• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kantoi Peniaga Pasar Malam Inanam, Kota Kinabalu Guna Perwarna Cantikkan Ikan

Oleh
Husna Hazmi
21 Februari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Pewarna berkenaan digunakan untuk menjadikan ikan kelihatan lebih segar

Kantoi Peniaga Pasar Malam Inanam, Kota Kinabalu Guna Perwarna Cantikkan Ikan. Dilaporkan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengesan seorang peniaga ikan yang menggunakan bahan pewarna dipercayai untuk ‘mencantikkan’ ikan yang dijualnya di Pasar Malam Inanam pada malam Isnin lalu.

Perkara ini diketahui susulan pemeriksaan yang dijalankan anggota Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB) DBKK bersama Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu berikutan laporan di media sosial mengenai tindakan peniaga ikan meletakkan bahan pewarna dalam tong ikan, sehari sebelum itu.

Kantoi Peniaga Pasar Malam Inanam, Kota Kinabalu Guna Perwarna Cantikkan Ikan
Kantoi Peniaga Pasar Malam Inanam, Kota Kinabalu Guna Perwarna Cantikkan Ikan

20 lot gerai menjual ikan di pasar diperiksa

Menerusi kenyataan daripada Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie, semua 20 lot gerai menjual ikan di pasar malam terbabit diperiksa sebelum peniaga yang disyaki menggunakan pewarna dikesan.

Menurut beliau, sampel ikan yang dijual itu kemudiannya diambil oleh anggota Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut Kementerian Kesihatan (KKM) sama ada pewarna terbabit berbahaya atau tidak.

DBKK melakukan pemeriksaan di Pasar Malam Inanam susulan aduan pewarna yang digunakan pada ikan yang dijual dan kita dapat mengesan penjaja yang disyaki menggunakan pewarna untuk mewarnakan ikan.

“Sampel ikan dibawa ke makmal oleh pihak KKM untuk siasatan lanjut dan hasilnya nanti akan dimaklumkan kepada JKPB DBKK untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Beliau berkata jika bahan pewarna yang digunakan mengandungi bahan berbahaya, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap peniaga yang menggunakan bahan berkenaan.

Kantoi Peniaga Pasar Malam Inanam, Kota Kinabalu Guna Perwarna Cantikkan Ikan

Menggunakan pewarna merah untuk mencelup ikan

Terdahulu, tular perbuatan peniaga ikan di pasar malam menggunakan bahan pewarna yang dipercayai untuk menjadikan ikan kelihatan segar, dengan kebiasaannya mereka menggunakan pewarna merah untuk mencelup ikan yang berwarna merah, seperti ikan mata besar atau lebih dikenali sebagai ikan ‘Uji Rashid’ di Sabah.

Tindakan berkenaan dipercayai bagi mengaburi pembeli dengan mendakwa ikan yang dijual mereka masih baharu dan segar berikutan warna merahnya yang lebih terang.

Perbuatan terbabit tular setelah gambar memaparkan seorang lelaki memasukkan pewarna merah dalam sebuah tong berisi ikan di media sosial baru-baru ini yang dipercayai dirakam di Pasar Malam Inanam.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Kulit Kepala Terbelah, Pengawal Keselamatan Kelab Diserang Ketika Melerai Pergaduhan Di Tawau
Kucing Oyen Cari Pasal, Dua Kali Tersangkut Di Lubang Sama Di Kota Kinabalu
SUMBER :Harian Metro
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tendang Dan Tampar Individu Di Lapangan Terbang Kuching, Lelaki Algeria Didenda RM1K Tendang Dan Tampar Individu Di Lapangan Terbang Kuching, Lelaki Algeria Didenda RM1K
Next Article Pempengaruh Terkenal Ryzal Ibrahim Didenda RM10,000 Selar Kostum Iban

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?