• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kulit Kepala Terbelah, Pengawal Keselamatan Kelab Diserang Ketika Melerai Pergaduhan Di Tawau

Oleh
Farisha
21 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Pengawal keselamatan jadi mangsa serangan ketika meleraikan pergaduhan antara dua geng

Kulit Kepala Terbelah, Pengawal Keselamatan Kelab Diserang Ketika Melerai Pergaduhan Di Tawau. Seorang pengawal keselamatan di sebuah kelab malam cedera parah selepas diserang ketika cuba meleraikan pergaduhan yang melibatkan dua kumpulan di lorong Bangunan Fajar, Tawau, Sabah pada Ahad.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin menyatakan bahawa pihaknya menerima laporan daripada anak saudara mangsa berusia 32 tahun itu.

Kulit Kepala Terbelah, Pengawal Keselamatan Kelab Diserang Ketika Melerai Pergaduhan Di Tawau
Kulit Kepala Terbelah, Pengawal Keselamatan Kelab Diserang Ketika Melerai Pergaduhan Di Tawau. Sumber: majoriti

Beliau menjelaskan bahawa mangsa yang bekerja sebagai pengawal kelab malam terpaksa dirawat di unit kecemasan Hospital Tawau disebabkan kecederaan yang dialaminya.

Berpunca daripada pertengkaran mulut antara dua kumpulan

Siasatan awal menunjukkan kejadian itu berpunca daripada pertengkaran mulut antara dua kumpulan di kawasan lorong Bangunan Fajar.

Difahamkan, mangsa cuba meleraikan pertelingkahan tersebut namun seorang suspek lelaki yang tidak dikenali tiba-tiba menyerangnya dan bertindak menetak mangsa.

Suspek bertindak menetak bahagian belakang kepala mangsa

Jasmin berkata, mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala dan tangan kiri akibat insiden itu. Usaha untuk mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut sedang giat dijalankan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Kecoh ‘Anak Sabah’ Bergaduh Di Kepong, Rakan Sekampung Nasihat Jaga Nama Negeri
Tular Rakaman Pergaduhan Di Asajaya, Polis Tahan Dua Suspek Berusia 13 Dan 16 Tahun
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Digelar Bapa Permodenan, Ini Antara Jasa Allahyarham Taib Mahmud Buat Sarawak Digelar Bapa Permodenan, Ini Antara Jasa Allahyarham Taib Mahmud Buat Sarawak
Next Article Bendera Gergasi Sarawak Diturunkan Separuh, Hormati Pemergian Tun Taib

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?