• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

MAS Sambung Semula Penerbangan Sabah Sarawak Dan Labuan Secara Berperingkat Hari Ini

Oleh
Nazihah AN
19 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
MAS Sambung Semula Penerbangan Sabah Sarawak Dan Labuan Secara Berperingkat Hari Ini

Malaysia Airlines Pulihkan Operasi Penerbangan Selepas Pembatalan Berikutan Letusan Gunung Berapi

MAS Sambung Semula Penerbangan Sabah Sarawak Dan Labuan Secara Berperingkat Hari Ini. Malaysia Airlines telah menyambung semula penerbangan ke dan dari Sabah, Sarawak dan Labuan secara berperingkat sejak petang semalam (18 April) susulan keadaan semasa cuaca.

Syarikat penerbangan itu dalam kemas kini di media sosialnya hari ini berkata perkembangan positif ini adalah susulan pembatalan penerbangan yang perlu dilaksanakan akibat letusan gunung berapi di Gunung Ruang, Indonesia.

MAS Sambung Semula Penerbangan Sabah Sarawak Dan Labuan Secara Berperingkat Hari Ini

“Sementara syarikat penerbangan dalam usaha untuk memulihkan operasi biasa secepat mungkin, beberapa penerbangan Malaysia Airlines yang dijadualkan hari ini telah dibatalkan dengan mempertimbangkan keadaan cuaca dan keselamatan operasi,” katanya.

Menurutnya ia akan memberi kemas kini pada akaun media sosialnya secara berkala dan berkomunikasi terus dengan pelanggan yang terjejas sekiranya terdapat sebarang perubahan terhadap penerbangan.

“Penumpang diminta mengemas kini butiran maklumat untuk dihubungi melalui My Booking di laman web Malaysia Airlines untuk menerima kemas kini yang tepat pada masanya dari semasa ke semasa melalui e-mel dan SMS,” katanya.

Pada Khamis, Malaysia Airlines membatalkan 19 penerbangan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan destinasi di Sabah dan Sarawak berikutan letusan gunung berapi itu, dengan 11 daripadanya adalah ke dan dari Sabah, manakala lapan penerbangan melibatkan Sarawak.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu semalam kemudiannya menawarkan pelanggan yang terjejas dengan perubahan sekali bagi jadual perjalanan mereka secara percuma atau memilih bayaran balik penuh tanpa mengira jenis tambang.

Malaysia Aviation Group (MAG) dalam kenyataan semalam berkata pelanggan terjejas yang berhasrat menukar penerbangan atau membatalkan perjalanan mereka boleh berbuat demikian melalui ‘My Booking’ di laman webnya.

Ini sebab kenapa penerbangan dihentikan serta-merta:

Ini Sebab Mengapa Penerbangan Ke Sabah Sarawak Dihentikan Serta Merta Selepas Gunung Ruang Meletus
59 Penerbangan AirAsia Ke Sabah, Sarawak Dibatalkan Hari Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Marathon HSL Samarahan Bakal Diadakan Pada Bulan Mei Ini Marathon HSL Samarahan Bakal Diadakan Pada Bulan Mei Ini
Next Article Starbucks Tawau Dicemari Vandalisme, Diconteng Dengan Frasa Free Palestin

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?