• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Majlis Olimpik Malaysia Pertimbang Reka Bentuk Baharu Pakaian Rasmi Olimpik 2024

Oleh
Farisha
27 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Reaksi netizen mungkin dorong perubahan pakaian rasmi Olimpik Malaysia 2024

Majlis Olimpik Malaysia Pertimbang Reka Bentuk Baharu Pakaian Rasmi Olimpik 2024. Pakaian rasmi atlet Malaysia untuk Olimpik 2024 telah menimbulkan kontroversi dalam kalangan netizen sejak beberapa hari lepas. Malah, rata-rata netizen cuba membuat semula reka bentuk pakaian tersebut sebagai tanda tidak berpuas hati.

Kini, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dikatakan sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan versi pakaian rasmi yang lebih baik, menurut laporan New Straits Times.

Majlis Olimpik Malaysia Pertimbang Reka Bentuk Baharu Pakaian Rasmi Olimpik 2024
Majlis Olimpik Malaysia Pertimbang Reka Bentuk Baharu Pakaian Rasmi Olimpik 2024

Satu sumber telah memberitahu Timesport bahawa MOM sedang bekerjasama dengan syarikat peralatan sukan Yonex untuk mereka bentuk pakaian baharu khas untuk atlet Malaysia yang akan ke Sukan Paris.

Jumlah terhad akan dihasilkan, dianggarkan 25 atlet

Sumber tersebut menyatakan bahawa MOM sedang berusaha dengan Yonex untuk menghasilkan pakaian eksklusif untuk atlet sahaja. Hanya sejumlah kecil pakaian akan dihasilkan untuk anggaran 25 orang atlet.

Walau bagaimanapun, ahli kontinjen lain seperti jurulatih, kakitangan sokongan, dan pegawai akan terus menggunakan pakaian rekaan yang kontroversi itu.

Mengenai pemilihan rekaan yang menimbulkan kontroversi ini, sumber tersebut menyatakan bahawa Yonex pada mulanya telah mencadangkan beberapa reka bentuk kepada MOM.

Sebuah jawatankuasa MOM telah memilih reka bentuk yang kelihatan menarik di atas kertas, tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan apabila rekaan itu dicetak pada pakaian rasmi.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Ashley Lau Cipta Sejarah, Pemain Golf Sarawak Pertama Layak Ke Olimpik Paris 2024
Anak Muda Sarawak Ini Jadi Atlet Malaysia Pertama Layak Ke Olimpik Paris 2024
SUMBER :NSTThe Vocket
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Orang Awam Panik Temui Lelaki Tidak Sedarkan Diri Dalam Kereta Di Sebuah Pusat Beli Belah Orang Awam Panik Temui Lelaki Tidak Sedarkan Diri Dalam Kereta Di Sebuah Pusat Beli Belah
Next Article Borneo Sonic Muzik Festival 2024 Kembali Memeriahkan Bumi Kenyalang Pada Oktober Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?