• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Masjid Baru Di Simpang Tiga, Masjid Pertama Guna Bahasa Inggeris Dalam Khutbah Jumaat

Oleh
Aina Musa
26 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Masjid Baru Di Simpang Tiga, Masjid Pertama Guna Bahasa Inggeris Dalam Khutbah Jumaat

Satu-satunya masjid guna bahasa Inggeris dalam khutbah di Kuching

Masjid Baru Di Simpang Tiga, Masjid Pertama Guna Bahasa Inggeris Dalam Khutbah Jumaat. Sebuah masjid baharu di Kuching akan menggunakan bahasa Inggeris untuk khutbah solat Jumaat, kata Premier Sarawak, Abang Johari Openg.

“Tidak lama lagi kita akan bina masjid baharu berhampiran (pusat membeli-belah) The Spring… Kita akan mohon Jabatan Agama Islam supaya khutbah ketika solat Jumaat dijalankan dalam bahasa Inggeris.

Masjid Baru Di Simpang Tiga, Masjid Pertama Guna Bahasa Inggeris Dalam Khutbah Jumaat. Kredit: Borneo Post

“Ini akan membolehkan lebih ramai orang memahami khutbah terutama bukan Melayu yang beragama Islam dan tidak fasih berbahasa Melayu tetapi lebih mahir berbahasa Inggeris,” katanya menurut Borneo Post.

Masjid baharu itu bakal dibina di Jalan Simpang Tiga dan akan melibatkan pembangunan semula masjid sedia ada.

Abang Johari mendedahkan perkara itu semasa penutupan pertandingan Marhaban peringkat negeri anjuran Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak di Kuching.

Dia berkata bilangan umat Islam di Sarawak semakin meningkat, berdasarkan penemuan bancian terkini. Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan itu termasuk mereka yang memeluk Islam untuk berkahwin atau secara sukarela selepas belajar agama tersebut.

“Sebelum ini kira-kira 27 peratus hingga 28 peratus, kini 34 peratus bermakna jumlahnya meningkat.

“Pusat Penerangan Islam di Jalan Ong Tiang Swee telah memainkan peranan penting kerana mereka yang ingin mendalami ilmu agama boleh melakukannya di sana,” tambahnya.

Baca lagi artikel menarik:

Padah Curi Beras Dan Telur Di Sebuah Pasar Raya Di Kuching, Lelaki Didenda RM1K
Demi Kejar Gaji Besar, 8 Anak Sarawak Didera Dan Dipaksa Jadi ‘Scammer’ Di Myanmar
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Demi Langsaikan Hutang RM1 Juta, Lelaki Dari Sarawak Ini Terpaksa Tinggal Dalam Kereta Demi Langsaikan Hutang RM1 Juta, Lelaki Dari Sarawak Ini Terpaksa Tinggal Dalam Kereta
Next Article Wanita Dedah Tak Pernah Datang Haid, Hidup Tanpa Rahim

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?