• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Tidak Perlu Lagi Beli Nombor Pin UPUOnline, Kini Boleh Mohon Kemasukan IPT Secara Percuma

Oleh
Ismail NA
9 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Yuran pemprosesan untuk permohonan sesi 2021/2022 ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Tidak Perlu Lagi Beli Nombor Pin UPUOnline, Kini Boleh Mohon Kemasukan IPT Secara Percuma. Tahukah anda bahawa permohonan UPUOnline untuk pilihan program pengajian kini telah dibuka? Namun, ada satu lagi berita yang lebih baik untuk para pelajar lepasan SPM, STPM, Diploma dan Matrikulasi!

Isi Isi Penting
  • Yuran pemprosesan untuk permohonan sesi 2021/2022 ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Boleh terus mohon di laman sesawang UPU
  • Sistem pilihan program pengajian membuka tirai hari ini untuk lepasan Diploma dan setaraf
  • Selain itu, baca artikel ini juga sebagai inspirasi anda menyambung pengajian;

Untuk ambilan sesi tahun 2021/2022, para pemohon yang ingin memohon kemasukan ke institut pengajian tinggi awam dan institut latihan kemahiran awam di Malaysia tidak perlu lagi membeli nombor pin atau UNIK ID bagi membolehkan mereka mendaftar masuk ke laman sesawang pendaftaran.

Boleh terus mohon di laman sesawang UPU

Jika sebelum ini, para pemohon dikehendaki untuk membeli nombor pin/UNIK ID di kaunter atau ATM Bank Simpanan Nasional yang berharga RM 15.60 bagi membolehkan mereka mendaftar masuk. Namun kini, yuran pemprosesan melalui pembelian nombor pin tersebut ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Menerusi kenyataan rasmi KPT, pihaknya bersetuju untuk menanggung yuran pemprosesan ini bagi meringankan beban buat para pemohon dan berharap agar ia dapat memudahkan urusan mereka untuk menyambung pengajian sekaligus menjamin masa depan yang cerah.

Tidak Perlu Lagi Beli Nombor Pin UPUOnline, Kini Boleh Mohon Kemasukan IPT Secara Percuma
Tidak Perlu Lagi Beli Nombor Pin UPUOnline, Kini Boleh Mohon Kemasukan IPT Secara Percuma
Sumber : KPT

Sistem pilihan program pengajian membuka tirai hari ini untuk lepasan Diploma dan setaraf

Untuk pengetahuan anda, permohonan UPUOnline sudah mulai dibuka pada 4 Januari lalu. Walau bagaimanapun, sistem pilihan program pengajian mula dibuka hari ini (9 Mac 2021) untuk pelajar lepasan Diploma dan setaraf terlebih dahulu. Ia seterusnya diikuti oleh pelajar lepasan STPM/Asasi/STAM pada 16 Mac, lepasan SPM pada 21 Mac, dan akhir sekali pelajar lepasan Matrikulasi pada 23 Mac 2021.

Kesemua permohonan pilihan pengajian ini akan berakhir pada 31 Mac 2021.

Permohonan UPUOnline kini boleh dibuat secara terus melalui pautan upu.mohe.gov.my.

Tidak Perlu Lagi Beli Nombor Pin UPUOnline, Kini Boleh Mohon Kemasukan IPT Secara Percuma
Sumber : KPT

Untung lah kan ambilan sesi 2021/2022 ini? Kalau zaman min dulu, kena beratur dekat ATM BSN semata-mata nak dapatkan nombor pin UPU ni. Apa-apa pun, buatlah pilihan pengajian yang bijak kerana ia menentukan masa depan anda. Selamat maju jaya buat semua pemohon! Belajar rajin-rajin tau.

Selain itu, baca artikel ini juga sebagai inspirasi anda menyambung pengajian;

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Penggal Kepala Kucing Depan Anak Jiran Di Kota Belud Dihukum Penjara 29 Bulan
Next Article Inspektor Polis Bunuh Kekasih Di Serian Dijatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?