• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pasangan Rusia Tular Daki Ke Puncak Menara 188, Didapati Tiada Rekod Keluar Dan Masuk Malaysia

Oleh
ILB - AI
7 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Pasangan Rusia Tular Daki Ke Puncak Menara 188, Didapati Tiada Rekod Keluar Dan Masuk Malaysia

Pasangan Rusia itu tular minggu lalu apabila didapati mendaki ke puncak Menara 188 di Pahang

Pasangan Rusia Tular Daki Ke Puncak Menara 188, Didapati Tiada Rekod Keluar Dan Masuk Malaysia. Dilaporkan pasangan Rusia yang tular minggu lalu kerana mendaki ke puncak Menara 188 didapati tiada rekod masuk dan keluar ke negara ini.

Perkara ini diumumkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia sementara pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut secara terperinci.

Pasangan Rusia Tular Daki Ke Puncak Menara 188, Didapati Tiada Rekod Keluar Dan Masuk Malaysia

Pasangan itu memuat naik klip video berada di atas Menara 188 di laman web SkyscraperCity.com dan Twitter

Terdahulu, sepasang suami isteri tular apabila mereka memuat naik klip video menunjukkan mereka berada di puncak menara Merdeka 188 menerusi laman web Skyscraper.com.

Menerusi klip berkenaan, pasangan itu dipercayai menggunakan dron untuk mengambil gambar selepas mendakwa menaiki tangga dari dalam menara untuk sampai ke puncak menera terbabit.

Mengenai video tersebut, pihak berkuasa dilaporkan sedang menunggu keputusan analisis video oleh Cyber Security Malaysia untuk menentukan sama ada klip berkenaan adalah tulen atau hasil teknologi tinggi.

Sementara itu, Jabatan Imigresen Malaysia mengumumkan bahawa kedua-dua mereka tidak berada dalam Malaysia sekarang dan siasatan mendapati tiada rekod keluar masuk mereka dalam sistem Jabatan Imigresen.

Dakwa menceroboh menara dengan menyamar sebagai pekerja

Video wanita itu yang berada di puncak menara terbabit juag turut dikongsi ke laman Twitter yang kini telah ditonton sebanyak 1.2 juta kali pada masa penulisan.

Wanita dalam video itu, Angela Nikolau, yang berkongsi pengalamannya mendaki ke puncak menara itu di Twitter, menyatakan dia berjaya masuk ke dalam bangunan itu dengan menyamar sebagai pekerja.

Kredit: Twitter

Namun, tiada kelibat pasangan tersebut menceroboh bangunan itu berdasarkan analisis CCTV di menara tersebut. Sembilan individu termasuk kakitangan dan pekerja di menara itu telah dipanggil untuk membantu dengan siasatan.

Buat masa ini, pihak berkuasa masih meneruskan siasatan termasuk menyiasat kemungkinan mereka memasuki Malaysia secara haram.

Lagi di sini:

Gara-Gara Marah Anak Selalu Keluar, Seorang Ibu Di Singapura Menikam Paha Anak Sendiri
Dapat Posting Ke Baram, Cikgu Ini Ceritakan Pengalaman Mengajar Di Pedalaman Sarawak
SUMBER :THE STAR
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gadis OKU Hilang, Kali Terakhir Dilihat Keluar Dari Rumah Di Kpg Gita Petra Jaya Gadis OKU Hilang, Kali Terakhir Dilihat Keluar Dari Rumah Di Kpg Gita Petra Jaya
Next Article Muzik Bingit Dan Tarian Kurang Sopan 'Cemarkan' Waterfront Kuching, Ini Reaksi Netizen Muzik Bingit Dan Tarian Kurang Sopan ‘Cemarkan’ Waterfront Kuching, Ini Reaksi Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?