• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lewat Bina Sekolah Baharu, SMK Sebuyau Terpaksa Belajar Di Khemah

Oleh
Nazihah AN
21 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Lewat Bina Sekolah Baharu, SMK Sebuyau Terpaksa Belajar Di Khemah

Pembinaan sekolah baharu telah diluluskan 10 tahun lalu, namun masih tiada tindakan

Lewat Bina Sekolah Baharu, SMK Sebuyau Terpaksa Belajar Di Khemah. Pembinaan khemah terpaksa dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau kerana banyak bangunan, termasuk dewan sekolah, tidak dapat digunakan walaupun pembinaan sekolah baharu telah diluluskan lebih 10 tahun lalu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebuyau, Julaihi Narawi, yang juga Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak, khemah pasang siap disediakan untuk kegunaan sekolah di kawasan lapang.

Lewat Bina Sekolah Baharu, SMK Sebuyau Terpaksa Belajar Di Khemah

Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak Julaihi Narawi berharap KPM segera laksana bina sekolah baharu yang sudah lulus lebih 10 tahun lalu.

“Ruang di khemah ini amat bermakna dan berguna sementara menunggu pembinaan penuh sekolah baharu dimulakan dan dilaksanakan dalam masa terdekat,” kata Julaihi.

SMK Sebuyau adalah antara sekolah yang uzur di Sarawak dan telah lama menunggu untuk dibina di tapak baharu yang telah disediakan di Bandar Baharu Sebuyau. Julaihi berkata beliau telah banyak kali menyuarakan keadaan sekolah ini yang uzur, namun ia masih menempatkan hampir 1,000 pelajar.

Beliau turut menyatakan simpati terhadap guru dan pelajar kerana kemudahan asas mereka tidak setanding dengan sekolah lain yang lebih sempurna. Dalam ruangan komen di Facebook, Julaihi menjelaskan bahawa tapak baharu bagi pembinaan sekolah tersebut telah lama diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“KPM hanya lambat bertindak walaupun telah diluluskan lebih sepuluh tahun lalu, namun masih tiada perkembangan… seperti menunggu sungai yang tiada hulunya,” katanya.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Sarawak Peruntuk 200 Juta Untuk Baik Pulih Sekolah Serta Klinik Daif
Tiada Lagi Sekolah Daif Di Sabah Menjelang 2029, Kini Dalam Proses Baik Pulih
SUMBER :Free Malaysia Today
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bill Gates Jatuh Cinta Dengan Rasa Mentega Pertama Dunia Diperbuat Dari Gas Oleh Shell MDS Di Bintulu
Next Article Semporna Bakal Miliki Resort Jenama Antarabangsa Di Sabah Menjelang Tahun 2026 Semporna Bakal Miliki Resort Jenama Antarabangsa Di Sabah Menjelang Tahun 2026

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?