• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

SESB Alami Kerugian RM200 Juta Setahun Akibat Kecurian Elektrik

Oleh
Nazihah AN
14 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
SESB Alami Kerugian RM200 Juta Setahun Akibat Kecurian Elektrik

10 peratus adalah ‘kehilangan sistem’, manakala 7 peratus adalah ‘kehilangan bukan sistem’ atau kecurian

SESB Alami Kerugian RM200 Juta Setahun Akibat Kecurian Elektrik. SESB mengalami kerugian kira-kira RM200 juta setahun akibat kecurian elektrik, menurut pengerusi syarikat itu Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Beliau berkata, 17 peratus daripada bekalan kuasa SESB hilang, di mana 10 peratus adalah ‘kehilangan sistem’, manakala 7 peratus adalah ‘kehilangan bukan sistem’ atau kecurian.

“SESB adalah mangsa penjenayah kecurian elektrik, sebab itu SESB mengambil langkah-langkah tegas untuk memerangi jenayah kecurian ini,”

Beliau menjelaskan, setiap 1 peratus kehilangan elektrik menyebabkan SESB rugi RM30 juta setahun, jadi kehilangan bukan sistem atau kecurian membawa kepada kerugian RM210 juta setahun bagi SESB.

“Jumlah ini (RM210 juta setahun) menyumbang 25 peratus daripada jumlah kerugian yang ditanggung oleh SESB. Jumlah ini juga cukup untuk membantu mengurangkan kebergantungan SESB terhadap subsidi kerajaan, yang kini sekitar RM850 juta setahun.

“Ini juga bermakna, jika kita dapat menangani kecurian ini, kelestarian kewangan SESB akan menjadi lebih baik. SESB adalah mangsa penjenayah kecurian elektrik, sebab itu SESB mengambil langkah-langkah tegas untuk memerangi jenayah kecurian ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.

Madius berkata, beliau telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun di ibu pejabat Kontinjen Polis Sabah di sini semalam.

Mengenai lawatan itu, beliau berkata SESB dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bertukar pandangan dan bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama dalam membanteras kecurian elektrik di negeri ini.

“Saya yakin dan percaya bahawa pertemuan ini akan meningkatkan lagi kerjasama yang sedia ada antara SESB dan PDRM pada masa akan datang. Bersama-sama kita memerangi jenayah kecurian kuasa ini,” tambahnya.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Kes Kecurian Elektrik Terbesar Setakat Ini, Perlombongan Kripto Bernilai RM1.74 Juta Ditemui Di Demak Laut
Perlombongan Bitcoin Menjadi-Jadi, 2 Premis Curi Bekalan Elektrik Lombong Bitcoin Di Tawau Diserbu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Malaysia Menduduki Tangga Ke-3 Paling Ramai Orang Single Di Asia Tenggara
Next Article Ketahui Fakta Mengenai Rafflesia, Bunga Kebanggaan Warga Borneo Ketahui Fakta Mengenai Rafflesia, Bunga Kebanggaan Warga Borneo

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?