Ranking berdasarkan Henley Passport Index Ranking 2020
Tahukah Anda Passport Malaysia Adalah Passport Kedua Paling Berkuasa Di Asia Tenggara. Henley Passport Index (HPI) adalah peringkat global negara mengikut kebebasan perjalanan bagi warganya. Indeks tersebut memberikan ranking 199 pasport dunia mengikut jumlah negara yang boleh dilalui oleh pemegangnya tanpa visa.
Menurut HPI terkini, pasport Malaysia berada di kedudukan ke-14 dari 199 pasport dunia, pasport kedua paling power di Asia Tenggara selepas pasport Singapura dan pasport keempat di Asia selepas Jepun, Singapura, dan Korea Selatan, dengan mempunyai akses ke 178 negara dan wilayah tanpa visa atau visa-semasa-ketibaan.

Japan berada di kedudukan pertama, diikuti Singapura dan kemudian Korea Selatan
Berikut adalah senarai 20 negara teratas dengan pasport paling berkuasa di seluruh dunia berdasar HPI 2020:
- Japan (191 destinasi)
- Singapura (190 destinasi)
- Korea Selatan, Germany (189 destinasi)
- Italy, Finland, Spain, Luxembourg (188 destinasi)
- Denmark, Austria (187 destinasi)
- Sweden, France, Portugal, Netherlands, Ireland (186 destinasi)
- Switzerland, Amerika Syarikat, United Kingdom, Norway, Belgium (185 destinasi)
- Greece, New Zealand, Malta, Czech Republic (184 destinasi)
- Canada, Australia (183 destinasi)
- Hungary (182 destinasi)
- Slovakia, Lithuania, Poland (181 destinasi)
- Iceland, Latvia, Slovenia (180 destinasi)
- Estonia (179 destinasi)
- Malaysia, Liechtenstein (178 destinasi)
- Monaco (175 destinasi)
- Chile, Cyprus (174 destinasi)
- Romania (172 destinasi)
- Bulgaria, Emiriah Arab Bersatu (171 destinasi)
- Croatia, Hong Kong, Argentina, Brazil (170 destinasi)
- San Marino (168 destinasi)
Fakta-fakta menarik tentang pasport Malaysia
Untuk pengetahuan anda, Malaysia merupakan negara pertama untuk mengeluarkan pasport biometrik pada Mac 1998 setelah sebuah syarikat tempatan, IRIS Corporation, membangunkan teknologi tersebut.

Pada Disember 2002, data cetak ibu jari ditambah ke data biometrik di cip pasport. Malah, teknologi ini juga diguna untuk IC Malaysia.

Data biometrik yang terdapat di pasport Malaysia adalah gambar digital wajah pembawa pasport, dan gambar dua cap ibu jari mereka. Pusat pemeriksaan imigresen Malaysia adalah satu-satunya yang mempunyai teknologi untuk membaca dan mengesahkan data dari cip RFID menggunakan pengimbas cap jari dan teknologi pengecaman wajah, tetapi penggunaan teknologi ePassport secara meluas di seluruh dunia telah menyaksikan teknologi tersebut dipasang di lapangan terbang antarabangsa di Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara lain!

