• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelajar KV Keningau Menang Artikel Terbaik Newsletter MAOUS UiTM Sabah

Oleh
Farisha
17 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Artikel terbaik untuk Newsletter MAOUS dapat baucar hotel selama 3 hari dan 2 malam

Pelajar KV Keningau Menang Artikel Terbaik Newsletter MAOUS UiTM Sabah. Maddox Rodriguez, pelajar tahun akhir Seni Kulinari Kolej Vokasional (KV) Keningau, telah memenangi baucar penginapan Hotel Klagan Kota Kinabalu selama 3 hari dan 2 malam daripada MAOUS (Marketing Association of UiTM Sabah) kerana artikel hasil tulisannya telah dinobatkan sebagai artikel terbaik untuk newsletter (surat berita) MAOUS jilid ketiga.

MAOUS telah membuka penyertaan tersebut kepada orang awam daripada 23 Ogos 2024 sehingga 17 September 2024. Seramai lapan pelajar KV Keningau telah menghantar artikel artikel Bahasa Inggeris mereka kepada pihak penganjur dan artikel Maddox dipilih daripada berpuluh penyertaan sebagai pemenang.

Pelajar KV Keningau Menang Artikel Terbaik Newsletter MAOUS UiTM Sabah
Pelajar KV Keningau Menang Artikel Terbaik Newsletter MAOUS UiTM Sabah

Artikelnya diterbitkan dalam newsletter tersebut beserta dengan artikel-artikel lain yang telah diterima untuk penerbitan oleh pihak penganjur.

Artikel Maddox yang bertajuk “The Journey of an Entrepreneur” mengisahkan perjalanannya sebagai seorang remaja yang masih menuntut di KV Keningau sebagai pelajar bidang hospitaliti dan pada masa yang sama mengusahakan idea perniagaannya yang berasaskan bidang pertanian dimana dia telah berjaya menghasilkan banyak produk.

Bertekad untuk menjayakan projeknya sebagai perusahaan sosial yang bukan sahaja bersifat menjana keuntungan semata-mata tetapi membantu komuniti-komuniti tertentu sambil menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar, Maddox telah menyertai pelbagai program dan pertandingan keusahawanan dan telah menimba banyak pengalaman dan meluaskan jalinan kerjasama dengan pihak pihak yang relevan.

Timbalan Pengarah KV Keningau yang merangkap sebagai pemangku pengarah, Noorhayati Hashim @ Harun, mengucapkan tahniah kepada pelajar ini atas kemenangan tersebut dan memuji usaha gigihnya untuk menjayakan perusahaannya lagi ianya selaras dengan sasaran pendidikan kolej vokasional untuk melahirkan usahawan. Dia berharap agar lagi ramai pelajar menceburi bidang keusahawanan sosial.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kejayaan daripada pelajar Sabah:

Ealtond Rayner, Anak Sabah Dalam Pasukan e-Sukan Malaysia Muncul Juara Kejohanan IESF 2024
Anak-Anak Sabah Harumkan Nama, Raih 10 Emas Dalam Pertandingan Karate Kebangsaan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tradisi Orang Sarawak Buat Majlis Kahwin Pagi Jadi Tumpuan Netizen Tradisi Orang Sarawak Buat Majlis Kahwin Pagi Jadi Tumpuan Netizen
Next Article Restoran Kuching, Kantin At The Granary Bakal Buka Cawangan Pertamanya Di Singapura Restoran Kuching, Kantin At The Granary Bakal Buka Cawangan Pertamanya Di Singapura

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?