• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mural Hasil Leonard Siaw ‘I Heart Kuching’ Dicalonkan Untuk Anugerah Street Art Cities Best Of 2022

Oleh
Husna Hazmi
20 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Lukisan seorang gadis memeluk kucing oleh Leonard Siaw.

Mural Hasil Leonard Siaw ‘I Heart Kuching’ Dicalonkan Untuk Anugerah Street Art Cities Best Of 2022. Dilaporkan, lukisan artis mural berbakat tinggi dari Sarawak, Leonard Siaw berjudul ‘I Heart Kuching’ yang terletak di Jalan Wawasan, Kuching telah dicalonkan untuk Anugerah Street Art Cities.

Leonard Siaw merupakan artis Mural asal Sarawal yang telah banyak menghasilkan lukisan mural mengagumkan. Jika anda ke Bandaraya Kuching, anda boleh melihat banyak hasil lukisan artis berbakat ini!

Mural Hasil Leonard Siaw 'I Heart Kuching' Dicalonkan Untuk Anugerah Street Art Cities Best Of 2022
Mural Hasil Leonard Siaw ‘I Heart Kuching’ Dicalonkan Untuk Anugerah Street Art Cities Best Of 2022. Kredit foto: Leonard Siaw

Melambangkan Bandaraya Kuching

Mural yang menggambarkan seorang gadis tersenyum sambil memeluk kucing itu melambangkan bandar Kuching kerana nama Bandaraya Kuching berasal daripada perkataan Melayu kucing.

Di sebalik mural yang indah itu, terdapat cerita di sebaliknya di mana gadis yang memeluk kucing tersebut sedang senyum melalui kesakitan bertarung dengan penyakit talasemia.

Mural Hasil Leonard Siaw 'I Heart Kuching' Dicalonkan Untuk Anugerah Street Art Cities Best Of 2022
Kredit foto: Leonard Siaw

Undi lukisan ‘I Heart Kuching’

Menurut Batuk Bandar Majlis Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng pula, lukisan tersebut menggambarkan aura positif, semangat serta belas kasihan penduduk Kuching.

Selain itu beliau juga berkata penduduk Sarawak boleh mengundi lukisan mural tersebut dalam usaha untuk memenangi Anugerah Street Art Cities dengan memuat turun aplikasi ‘Street Art Cities’ di Apple App Store atau Google Playstore.

Undian ini bagaimanapun hanya akan berlangsung selama 12 hari sahaja.

Lagi cerita menarik buat anda di sini:

Cipta Nama Di Pentas Antarabangsa, Novel Ditulis Anak Sarawak Dijadikan Filem Hollywood
Tarikan Baru Di Bintulu, Borneo Cultures Museum Versi Mini Bakal Dibina Tidak Lama Lagi
SUMBER :Dayak Daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cipta Nama Di Pentas Antarabangsa, Novel Ditulis Anak Sarawak Dijadikan Filem Hollywood
Next Article Tiktoker Dakwa Rempah Mengandungi Babi, AEON 'Bahan' Betapa Pentingnya Belajar Bahasa Inggeris Tiktoker Dakwa Rempah Mengandungi Babi, AEON ‘Bahan’ Betapa Pentingnya Belajar Bahasa Inggeris

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?