• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Starbucks Tawau Dicemari Vandalisme, Diconteng Dengan Frasa Free Palestin

Oleh
Farisha
19 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Boikot disalah guna, vandalisme akibat protes isu Palestin di Tawau

Starbucks Tawau Dicemari Vandalisme, Diconteng Dengan Frasa Free Palestin. Sebuah cawangan Starbucks di Tawau, Sabah telah diconteng pada pagi ini oleh dua individu yang menyembur kata-kata “Free Palestin” pada dindingnya.

Rangkaian kopi Amerika Syarikat itu adalah antara jenama yang digesa oleh aktivis untuk diboikot berikutan aktiviti genosid oleh rejim Israel di Gaza.

Selain “Free Palestin”, perkataan “Boikot” turut diconteng pada dinding mengikut gambar yang tular di media sosial.

Starbucks Tawau Dicemari Vandalisme, Diconteng Dengan Frasa Free Palestin
Starbucks Tawau Dicemari Vandalisme, Diconteng Dengan Frasa Free Palestin. Sumber: Facebook

Pada bulan Februari lalu, Starbucks Malaysia mengakui bahawa tersebar salah faham yang menyebabkan “tindakan keganasan dan vandalisme” berlaku di sesetengah cawangan mereka, malah beberapa pekerja turut diserang.

Bukan sahaja cawangan Starbucks, malah cawangan McDonald turut ‘diserang’

Selain Starbucks, cawangan McDonald di Tawau turut menjadi sasaran vandalisme apabila dindingnya diconteng dengan perkataan “Boikot” dan “Free Palestin”.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook turut berkongsi pandangan beliau berkenaan insiden vandalisme tersebut. Beliau menyatakan bahawa tindakan sedemikian adalah tidak wajar dilakukan.

Vandalisme bukan cara betul suarakan sokongan Palestin

Seorang pengguna Facebook turut menyuarakan persoalan tentang motif perbuatan vandalisme tersebut,

Pengguna berkenaan mengakui bahawa boikot adalah satu cara untuk menyuarakan sokongan terhadap Palestin, namun beliau berpendirian bahawa vandalisme adalah tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan dalam membantah sesuatu isu.

“Apakah yang telah berlaku kepada premis Starbucks dan McDonald di Tawau?Memang benar, boikot adalah salah satu usaha kita sebagai Muslim untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin, tetapi vandalisme bukanlah cara yang betul,” tulisnya pada catatan di Facebook itu.

85% pekerja Starbucks Malaysia adalah Muslim

Bulan lepas, pengasas Berjaya Corp Bhd, Vincent Tan menyeru orang ramai supaya berhenti memboikot Starbucks Malaysia, dengan alasan ia hanya menjejaskan rakyat Malaysia yang mengendalikan operasi syarikat itu.

Usahawan korporat itu berkata sehingga 85% pekerja Starbucks Malaysia adalah orang Islam dan tiada warga asing bekerja di pejabat induk syarikat tersebut.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Starbucks Malaysia Keluar Kenyataan Rasmi, Tegas Pendirian Tidak Salur Dana Pada Perang
Demi Boikot Produk Israel, Bayi 6 Bulan Alami Pendarahan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article MAS Sambung Semula Penerbangan Sabah Sarawak Dan Labuan Secara Berperingkat Hari Ini MAS Sambung Semula Penerbangan Sabah Sarawak Dan Labuan Secara Berperingkat Hari Ini
Next Article MAS Kembali Batalkan Beberapa Laluan Penerbangan Ke Sabah Hari Ini MAS Kembali Batalkan Beberapa Laluan Penerbangan Ke Sabah Hari Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?