• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Muzik Bingit Dan Tarian Kurang Sopan ‘Cemarkan’ Waterfront Kuching, Ini Reaksi Netizen

Oleh
Aina Musa
8 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Muzik Bingit Dan Tarian Kurang Sopan 'Cemarkan' Waterfront Kuching, Ini Reaksi Netizen

Waterfront kini ‘dimonopoli’ muzik disco dan patung ‘bertandak’?

Muzik Bingit Dan Tarian Kurang Sopan ‘Cemarkan’ Waterfront Kuching, Ini Reaksi Netizen. Sebut sahaja mengenai tebingan Sungai Sarawak atau terkenal dengan nama Waterfront Kuching, pasti lokasi ini akan menjadi ‘port’ persinggahan wajib sama ada pelancong luar ataupun warga Kuching sendiri.

Bagi penduduk setempat lokasi ini dikenali sebagai ‘the people place’ di mana lokasi ini diibaratkan ‘magnet’ kerana terdapat beberapa tarikan yang menarik lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Muzik Bingit Dan Tarian Kurang Sopan 'Cemarkan' Waterfront Kuching, Ini Reaksi Netizen
Muzik Bingit Dan Tarian Kurang Sopan ‘Cemarkan’ Waterfront Kuching, Ini Reaksi Netizen

Antara tarikan malam hari di sini adalah persembahan musical water fountain yang dimainkan setiap malam dengan pemandangan indah berlatar-belakangkan bangunan ikonik Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Selain itu, tidak kurang juga ‘persembahan’ dan ‘tarian’ oleh maskot-maskot yang menghiburkan pengunjung setiap malam di Waterfront ini.

Bermula dengan perkongsian menarik daripada individu ini

Namun, tular di laman sosial Facebook baru-baru ini, apabila seorang individu menyatakan pandangan beliau mengenai cara maskot-maskot ini memberi hiburan kepada pengunjung.

Muzik Bingit Dan Tarian Kurang Sopan 'Cemarkan' Waterfront Kuching, Ini Reaksi Netizen
Muzik Bingit Dan Tarian Kurang Sopan ‘Cemarkan’ Waterfront Kuching, Ini Reaksi Netizen. Kredit: FB Syahmi Razali

Dalam posting tersebut, beliau menyatakan Waterfront dahulu merupakan satu ‘port’ santai yang terbaik di Kuching untuk mencari ketenangan sambil pengunjung dihidangkan dengan musik yang ‘nyaman’ didengar setiap kali beriadah ke situ.

Namun, kini zaman sudah pun berubah selari dengan trend muzik terkini.

Menerusi perkongsian itu, beliau mendakwa suasana di Waterfront sudah jauh berbeza dengan kehadiran lambakan maskot yang menghiasi sepanjang tebingan Sungai Sarawak itu.

Tambahnya, bukanlah kehadiran mereka menjadi punca utama tetapi ‘cara’ mereka menarik pelanggan itu dengan memainkan muzik yang terlalu nyaring dengan genre lagu yang tidak bersesuaian ibarat merosakkan suasana Waterfront yang dahulunya menjadi lokasi pengunjung untuk beriadah dengan tenang.

Tambahan juga, maskot tersebut dilihat membuat persembahan tarian yang dirasakan tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada umum lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak.

Ini pula respons netizen

Dalam posting tersebut, rata-rata netizen berpendapat sebaiknya Waterfront dihiasi dengan alunan-alunan muzik Sape yang sangat melambangkan imej Sarawak.

Malah, tidak dinafikan setiap kali mendengar muzik Sape dimainkan, sesiapa sahaja yang mendengar pasti akan timbul rasa tenang.

Pendapat lelaki ini disokong oleh beberapa netizen. Netizen berpendapat muzik-muzik rancak dengan tarian ‘kurang enak’ daripada maskot tersebut sedikit sebanyak mencacatkan ketenangan di sepanjang Waterfront ini.

Netizen berpendapat, sebaiknya lagu-lagu itu ditukar kepada genre lagu yang lebih bersesuaian memandangan lokasi tersebut merupakan tempat pelancongan di Kuching.

Sekiranya anda ke Kuching, jangan lupak untuk singgah ke sini:

Jalan Carpenter, Kenali Sejarah Ringkas Disebalik Salah Satu Jalan Tertua Di Kuching
Itinerari Santai 3 Hari 2 Malam Ke Kuching (Kemaskini 2023)
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pasangan Rusia Tular Daki Ke Puncak Menara 188, Didapati Tiada Rekod Keluar Dan Masuk Malaysia Pasangan Rusia Tular Daki Ke Puncak Menara 188, Didapati Tiada Rekod Keluar Dan Masuk Malaysia
Next Article Tular Petah Si Kecil Persoal Beza Solat & Sembahyang, Buat Netizen Kagum Toleransi Di Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?