• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Video ‘Perbarisan’ Pekerja Pusat Pakaian Hari-Hari Tular, Buat Netizen Terhibur

Oleh
ILB - AI
7 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Perbarisan pekerja pusat pakaian Hari-hari tular

Video ‘Perbarisan’ Pekerja Pusat Pakaian Hari-Hari Tular, Buat Netizen Terhibur. Ingatkan anggota badan beruniform sahaja ada perbarisan, rupa-rupanya orang yang bekerja di pusat pakaian pun ada perbarisan harian.

Tetapi, perbarisan yang dilakukan oleh pekerja salah satu pusat pakaian yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia iaitu pusat pakaian Hari-Hari ini telah tular dimedia sosial Twitter. Video yang tular tersebut telah menghiburkan netizen dengan kata-kata semangat yang dilontarkan oleh para pekerja.

Video ‘Perbarisan’ Pekerja Pusat Pakaian Hari-Hari Tular, Buat Netizen Terhibur
Video ‘Perbarisan’ Pekerja Pusat Pakaian Hari-Hari Tular, Buat Netizen Terhibur. Sumber gambar: TikTok @shuhazlindaishak

Perbarisan harian itu telah buat netizen terhibur

Difahamkan, perbarisan harian tersebut dilakukan oleh para pekerja sebelum mereka memulakan operasi premis mereka. Mungkin ini adalah salah satu cara untuk menaikkan semangat para pekerja untuk melunaskan tanggungjawab harian mereka.

Namun, penularan video ini telah mengundang komen yang melucukan oleh segelintir netizen kerana mereka terhibur dengan perbarisan pekerja Hari-Hari ini. Mereka beranggapan perbarisan yang dilakukan oleh pekerja ini tidak menunjukkan semangat para pekerja dan mereka melakukan seolah-olah terpaksa.

Video ‘Perbarisan’ Pekerja Pusat Pakaian Hari-Hari Tular, Buat Netizen Terhibur
Video Perbarisan Pekerja Pusat Pakaian Hari-Hari Tular, Buat Netizen Terhibur. Sumber gambar: TikTok @shuhazlindaishak

Bukan itu sahaja, ada juga yang berseloroh untuk menyelamatkan pekerja yang mengenakan pakaian berwarna putih kerana mereka percaya bahawa pekerja tersebut berkemungkinan pekerja baru.

Selain itu, dalam perbarisan itu juga para pekerja perlu menyatakan polisi pekerjaan mereka dan sekali lagi netizen meninggalkan respon yang melucukan iaitu polisi kelima, berhenti bekerja.

Terkadang, benda yang dianggap remeh adalah satu hal yang mendatangkan kesannya pada masa panjang. Mungkin dengan cara ini, pihak pengurusan dapat menerapkan cara berfikir yang positif untuk para pekerja.

Isu berkaitan dengan pekerjan pasti ada yang menarik perhatian seperti dalam artikel di bawah:

Siap Bawa Anak Sekali, Wanita Selangor Ini Akui Sukar Mencari Pekerjaan Di Sarawak
Wanita Ini Mohon Cuti Kerana Senggugut, Namun Disindir Majikan Di Media Sosial
SUMBER :TikTok @shuhazlindaishak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Ini Ditampar Di Hadapan Umum Selepas Cuba Lamar Kekasih Guna Cincin Lolipop
Next Article Bas Ekspres Menuju Ke Kuching Diserbu, Ketamin Bernilai RM384,700 Dirampas Bas Ekspres Menuju Ke Kuching Diserbu, Ketamin Bernilai RM384,700 Dirampas

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?