Hidangan ‘premium’ semasa hari raya di Sarawak!
Lebih 2K Perkongsian, Wanita Ini Kongsi Resipi ‘Suntong Merah’ Homemade. ‘Suntong merah’ memang sangat sinonim di Sarawak setiap kali musim perayaan. Tak kira semasa hari raya, tahun baharu Cina ataupun hari gawai snek ‘suntong’ ataupun sotong merah ini merupakan antara hidangan wajib di setiap rumah.
Namun tidak semua rumah mampu menghidangkan snek ini atas faktor harganya yang mahal sehingga boleh mencecah sekitar RM 100 sekilo. Disebabkan itu, seorang wanita bernama Nurul Diana telah berkongsi resipi cara pembuatan sotong merah ini.
Tambahnya walaupun proses agak rumit namun hasilnya sangat berbaloi.
Bahan-bahan:
Sotong kering 10 hingga 14 keping
Gula kastor secukupnya
Gula pasir secawan
Air secukupnya (untuk merendam sotong)
Pewarna merah 3 hingga 4 penutup botol
Cara penyediaan:
- Bakar sebentar sotong kering di atas api. Jangan terlalu lama supaya sotong tersebut tidak mengeras.
- Ketuk sotong tersebut menggunakan tukul bersih ataupun gunakan mesin khas untuk menjadikan sotong tersebut nipis.
3. Selepas itu, carikkan sotong tersebut mengikut saiz yang diinginkan. Ketepikan sotong yang dicarikkan terlebih dahulu.
4. Sediakan periuk. Satukan air, secawan gula, pewarna merah ke dalam periuk tersebut.
5. Panaskan bahan-bahan itu sehingga mendidih. Setelah mendidih tutupkan api dan sejukkan air tersebut untuk beberapa minit.
6. Selepas air bertukar suam-suam kuku, masukkan sotong kering yang telah dicarik dan biarkannya terendam selama 10 hingga 15 minit.
7. Toskan.
8. Selepas di tos, masukkan serbuk cili dan gula kastor mengikut cita rasa anda. Gaul sebati.
9. Selepas itu, jemurkan sehingga kering dibawah matahari.
10. Selepas kering, tambahkan gula kastor.
11. Siap untuk dihidang!