• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Niat Mahu Surprise, Malah Terkejut Tunang Kantoi Curang Dengan Steward

Oleh
ILB - AI
3 April 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Kecurangan adalah pengalaman yang dahsyat dan menyesakkan dada bagi sesiapa sahaja

Niat Mahu Surprise, Malah Terkejut Tunang Kantoi Curang Dengan Steward. Kecurangan berlaku pasti kerana hadirnya orang ketiga. Berbanding lelaki, wanita selalunya menjadi mangsa dalam kes sebegini. Namun, baru-baru ini lelaki pula yang menjadi mangsa.

Kecoh di media sosial kini, seorang lelaki memuat naik video yang mendakwa bahawa tunangnya, seorang pramugari berlaku curang di belakangnya. Menerusi video dan gambar dikongsinya itu, dia berkata, tujuannya mahu membuat kejutan dengan kedatangannya terbang jauh dari Sarawak, malah dia yang terkejut.

Niat Mahu Surprise, Malah Terkejut Tunang Kantoi Curang Dengan Steward
Gambar hiasan. Sumber: Google

“Niat hati mahu surprise, tak tahu pulak boleh hancur hati. Hati mana yang tidak hancur luluh bila tunang sendiri dijumpai tidur dengan lelaki lain,” tulis lelaki tersebut di laman Facebook miliknya.

“Jauh-jauh terbang ke KL demi mahu berjumpa tapi sakit pulak yang saya dapat,” ujarnya lagi.

Pramugari curang dengan pramugara

Tunangnya dikatakan curang dengan rakan sekerjanya, seorang pramugara yang dikatakan tidur dengannya. Difahamkan, kedua-dua pramugara dan pramugari berkenaan masih dalam latihan penerbangan (trainee) seragam merah.

Niat Mahu Surprise, Malah Terkejut Tunang Kantoi Curang Dengan Steward
Sumber: Facebook

Sementara itu, lelaki itu mendakwa tunangnya sudah berubah sikap kerana tidak menjawab telefon atau membalas chat, malah sebaliknya mendermakan tubuhnya kepada lelaki lain.

“Saya tidak tahu pulak trainee boleh tidur sama-sama. Dahlah dua-dua selingkuhan ini masih trainee, belum lagi probation dah maca mini perangai. Patutlah sikap berubah, alasan konon mahu focus kerjaya kerana jarang chat dan call, rupanya sudah ada orang lain,” katanya dengan penuh kehancuran di hati.

Masanya disiakan begitu sahaja

Baginya, cuti yang sepatutnya diambil untuk meluangkan masa bersama tunang malah bertukar menjadi mimpi ngeri buatnya. Dia tidak menyangka perkara ini berlaku kerana mereka telah menjalinkan hubungan percintaan selama bertahun-tahun tetapi lesap begitu saja.

Niat Mahu Surprise, Malah Terkejut Tunang Kantoi Curang Dengan Steward
Sumber: Facebook

“Kali ni Tuhan tunjukkan siapa salah, patut lah kuat betul firasat saya mahu pergi suprise dia, tiidak sangka prasangka buruk saya jadi kenyataan.

Berharap syarikat penerbangan mengambil tindakan yang sepatutnya

Sementara itu, dia berharap syarikat penerbangan seragam merah itu mengambil tindakan disiplin bagi kedua-dua pramugara dan pramugari tersebut, lebih-lebih lagi mereka masih dalam latihan (trainee).

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan menyokong tindakan lelaki itu dengan menyerbu tunangnya yang kantoi curang serta memberi kata-kata semangat buatnya untuk terus bertabah mengharungi dugaan tersebut.

Baca juga kisah yang berkaitan:

Dituduh Curang, Wanita Ini Dakwa Dia Diberi Racun Oleh Suaminya Selama Bertahun-Tahun Sebagai ‘Hukuman’
Kaki Pukul Dan Kerap Curang, Wanita Dari Kuching Ini Dedah Perangai ‘Abusive’ Bekas Pasangan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rainforest Music Festival Kembali Lagi, Bakal Diadakan Pada Bulan Jun Ini Rainforest Music Festival Kembali Lagi, Bakal Diadakan Pada Bulan Jun Ini
Next Article Dijamin Rupa Macam Baru, Ini Cara Mudah Untuk Bersihkan Barang Kemas 'Silver' Anda Dijamin Rupa Macam Baru, Ini Cara Mudah Untuk Bersihkan Barang Kemas ‘Silver’ Anda

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?