• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Laluan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak Fasa Pertama Akan Dibuka Sepenuhnya

Oleh
Nazihah AN
9 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Laluan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak Fasa Pertama Akan Dibuka Sepenuhnya

Laluan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak Fasa Pertama Akan Dibuka Sepenuhnya Pada Suku Kedua Tahun Ini

Laluan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak Fasa Pertama Akan Dibuka Sepenuhnya. Menurut Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, fasa pertama projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sarawak akan dibuka sepenuhnya pada suku kedua tahun ini. Beliau memaklumkan bahawa kemajuan kerja projek ini telah mencapai 99 peratus setakat ini.

“Fasa pertama LPB Sarawak dijangka akan dibuka sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, kecuali bagi bahagian Lambir (di bawah pakej kerja 11) di Miri yang perlu direka semula dan dijangka siap pada tahun 2026,” katanya dalam satu kenyataan.

Laluan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak Fasa Pertama Akan Dibuka Sepenuhnya

Laluan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak Fasa Pertama Akan Dibuka Sepenuhnya

Fasa pertama pembinaan LPB Sarawak melibatkan jarak keseluruhan sejauh 706 kilometer (km) dari Telok Melano hingga ke Miri.

Sementara itu, Nanta berkata bahawa satu mesyuarat telah diadakan di antara kementerian beliau dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak semalam, yang membincangkan isu-isu berkaitan dengan penyelenggaraan jalan-jalan negeri dan persekutuan di Sarawak, terutamanya yang melibatkan penjajaran semula garisan (redline).

Beliau menjelaskan bahawa garisan redline merujuk kepada laluan asal yang dibina sebelum pembinaan LPB.

“Di Sarawak, penjajaran garisan redline melibatkan kawasan Kuching, Serian, Sibu, Bintulu, Julau dan Miri. Piawaian laluan redline yang dibina sebelum ini berbeza dengan LPB dan kualiti laluan redline ini perlu dinaik taraf.

“Fasa pertama LPB Sarawak melibatkan jarak sejauh 786km, tetapi terdapat penjajaran jalan sepanjang 136.7km yang tidak termasuk dalam pembinaan LPB dan kini berada dalam keadaan yang buruk. Beberapa model penyelesaian telah dicadangkan dalam mesyuarat tersebut, dan semua cadangan ini akan dikaji secara terperinci,” katanya lagi.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Sherry Al Hadad Akui Tiket Balik Sarawak Mahal, Cecah RM2000 Pergi Balik KL-Kuching
Memelihara Kestabilan Dan Keharmonian Di Sarawak, Rakyat Sarawak Harus Elak Budaya Ekstremis
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Maxim Sedia Perjalanan Percuma Kepada Persatuan Orang Buta Sarawak
Next Article Lagu Popular Raya Ini Rupa-Rupanya Dinyanyikan Oleh Dua Beradik Berbangsa India Lagu Popular Raya Ini Rupa-Rupanya Dinyanyikan Oleh Dua Beradik Berbangsa India

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?