• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui Masjid Kampung Sembulan, Masjid Tertua Di Kota Kinabalu Sabah

Oleh
Nazihah AN
1 Mac 2025
Kongsi
4 Min Bacaan
Ketahui Masjid Kampung Sembulan, Masjid Tertua Di Kota Kinabalu Sabah

Masjid Kampung Sembulan: Masjid Tertua di Kota Kinabalu yang Sarat Sejarah

Ketahui Masjid Kampung Sembulan, Masjid Tertua Di Kota Kinabalu Sabah. Jika menyebut tentang masjid tertua di Kota Kinabalu, pasti ramai yang tidak tahu bahawa Masjid Kampung Sembulan menyimpan sejarah panjang yang penuh warna-warni.

Dibina pada tahun 1950, masjid ini bukan sekadar tempat ibadah, malah menjadi pusat pendidikan Islam dan saksi kepada perkembangan komuniti Islam di Sabah.

Ketahui Masjid Kampung Sembulan, Masjid Tertua Di Kota Kinabalu Sabah
Sumber: Jabatan Arkib Negeri Sabah

Jejak Awal Sejarah Kampung Sembulan

Kampung Sembulan Lama diasaskan sekitar tahun 1788 oleh Allahyarham Sharif Amir ibni Sharif Yusof bersama ahli keluarganya selepas Perang Menggatal. Warisan penduduk asalnya yang terdiri daripada keturunan Brunei dan suku Bajau Samah terus berkembang melalui proses integrasi dengan komuniti lain selama berabad-abad.

Seiring dengan perkembangan komuniti Islam di wilayah ini, institusi pendidikan tradisional Islam turut berkembang. Sistem pengajian pondok yang menekankan pendidikan agama telah lama diamalkan, membuktikan betapa pentingnya ilmu dalam masyarakat Islam ketika itu.

Dari Masjid Jesselton ke Masjid Kampung Sembulan

Masjid Jesselton, yang dibina pada abad ke-19, menjadi tempat utama bagi masyarakat Islam di Jesselton (nama lama Kota Kinabalu) untuk beribadah. Namun, pada tahun 1950, masjid ini dirobohkan dan dipindahkan ke Kampung Sembulan. Kayu dan bahan binaan dari masjid lama itu dibawa sendiri oleh penduduk kampung secara bergotong-royong untuk membangunkan Masjid Kampung Sembulan.

Pemindahan ini disokong oleh kerajaan British dengan pemberian tanah seluas 0.18 hektar melalui geran tanah bertarikh 9 Jun 1956. Antara individu penting dalam pembinaan dan pengurusan awal masjid ini ialah bekas Ketua Daerah Jesselton, Orang Kaya-Kaya (OKK) Laiman Diki dan Ketua Kampung Sembulan, Datuk Hussin bin Abdullah.

Ketahui Masjid Kampung Sembulan, Masjid Tertua Di Kota Kinabalu Sabah

Peranan Masjid Kampung Sembulan dalam Sejarah

Sejak awal penubuhannya, Masjid Kampung Sembulan memainkan peranan penting bukan sahaja sebagai rumah ibadah tetapi juga pusat komuniti. Masjid ini pernah menjadi lokasi tilawah al-Quran peringkat negeri dan tempat persinggahan jemaah haji Sabah sebelum berlayar ke Mekah melalui Pelabuhan Jesselton pada tahun 1950-an dan 1960-an.

Selain itu, pemimpin negara seperti Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pernah menunaikan solat Jumaat di masjid ini pada tahun 1964. Malah, jaguh tinju dunia, Muhammad Ali turut dijadualkan singgah di sini semasa lawatannya ke Sabah pada tahun 1975, namun kunjungan itu terpaksa dibatalkan pada saat akhir.

Pemindahan Solat Jumaat dan Usaha Mengembalikannya

Pada tahun 1977, dengan pembukaan Masjid Negeri Sabah yang lebih besar, solat Jumaat di Masjid Kampung Sembulan dihentikan dan dialihkan ke masjid baharu itu. Keputusan ini dibuat kerana faktor jarak yang dekat antara kedua-dua masjid dan mengikut pandangan syarak yang melarang dua solat Jumaat dalam satu kampung.

Namun, dengan pertambahan jemaah dan ruang Masjid Negeri Sabah yang semakin sesak, usaha untuk menghidupkan kembali solat Jumaat di Masjid Kampung Sembulan giat dijalankan sejak 1980-an. Selepas beberapa dekad permohonan dibuat, akhirnya pada 6 Januari 2017, solat Jumaat kembali diadakan di masjid ini buat kali pertama selepas 40 tahun.

Ketahui Masjid Kampung Sembulan, Masjid Tertua Di Kota Kinabalu Sabah

Harapan untuk Masjid Kampung Sembulan

Hari ini, Masjid Kampung Sembulan masih berdiri sebagai salah satu masjid bersejarah yang menjadi kebanggaan penduduk Kota Kinabalu. Dengan kapasiti yang semakin terhad dan jumlah jemaah yang terus bertambah, penduduk kampung berharap agar pihak berkuasa dapat mempertimbangkan usaha untuk membesarkan serta menaik taraf masjid ini bagi keselesaan umat Islam.

Sejarah panjang dan peranan Masjid Kampung Sembulan membuktikan bahawa ia bukan sekadar bangunan biasa, tetapi sebuah institusi yang menyimpan kisah perjuangan, perpaduan dan keteguhan masyarakat Islam di Sabah.

Kalau di Sarawak, ada beberapa daerah ada masjid tertua tauu. Baca di bawah:

Ini Sejarah Masjid Bandaraya Kuching, Masjid Pertama Dan Tertua Di Sarawak
Masjid Al Qadim Di Sibu Antara Masjid Yang Tertua Di Sarawak
SUMBER :Jabatan Arkib Negeri Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bagarakan Sahur, Tradisi Membangunkan Sahur Ala Banjar di Kalimantan Selatan
Next Article Kerja Baik Pulih Paip Bocor di Jalan Salim Sibu Lewat Akibat Kerosakan Kabel Utiliti

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?