• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Lauk Ka Indai’ Animasi 3D Pertama Di Sarawak, Bakal Ditayangkan Sempena Hari Gawai

Oleh
Husna Hazmi
1 Jun 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Jangan lupa tonton animasi anak Sarawak ini!

‘Lauk Ka Indai’ Animasi 3D Pertama Di Sarawak, Bakal Ditayangkan Sempena Hari Gawai. Animasi 3D pertama di Sarawak ‘Lauk ka Indai’ bakal di tayangkan di Television Sarawak (TVS). Animasi ini di terbitkan oleh sebuah syarikat animasi tempatan iaitu Rakan Animations.

Animasi ini akan ditayangkan pada 2 Jun 2024 di Television Sarawak (TVS) di (channel 122 Astro, MYTV & Unifi TV). Animasi ini juga boleh di tonton sepenuhnya di lawan web tvsarawak.my.

'Lauk Ka Indai' Animasi 3D Pertama Di Sarawak, Bakal Ditayangkan Sempena Hari Gawai
‘Lauk Ka Indai’ Animasi 3D Pertama Di Sarawak, Bakal Ditayangkan Sempena Hari Gawai

Animasi 3D pertama di Sarawak

Ini merupakan animasi 3D pertama di Sarawak yang dihasilkan dari initiatif program Pitch-It yang di anjurkan oleh TVS. Semenjak penubuhan TVS pada tahun 2020 oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, TVS telah menjadi sebuah landasan bagi mempromosi dan membuka peluang kepada penggiat-penggiat industri kreatif tempatan untuk menyerlahkan bakat mereka.

Dengan TVS, Sarawak telah terus-menerus berjaya menghasilkan pelbagai jenis
bakat yang telah lama terpendam dari segi muzik, filem, drama siri dan sekarang telah berjaya menghasilkan animasi 3D pertama.

Semua ini adalah hasil daripada salah satu inisiatif program TVS iaitu ‘Pitch-It’. Sebuah program yang terbuka kepada setiap rakyat Sarawak untuk membentangkan idea mereka untuk di realisasikan dan ditayangkan di TVS.

'Lauk Ka Indai' Animasi 3D Pertama Di Sarawak, Bakal Ditayangkan Sempena Hari Gawai

Idea asal animasi filem pendek

Idea asal animasi filem pendek ini pula adalah daripada Amirul Afiq yang merupakan
juruanimasi utama untuk projek ini dan juga merupakan Pengasas dan CEO kepada Rakan Animations.

Penulis skrip untuk animasi pendek ini pula adalah daripada Sydney Atin, yang juga merupakan CEO dan Pengasas kepada Ensera Creatives. Watak-watak didalam animasi ini pula disuarakan oleh Natasha Juan sebagai Endun dan ulat bulu 1, Alicia Itat Jabing sebagai Igat, jururawat dan ulat bulu 2, Aaron Mckanzie sebagai (Igat, ayah Igat, nama sama), dan Sydney Atin sebagai Tuai Rumah dan Igat dewasa.

Terdapat 18 orang tenaga kerja yang terlibat dalam pembikinan animasi ini dan kebanyakannya adalah anak-anak Sarawak sendiri.

'Lauk Ka Indai' Animasi 3D Pertama Di Sarawak, Bakal Ditayangkan Sempena Hari Gawai

Syarikat audio rakaman

Selain daripada animasi, syarikat audio yang membuat rakaman audio untuk animasi ini juga adalah dari Sarawak sendiri iaitu AOK Records.

Menurut Amirul Afiq lagi, “Dengan terbitnya animasi 3D ini di TVS, kami di Rakan Animation berharap industri kreatif dan animasi di Sarawak akan terus berkembang sehingga dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada pengamal-pengamal kreatif di tanah air dan tidak perlu merantau di luar negara untuk mencari sumber rezeki.”

Oleh itu, jangan lupa untuk saksi kan ‘Lauk ka Indai’ sebuah animasi 3D pertama di Sarawak yang bakal di tayangkan di TVS di (channel 122 Astro, MYTV & Unifi TV).

Lagi cerita menarik di sini:

Pahlawan Iban Tersohor Disumpah Jadi Buaya, Ketahui Lagenda Bujang Senang Di Sarawak
Kenali Benedict Sandin, Pakar Etnografi Pertama Sarawak Dan Sejarawan Iban Ulung Dunia

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kastam Rampas Rokok Seludup Bernilai RM1.2 Juta Di Demak Laut
Next Article Thailand Panjang Tempoh Visa Bebas Untuk Pelancong Malaysia Sehingga 60 Hari Thailand Panjang Tempoh Visa Bebas Untuk Pelancong Malaysia Sehingga 60 Hari

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?