Anak Sarawak Dijadikan Filem Hollywood

Oleh
Husna Hazmi
19 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Claudia Tan, gadis jelita asal Sarawak yang berjaya menempa nama di peringkat Antarabangsa.

Cipta Nama Di Pentas Antarabangsa, Novel Ditulis Anak Sarawak Dijadikan Filem Hollywood. Daripada menulis di Wattpad, anak kelahiran Sarawak, Claudia Tan ini telah berjaya menempa nama di pentas antarabangsa apabila novel yang ditulisnya bakal dijadikan filem Hollywood.

Isi Isi Penting
  • Perfect Addiction dibaca oleh lebih dari 85 juta pembaca
  • Dijadikan filem Hollywood
  • Dijemput ke set pengambaran di Eropah
  • Impian seumur hidup tercapai

Berasal dari Kuching Sarawak, Claudia Tan merupakan seorang penulis dan artis pop yang amat berbakat.

Cipta Nama Di Pentas Antarabangsa, Novel Ditulis Anak Sarawak Dijadikan Filem Hollywood
Cipta Nama Di Pentas Antarabangsa, Novel Ditulis Anak Sarawak Dijadikan Filem Hollywood. Sumber foto: TikTok Claudia Tan

Perfect Addiction dibaca oleh lebih dari 85 juta pembaca

Novelnya Perfect Addiction telah meraih lebih daripada 85 juta pembaca di platform Wattpad dan pada tahun 2015, Claudia pernah menerima anugerah People’s Choice Award di anugerah Wattys.

Di TikTok, Claudia Tan baru-baru ini telah berkongsi pengalamannya sebagai seorang penulis novel dari Malaysia yang berjaya menempa nama diperingkat antarabangsa setelah novel yang ditulisnya bakal dijadikan sebuah filem Hollywood.

Perfect Addiction oleh Claudia ini diterbitkan di platform Wattpad ketika dia berusia 16 tahun dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan sehingga pihak Wattpad sendiri menghubunginya untuk menerbitkan novel tersebut menjadi buku.

Cipta Nama Di Pentas Antarabangsa, Novel Ditulis Anak Sarawak Dijadikan Filem Hollywood
Sumber foto: TikTok Claudia Tan

Dijadikan filem Hollywood

Pihak Wattpad juga ada mengatakan bahawa berkemungkinan besar novel yang ditulisnya itu akan dijadikan filem Hollywood.

Setelah setahun berlalu, Claudia menerima berita baik di mana novel yang ditulisnya itu akan dijadikan filem dan salah seorang pelakon yang akan membintanginya adalah Ross Butler!

Cipta Nama Di Pentas Antarabangsa, Novel Ditulis Anak Sarawak Dijadikan Filem Hollywood
Sumber foto: TikTok Claudia Tan

Dijemput ke set pengambaran di Eropah

Semua berlalu dengan amat pantas bagi dirinya, Claudia telah dijemput ke set pengambaran di Eropah dan melihat proses belakang tabir filem yang diadaptasi dari novel Perfect Addiction ditulis oleh dirinya itu. Claudia juga berkata bahawa dia berasa bagai berada di alam mimpi kerana dapat melihat semua pelakon-pelakon hebat Hollywood ini memainkan watak yang dicipta oleh dirinya.

Cipta Nama Di Pentas Antarabangsa, Novel Ditulis Anak Sarawak Dijadikan Filem Hollywood
Sumber foto: TikTok Claudia Tan

Impian seumur hidup tercapai

Impian seumur hidup akhirnya tercapai, Claudia telah mendapat satu lagi berita baik di mana buku novel yang ditulisnya telah diterbitkan dan kini boleh didapati di Kedai Buku!

Treler filem sudah dikeluarkan di Youtube, Filem Perfect Addiction ini akan ditayangkan di Amazon Prime tidak lama lagi. Buat anda yang ingin membaca buku novel yang ditulis oleh anak Sarawak ini, anda boleh membelinya di Kedai Buku yang berdekatan dengan anda!

Lagi cerita menarik mengenai anak Sarawak buat anda di sini:

Pernah Hasilkan Runut Bunyi Untuk Filem Kung Fu Panda 3, Kenali Penerbit Muzik Kelahiran Sarawak Alvin Wee
Berani Buka Syarikat Game Secara Solo, Anak Sarawak Ini Berjaya Tembus Pasaran Antarabangsa

SUMBER :TikTok Claudia Tan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lakukan Serangan Seksual Terhadap Gadis Bawah Umur Di Baram, Lelaki Ini Dipenjara 14 Tahun Lakukan Serangan Seksual Terhadap Gadis Bawah Umur Di Baram, Lelaki Ini Dipenjara 14 Tahun
Next Article Mural Hasil Leonard Siaw ‘I Heart Kuching’ Dicalonkan Untuk Anugerah Street Art Cities Best Of 2022

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?