• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali 4 Jenis Buah Rare Yang Hanya Boleh Anda Temui Di Sarawak

Oleh
Ismail NA
23 Disember 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
Kenali 4 Jenis Buah Rare Yang Hanya Boleh Anda Temui Di Sarawak

Pernahkah anda merasa buah-buahan eksotik ini?

Kenali 4 Jenis Buah Rare Yang Hanya Boleh Anda Temui Di Sarawak. Disebabkan kedudukannya di sebuah kepulauan, kepelbagaian flora dan faunanya pasti sedikit berbeza dengan tumbuhan yang ada di tanah besar seperti di Semenanjung Malaysia.

Malah, ada di antaranya yang tumbuh spesifik di sini dan menjadi makanan kegemaran penduduk tempatan.

Untuk artikel kali ini, kami kongsikan kepada 4 jenis buah rare dan eksotik yang hanya boleh anda temui di Sarawak.

1. Dabai

Kenali 4 Jenis Buah Rare Yang Hanya Boleh Anda Temui Di Sarawak
Sumber foto : Pentadbiran Bahagian Sibu

Buah dabai merupakan buah ikonik yang sering diburu oleh penduduk tempatan apabila tiba musimnya. Dengan nama saintifik Canarium odonthophyllum, buah ini berbentuk bujur kecil dengan kulit hitam berkilau. Isinya pula berwarna krim kekuningan dengan rasa berlemak.

Di Sarawak, buah dabai yang terbaik biasanya ditemui di Sibu. Ini kerana dabai Sibu mempunyai baka buah yang berisi tebal dengan biji yang nipis. Malah, rasanya juga sangat lunak dan berlemak. Namun demikian, apabila sudah tiba musimnya, buah ini dijual merata-rata di seluruh Sarawak.

Buah ini perlu direndam di dalam air panas terlebih dahulu bagi melembutkan isinya sebelum boleh dimakan.

Kalau dah masak, apa lagi? Cicahlah dengan kicap masin atau garam dan makan bersama-sama nasi panas. Memang terangkat!

2. Engkalak

Kenali 4 Jenis Buah Rare Yang Hanya Boleh Anda Temui Di Sarawak
Kenali 4 Jenis Buah Rare Yang Hanya Boleh Anda Temui Di Sarawak

Buah engkalak pula merupakan buah yang berwarna merah jambu. Buah ini juga merupakan tumbuhan eksotik yang berada dalam keluarga buah Avokado iaitu Lauraceae.

Maka, tidak hairanlah jika rasanya seakan-akan buah avokado namun dengan tekstur isi yang lebih cair dan berkrim.

Buah berbentuk bulat merah jambu ini tidak dijual di Semenanjung Malaysia. Bahkan di Sarawak, buah ini juga jarang ditemui melainkan tiba musim berbuah dan dijual di pasar tamu. Walau bagaimanapun, ia dijual dengan harga yang sangat murah iaitu sekitar RM 5 ke bawah untuk 8 hingga 15 biji buah.

Sama seperti buah dabai, engkalak juga dicelur atau dicelup dalam air suam untuk melembutkan isinya. Kemudian, ia dimakan bersama dengan garam.

3. Ucung

Kenali 4 Jenis Buah Rare Yang Hanya Boleh Anda Temui Di Sarawak
Sumber foto : Sorot Borneo

Buah ucung atau juga dikenali dengan nama buah belimbing hutan adalah buah eksotik yang dijumpai di kawasan hutan di Sarawak dan juga Kalimantan Barat.

Buah ucung merupakan buah yang menyerupai buah belimbing namun bersaiz sedikit kecil dan berwarna merah. Isinya pula berwarna putih dan mempunyai rasa seakan-akan buah rambai.

Sumber foto : Facebook

Masyarakat di Sarawak kebiasaannya menjadikan buah ucung ini sebagai jeruk bagi memastikan ia tahan lama dan dapat dimakan berserta dengan kulitnya sekali.

4. Terung Dayak

Walau pun tidak ketahui dengan jelas asal usul buah ini, namun terung dayak atau terung asam dayak kebanyakannya dijumpai di Sarawak.

Kenali 4 Jenis Buah Rare Yang Hanya Boleh Anda Temui Di Sarawak

Buah berbentuk bulat ini berwarna kuning dan kadang-kadang berwarna jingga. Terung asam dayak ini juga tidak boleh dimakan secara mentah dan mesti dimasak terlebih dahulu.

Dari segi kulinari, ia digunakan secara meluas dalam masakan Sarawak terutamanya dalam hidangan rebus dan sup. Terung asam dayak ini sesuai dicampur bersama masakan sup ikan bagi melengkapkan perisa masam dalam masakan.

Sumber foto : Youtube

Adakah anda pernah merasa buah-buahan ini? Kongsikan pendapat anda tentang rasa buah-buahan ini. Apatah lagi jika anda baru pertama kali merasainya.

Baca juga artikel lain :

‘Pala Munsuh’, Buah Eksotik Mirip Durian Dan Cempedak Yang Rare Di Sarawak
Persis Longan, Kenali Buah Isau Buah Tropikal Asli Daripada Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penjual Bertudung Jual Bakso Babi, Netizen Minta Lebih Berhati-Hati
Next Article ‘Saya Minta Maaf, Jangan Kecam Saya’, Mayat Bayi Dengan Nota Ditemui Di Pusat Beli Belah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?