• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Rakyat Malaysia Semakin Gemuk, KKM Seru Ubah Gaya Hidup Untuk Cegah Obesiti

Oleh
Farisha
4 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Masalah obesiti dan berat badan berlebihan semakin meruncing di Malaysia

Rakyat Malaysia Semakin Gemuk, KKM Seru Ubah Gaya Hidup Untuk Cegah Obesiti. Malaysia memang dikenali sebagai syurga makanan kerana terdapat pelbagai jenis juadah tradisional dan moden yang ditawarkan. Namun, tanpa kawalan nutrisi yang seimbang, ini boleh membawa kepada masalah kesihatan serius seperti penyakit jantung dan obesiti dalam masyarakat.

Baru-baru ini, satu hantaran di media sosial telah menarik perhatian rakyat Malaysia apabila pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan statistik statistik obesiti dan berat badan berlebihan masyarakat di Malaysia semakin meningkat.

Rakyat Malaysia Semakin Gemuk, KKM Seru Ubah Gaya Hidup Untuk Cegah Obesiti
Rakyat Malaysia Semakin Gemuk, KKM Seru Ubah Gaya Hidup Untuk Cegah Obesiti

Antara faktor risiko berat badan berlebihan

Menerusi perkongsian di laman rasmi KKM, KKM telah membangkitkan kebimbangan mengenai masalah kronik ini yang semakin meruncing. Rata-rata netizen turut meluahkan kerisauan dengan stastitik yang didedahkan itu.

Laporan NHMS 2023 menunjukkan prevalen obesiti dan berat badan berlebihan terus meningkat daripada 50.1% pada tahun 2019 kepada 54.4% pada tahun 2023. Obesiti dan berat badan berlebihan adalah faktor risiko kepada diabetes, hipertensi, kolesterol tinggi, dan penyakit jantung.

KKM minta rakyat Malaysia amalkan gaya hidup sihat

KKM mengingatkan orang ramai untuk bertindak sekarang dan menekankan bahawa obesiti bukan suatu kebiasaan. Ini termasuk makan secara sihat, bergerak secara aktif, dan mengelakkan rokok dan alkohol.

Menjengah ke ruangan komen pula, kebanyakkan netizen berpendapat bahawa perkara ini boleh berlaku disebabkan oleh kesukaan rakyat Malaysia terhadap juadah manis dan bergoreng yang tinggi kolesterol, serta sikap malas untuk berjalan setiap hari.

Bahkan, netizen turut menyatakan bahawa mereka akan memulakan gaya hidup lebih sihat dengan makanan yang seimbang dan lebih kerap bersenam selepas ini.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Mengandungi Racun, KKM Haramkan Penjualan Dan Penggunaan 3 Produk Kosmetik Ini
KKM Menggesa Ibu Bapa Untuk Pastikan Anak Tidak Guna Gajet Terlalu Lama

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Maut Ditikam Anak Saudara Dengan Benda Tajam Di Kampung Haji Baki Lelaki Maut Ditikam Anak Saudara Di Kampung Haji Baki
Next Article JPJ Kenal Pasti Punca Kesesakan Trafik Lebuhraya Pan Borneo Di Jakar, Ini Sebabnya JPJ Kenal Pasti Punca Kesesakan Trafik Lebuhraya Pan Borneo Di Jakar, Ini Sebabnya

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?