• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lagenda Antu Kulir, Kisah Mitos Pontianak Pengganggu Kaum Lelaki Di Sarikei

Oleh
Aina Musa
12 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Lagenda Antu Kulir, Kisah Mitos Pontianak Pengganggu Kaum Lelaki Di Sarikei

Kisah hantu kulir atau koklir yang sangat sinonim dengan masyarakat Iban di Sarikei

Lagenda Antu Kulir, Kisah Mitos Pontianak Pengganggu Kaum Lelaki Di Sarikei. Hantu merupakan entiti yang sering menjadi subjek dalam cerita rakyat atau filem bergenre seram. Kepercayaan terhadap keberadaan hantu berbeza-beza di kalangan masyarakat. Walaupun begitu, cerita mengenai hantu tetap menarik minat ramai.

Di Sarawak, ada sebuah kisah mitos mengenai hantu kulir atau hantu koklir yang sering disebut-sebut oleh masyarakat Iban khususnya di Sarikei.

Lagenda 'Antu Kulir', Kisah Mitos Pontianak Pengganggu Kaum Lelaki Di Sarikei
Lagenda ‘Antu Kulir’, Kisah Mitos Pontianak Pengganggu Kaum Lelaki Di Sarikei. Kredit: Google

Hantu Kulir, seperti yang dikenali dalam masyarakat Iban di Sarikei, Sarawak, mempunyai ciri-ciri yang membezakannya dari hantu-hantu lain.

Difahamkan, ‘antu’ kulir ini dikatakan mirip pontianak iaitu hantu perempuan yang mati selepas bersalin.

Mengikut kepercayaan warga Sarikei sendiri, hantu ini suka berkeliaran di kawasan hutan, dusun, kebun temasuk kawasan tepi-tepi sungai.

Kebiasaanya hantu yang sering kita dengar dikaitkan dengan bunyi mengilai tetapi tidak bagi hantu koklir.

Lagenda 'Antu Kulir', Kisah Mitos Pontianak Pengganggu Kaum Lelaki Di Sarikei

Hantu ‘koklir’ ini mendapat nama kerana entiti ini suka mengeluarkan bunyi ayam berkokok setiap kali mereka memunculkan diri dihadapan manusia.

Kedengaran pelik, tetapi itulah logik yang diceritakan dari mulut ke mulut.

Bukan itu sahaja, hantu ini akan menghampiri mangsa dengan mengeluarkan bunyi seretan kaki.

Menariknya, mangsa yang sering menjadi sasaran hantu kulir ini adalah kaum lelaki yang suka bermalam di kebun, dusun ataupun hutan.

Berdasarkan buah mulut orang, hantu kulir ini akan meratah mangsa yang tidak bernasib baik untuk menjadi sasarannya.

Lagenda 'Antu Kulir', Kisah Mitos Pontianak Pengganggu Kaum Lelaki Di Sarikei

Jadi, sekiranya anda warga Sarikei, bayangkan tiba-tiba anda terdengar bunyi suara kokokan ayam dan seretan kaki di keheningan malam,

Ditambah pula anda seorang lelaki yang suka berada di ‘port’ antu kulir berkeliaran, memang sah andalah mangsa hantu tersebut 👀

Apa-apa pun, kisah ini hanyalah sebuah cerita mitos dari mulut ke mulut.

Baca lagi artikel menarik:

Lagenda Hantu Kayong Di Sarawak, Ketahui Mitos Sumpahan Hantu Bangkit Orang Boyan
Kisah Hantu Janet, Dongeng Jururawat Yang Diculik Untuk Ritual ‘Semah’
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tuah Taruh Nombor Akaun Bank, Jurujual Dari Sarawak Menang Jackpot 29 Juta Tuah Taruh Nombor Akaun Bank, Jurujual Dari Sarawak Menang Jackpot 29 Juta
Next Article MYAirline Berjaya Dapat Pelabur Dari Timur Tengah, Mahu Bayar Gaji Dan Refund Dulu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?