• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pamer Keindahan Gurun California, Pianis Sarawak Lancar Muzik Video Bertaraf Antarabangsa

Oleh
Ismail NA
6 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Pianis Sarawak yang sangat berbakat.

Pamer Keindahan Gurun California, Pianis Sarawak Lancar Muzik Video Bertaraf Antarabangsa. Pianis Sarawak yang sebelum ini menjadi salah seorang peserta America’s Got Talent, Jolynn J Chin telah melancarkan sebuah muzik video terbaharu yang bertemakan gurun pasir di El Mirage, California.

Muzik video tersebut adalah instrumental piano klasikal moden nya yang bertajuk ‘Lost’. Ini merupakan instrumental keduanya selepas debut solonya yang bertajuk ‘Toccato’ yang dilancarkan 4 tahun lalu.

Pamer Keindahan Gurun California, Pianis Sarawak Lancar Muzik Video Bertaraf Antarabangsa
Pamer Keindahan Gurun California, Pianis Sarawak Lancar Muzik Video Bertaraf Antarabangsa. Sumber: Youtube Jolynn J Chin

Video muzik ‘Lost’ itu telah pun dilancarkan 26 Ogos 2022 di seluruh dunia di pelbagai platform penstriman. Antaranya seperti Youtube, Spotify, Apple Music, Deezer, Amazon Music dan Youtube Music.

Sehingga artikel ini diterbitkan, lagu ini telah mendapat lebih 2,000 tontonan di laman Youtube nya.

Video muzik yang baharu sahaja dilancarkan ini memaparkan keindahan gurun pasir di El Mirage, California, Amerika Syarikat. Bukan itu sahaja, muzik video ini turut memaparkan beberapa gerakan ATV yang mengelilingi pianis berkenaan sambil Jolynn memainkan rentak instrumental gabungan klasik dan moden ini.

Sumber: Youtube Jolynn J Chin

Jolynn miliki JJC Academy untuk individu yang ingin belajar teknik bermain piano dan industri muzik sebenar

Untuk makluman anda, Jolynn J Chin juga memiliki akademi muzik dalam talian yang dinamakan sebagai JJC Academy.

Sumber: jolynnjchin.com

Menerusi akademi ini, individu yang berminat berpeluang untuk belajar sendiri teknik bermain piano klasikal daripada Jolynn sendiri menerusi kelas 13 siri berdurasi 2 jam 15 minit. Peserta yang mendaftar kelas ini akan dapat mengakses siri ini sepanjang hayat.

Selain Jolynn, tenaga pengajar lain yang terkandung dalam akademi ini adalah Yoad Nevo (Produser Multi Platinum yang pernah menghasilkan lagu untuk penyanyi antarabangsa seperti Sia, Ed Sheeran), Maor Appelbaum (Jurutera Mastering bertaraf Multi Platinum yang pernah menghasilkan rekod untuk Sepultura, Rob Halford dan Cynic).

Kelas ini boleh dilanggan dengan bayaran serendah 50 USD (RM 225) dengan mendaftar di pautan ini: JJC Academy

Anda boleh mendengar instrumental terbaru Jolynn J Chin di Youtube:

Baca juga pencapaian Jolynn yang pernah kami terbitkan sebelum ini:

Dijangka Tercalon Anugerah GRAMMY, Gadis Sarawak Pecah Rekod
Hebat! Pemain Piano Sarawak Ini Dapat Semua ‘YES’ Daripada 4 Juri America’s Got Talent 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rekod Baru Tercipta, Warga Emas Berusia 90 Tahun Ini Berjaya Sampai Ke Puncak Gunung Kinabalu Rekod Baru Tercipta, Warga Emas Berusia 90 Tahun Ini Berjaya Sampai Ke Puncak Gunung Kinabalu
Next Article Ugut Lempar Kucing Peliharaan Ke Sungai, Penculik Minta Wang Tebusan Sebanyak RM6K Di Kuching Ugut Lempar Kucing Peliharaan Ke Sungai, Penculik Minta Wang Tebusan Sebanyak RM6K Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?