• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tendang Dan Tampar Individu Di Lapangan Terbang Kuching, Lelaki Algeria Didenda RM1K

Oleh
Aina Musa
21 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Tendang Dan Tampar Individu Di Lapangan Terbang Kuching, Lelaki Algeria Didenda RM1K

Tertuduh didenda RM1.2K oleh Mahkamah Majistret Kuching

Tendang Dan Tampar Individu Di Lapangan Terbang Kuching, Lelaki Algeria Didenda RM1K. Seorang lelaki Algeria didenda RM1,200 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kuching kerana mencederakan seorang lelaki berusia 38 tahun.

Yassine Mostefaoui, 35 tahun, mengaku bersalah di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali setelah pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibacakan kepadanya.

Tendang Dan Tampar Individu Di Lapangan Terbang Kuching, Lelaki Algeria Didenda RM1K. Sumber: The Borneo Post

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, sekiranya disabitkan kesalahan.

Dia melakukan kesalahan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada pukul 1.14 petang pada 25 Jun 2023.

Berdasarkan fakta kes, mangsa sedang beratur untuk menaiki penerbangan dari Kuching ke Kuala Lumpur apabila Yassine menampar pipi kirinya dan merampas telefon bimbitnya.

Selain itu, Yassine juga memarahi mangsa dan menendang perut mangsa ketika merampas telefon bimbitnya.

Yassine menyerangnya selepas menyangka mangsa sedang mengambil gambar dia.

Berikutan insiden itu, mangsa membuat laporan polis. Siasatan mendapati Yassine telah menampar muka mangsa, menolak lehernya dan menendang perutnya, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan tisu lembut.

Kes ini didakwa oleh ASP Arman Ibrahim manakala Yassine tidak diwakili oleh peguam.

Baca lagi artikel menarik:

Kulit Kepala Terbelah, Pengawal Keselamatan Kelab Diserang Ketika Melerai Pergaduhan Di Tawau
Lelaki Ditemui Lemas Di Jambatan Batang Salak, Kuching
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bendera Gergasi Sarawak Diturunkan Separuh, Hormati Pemergian Tun Taib
Next Article Kantoi Peniaga Pasar Malam Inanam, Kota Kinabalu Guna Perwarna Cantikkan Ikan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?