• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Patah Pinggang Akibat Diragut Di Sego, Keluarga Wanita Ini Mohon Kesan Peragut ‘Badan Kecil’

Oleh
Ismail NA
22 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Umum Sarawak (HUS).

Patah Pinggang Akibat Diragut Di Sego, Keluarga Wanita Ini Mohon Kesan Peragut ‘Badan Kecil’. Kejadian ragut di Kuching semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Terbaharu, seorang wanita tempatan menjadi mangsa terbaharu kejadian ragut di Kuching.

Isi Isi Penting
  • Mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Umum Sarawak (HUS).
  • Mangsa cedera parah, patah paha dan pinggang serta pendarahan dalam perut
  • Peragut memakai helmet biru, berbadan kecil
  • Tiada CCTV akibatkan usaha mengesan peragut sukar
  • Awal bulan ini, kejadian yang sama juga berlaku di Kuching sehingga menyebabkan seorang gadis koyak dagunya:

Wanita tersebut yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja diragut di hadapan Wisma Sego, berdekatan Taman Sukma, Kuching pada awal pagi sekitar jam 4.30 pagi. Pergelutannya dengan peragut menyebabkan motorsikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu masuk ke dalam parit.

Patah Pinggang Akibat Diragut Di Sego, Keluarga Wanita Ini Mohon Kesan Peragut 'Badan Kecil'
Patah Pinggang Akibat Diragut Di Sego, Keluarga Wanita Ini Mohon Kesan Peragut ‘Badan Kecil’. Foto kemalangan ihsan pembaca.

Mangsa cedera parah, patah paha dan pinggang serta pendarahan dalam perut

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Facebook oleh ahli keluarga mangsa, Syaza Alek, ibu saudaranya yang diragut kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Umum Kuching (HUS). Wanita berkenaan mengalami kecederaan parah dengan paha kanan dan pinggangnya patah, pendarahan di dalam perut dan luka di bahagian tangan.

Memberitahu tentang perkembangan ibu saudaranya itu, Syaza memaklumkan bahawa wanita berkenaan baru selesai menjalani pembedahan memasukkan besi ke dalam paha. Mangsa akan dirujuk semula bagi kemungkinan pembedahan kedua untuk merawat pinggangnya yang patah.

Mangsa merupakan seorang ibu 3 anak dan mencari rezeki bagi memberi belanja sekolah anak-anaknya.

Patah Pinggang Akibat Diragut Di Sego, Keluarga Wanita Ini Mohon Kesan Peragut 'Badan Kecil'
Sumber: FB Syaza Alek

Peragut memakai helmet biru, berbadan kecil

Pada hari kejadian, wanita berkenaan turun dari rumah untuk ke tempat kerja shif pagi. Walau bagaimanapun, sewaktu dalam perjalanan, wanita ini didatangi peragut dari arah Taman Sukma dengan memakai helmet berwarna biru dan berbadan kecil.

Peragut berkenaan juga bertindak mengambil telefon dan wang tunai yang dimiliki mangsa selain mencuba untuk menyentuh dan membuka seluar mangsa sebanyak 2 kali! Peragut berkenaan juga melarikan diri setelah ibu saudaranya berteriak meminta pertolongan.

Lebih kesal, peragut tersebut sempat memaki ibu saudaranya kerana tidak berjaya menyentuh dan membuka seluar mangsa.

Patah Pinggang Akibat Diragut Di Sego, Keluarga Wanita Ini Mohon Kesan Peragut 'Badan Kecil'
Sumber: FB Syaza Alek

Tiada CCTV akibatkan usaha mengesan peragut sukar

Jelas Syaza lagi, pihak polis memaklumkan bahawa kawasan berkenaan tidak dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) menyebabkan usaha mengesan peragut sedikit sukar. Malah, tindakan melampau peragut ini tidak sepatutnya sewenang-wenangnya dilepaskan memandangkan kesan yang berlaku kepada mangsa sangat parah sehingga mengancam nyawa.

Syaza turut menegaskan bahawa keluarganya akan mencari peragut ini sehingga dapat sekiranya perkara ini tidak diambil serius oleh pihak yang bertanggungjawab.

Di akhir hantaran ini, Syaza tidak lupa juga mengucapkan terima kasih kepada pihak yang mendoakan kesembuhan ibu saudaranya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini atau sebarang kejadian ragut yang berlaku kebelakangan ini diminta untuk menyalurkan maklumat di balai polis berdekatan. Sama-sama kita membanteras jenayah ini bagi mengelakkan lebih ramai orang terutamanya wanita menjadi mangsa jenayah tidak berperikemanusiaan ini.

Awal bulan ini, kejadian yang sama juga berlaku di Kuching sehingga menyebabkan seorang gadis koyak dagunya:

SUMBER :FB Syaza Alek
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article #RWMF2022 Bosan? Ini Pendapat Jujur Kami Tentang Edisi Tahun Ini #RWMF2022 Bosan? Ini Pendapat Jujur Kami Tentang Edisi Tahun Ini
Next Article Tak Perlu Book Flight Dah, Roti Gardenia Kini Boleh Didapati Di Pasaraya Farley Kota Samarahan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?