fbpx
Cerita Borneo

Sebuah Bistro Di Batu Kawa Diserbu Kerana Beroperasi Semasa PKPB

Bistro tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKPB

Sebuah Bistro Di Batu Kawa Diserbu Kerana Beroperasi Semasa PKPB. Terbaharu dilaporkan sebuah bistro di MJC, Kuching diserbu oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) kerana beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Difahamkan beberapa anggota polis dari IPK Sarawak memeriksa premis terbabit setelah mengetahui bistro tersebut masih beroperasi.

Sebuah Bistro Di Batu Kawa Diserbu Kerana Beroperasi Semasa PKPB
Sebuah Bistro Di Batu Kawa Diserbu Kerana Beroperasi Semasa PKPB

Sepuluh orang ditahan

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata setelah memeriksa premis tersebut, sepuluh orang ditemui dalam bistro itu.

Sembilan daripada jumlah tersebut adalah lelaki tempatan dan seorang perempuan manakala seorang lagi adalah warga asing, berumur antara 21 hingga 59 tahun. Kesemua suspek ditahan untuk tindakan selanjutnya.

Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11 (1) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan Peraturan 15 (1) akta yang sama.

Untuk pengetahuan anda, segala pub, pusat hiburan dan bistro adalah antara pelbagai pertubuhan yang masih tidak dibenarkan untuk beroperasi semula dalam tempoh PKPB, yang akan berakhir pada 9 Jun.

Sebuah Bistro Di Batu Kawa Diserbu Kerana Beroperasi Semasa PKPB
Sepuluh suspek ditahan setelah JSJ membuat serbuan di premis tersebut. Kredit: The Borneo Post

Sebuah bistro diserbu baru-baru ini di Sabah. Selanjutnya di sini:

Sebelum ini, sebuah pusat hiburan juga telah diserbu di Kuching :

Sekatan jalan di seluruh negeri akan diperketatkan sempena Hari Raya dan Gawai Dayak:

Artikel Berkaitan

Back to top button