Sebagai tambahan kepada data biometrik dan maklumat peribadi yang tersimpan di halaman maklumat, cip tersebut juga mencatat sejarah perjalanan pembawa pasport sepuluh jalan masuk dan keluar terakhir di pusat kawalan sempadan Malaysia.
Akibat kebimbangan di kalangan masyarakat mengenai kemungkinan ‘pengklonan’ data dari cip pasport untuk tujuan pencurian identiti, IRIS mengeluarkan siaran akhbar pada tahun 2006 dengan menyatakan bahawa cip dan data tidak pernah berjaya diklon dan kunci-kunci digital yang tersimpan pada setiap cip dibuat pertindihan dan pemalsuan adalah mustahil.
Pada 2 Februari 2010, Malaysia mula mengeluarkan e-Pasport patuh ICAO, yang sah selama 5 tahun atau 2 tahun. Malaysia merupakan negara ke-75 di dunia yang menggunakan standard ICAO. Pelaksanaan pasbort baru ini bermula di pejabat-pejabat di Lembah Klang, Johor, dan Pahang sebelum berkembang ke seluruh negara dan kemudain ke misi asing di luar negara.
Disamping itu, Malaysia mempunyai pelbagai jenis pas perjalanan untuk warga Malaysia.
Anda boleh baca artikel mengenai dokumen perjalanan tersebut di bawah:
Selain itu, Malaysia secara rasmi melarang warganya untuk melawat dua negara, iaitu Israel dan Korea Utara.
Malaysia tidak mengiktirafkan atau mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, malah di pasport Malaysia ia menyatakan “Pasport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali Israel.”

Manakala pemegang pasport Israel tidak dibenarkan memasuki Malaysia tanpa kebenaran bertulis dari Kementerian Dalam Negeri Malaysia.
Pernah terfikir mengapa vlogger Nas Daily tak pernah singgah ke Malaysia untuk videonya? Hal ini kerana Nas ialah pemegang pasport Israel. Oleh itu, secara sah beliau tidak dibenarkan untuk masuk ke Malaysia. Anda boleh menonton lebih lanjut penjelasan beliau dari sudutnya mengenai perkara tersebut:
Pemegang pasport Israel tidak dibenarkan memasuki Malaysia tanpa kebenaran bertulis dari Kementerian Dalam Negeri Malaysia.
Namun, secara rasmi kerajaan Malaysia membenarkan penganut Kristian mengunjungi Israel untuk tujuan keagamaan.

Pada tahun 2009, kerajaan melarang warga Malaysia beragama Kristian untuk melawat Israel atas sebab peningkatan risiko keselamatan yang ditimbulkan oleh konflik Israel dan Palestin.
Walau bagaimanapun, larangan tersebut dibubarkan pada tahun 2011 tetapi dengan sekatan, seperti kuota yang hanya membenarkan 700 jemaah setiap tahun dengan tidak melebihi dari 40 jemaah bagi setiap kumpulan gereja dan jemaah mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan tidak melawat Israel lebih dari sekali setiap tiga tahun dengan durasi lawatan maksimum 10 hari sahaja.
Pada Disember 2013, kerajaan mengumumkan pelonggaran larangan tersebut dengan membubarkan sebahagian besar sekatan sambil meningkatkan jangka waktu maksimum ke 21 hari, bergantung pada situasi keamanan di Israel.
Negara kedua Malaysia larangkan warganya untuk melawat ialah Korea Utara.

Susulan pembunuhan Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Februari 2017, diikuti hubungan diplomatik yang semakin renggang antara Malaysia dan Korea Utara, kerajaan Malaysia mengumumkan larangan kepada semua warga Malaysia untuk melawat Korea Utara pada September 2017.

Malaysia juga pernah melarang warganya untuk melawat negara-negara komunis dan Afrika Selatan disebabkan oleh sistem Aparteid.
Ekoran kejatuhan komunisme di Eropah Timur dan memperbaiki hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis lain serta akhirnya sistem Aparteid pada 1994, negara-negara terbabit dikeluarkan dari senarai larangan Malaysia.
Syukurnya dapat melawat banyak negara tanpa visa/visa-semasa-ketibaan. Tak semua negara dapat mengalami keistimewaan itu, contohnya pasport Afghanistan dan Iraq hanya membenarkan pembawa pasport masing-masing ke 26 dan 28 destinasi jika dibandingkan dengan pasport Malaysia yang boleh membawa warganya ke 178 destinasi.
Sekiranya dunia sudah selamat untuk membuat pelancongan antarabangsa, dimana anda nak travel? Negara mana destinasi impian anda? Komen di ruangan komen di bawah dan jangan lupa kongsi artikel ini!