• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jason Robert, Pelajar Sabah Raih Artikel Terbaik Majalah Bahasa Inggeris Di Indonesia

Oleh
Farisha
3 Januari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Artikel “Alone So Little, Together So Much” Tarik Perhatian

Jason Robert, Pelajar Sabah Raih Artikel Terbaik Majalah Bahasa Inggeris Di Indonesia. Seorang pelajar tahun dua jurusan Teknologi Elektrik dari Kolej Vokasional (KV) Keningau, Jason Robert Sopining, telah menerima anugerah penulis artikel terbaik melalui hasil karyanya yang bertajuk “Alone So Little, Together So Much” dari kolej pengajian tinggi, STKIP PGRI Pacitan, Indonesia, pada 31 Disember 2024.

Artikel editorial yang ditulis dalam Bahasa Inggeris tersebut telah diterbitkan di majalah digital E-Magz edisi Disember 2024 keluaran kolej itu. Ianya telah dipilih sebagai artikel terbaik kerana berjaya mengupas tema majalah pada edisi keluaran tersebut iaitu orang kelainan upaya (OKU) dengan baik.

Jason Robert, Pelajar Sabah Raih Artikel Terbaik Majalah Bahasa Inggeris Di Indonesia
Jason Robert, Pelajar Sabah Raih Artikel Terbaik Majalah Bahasa Inggeris Di Indonesia

Langkah Positif Membantu OKU Melalui Dasar dan Aktiviti

Artikel yang ditulis oleh anak Sabah ini menggesa orang awam dan pihak yang bertanggungjawab untuk lebih memahami keperluan individu-individu kelainan upaya daripada aspek akses pendidikan, peluang pekerjaan dan kemudahan.

Dia menjelaskan bahawa golongan ini berhak mendapatkan pendidikan berkualiti dan pekerjaan tetap serta mampu menjalani kehidupan seharian dengan lebih lancar melalui kemudahan di tempat awam yang sesuai dengan keperluan mereka.

Dia mencadangkan bahawa orang ramai mampu memainkan peranan dalam membawa perubahan positif kepada mereka yang berkelainan upaya dengan menyokong penggubalan dasar-dasar kerajaan, menyertai aktiviti kesukarelawan dan menderma kepada inisiatif-inisiatif yang diwujudkan untuk membantu golongan ini.

Menggalakkan Pelajar Muda Menyuarakan Pendapat Secara Berkesan

Jason Robert berasa teruja kerana artikelnya terpilih sebagai karya terbaik bagi edisi majalah tersebut memandangkan dia merupakan seorang yang minat menulis dan yakin bahawa kewartawanan dan penulisan mampu memangkin perubahan yang berfaedah kepada orang awam.

Timbalan Pengarah Sokongan Akademik KV Keningau, Pounsin Kining, mengucapkan tahniah kepada pelajar ini atas anugerah tersebut dan dia berharap pencapaian ini dapat membuka minda para pelajar yang lain bagaimana penulisan artikel mampu memberi mereka platform untuk menyuarakan pendapat dan cadangan secara sihat dan berkesan.

Selain daripada Jason, terdapat 11 lagi pelajar di kolej itu yang telah menulis artikel dan diterbitkan dalam majalah yang sama. Majalah itu boleh dimuatturunkan secara percuma daripada pautan https://pbi.stkippacitan.ac.id/e-magazine/.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kejayaan anak Sabah:

Ealtond Rayner, Anak Sabah Dalam Pasukan e-Sukan Malaysia Muncul Juara Kejohanan IESF 2024
Anak Sabah Buktikan Kehebatan, Kejayaan Juara Dunia Pencak Silat Berkat Semangat Arwah Ibu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terima Aduan Label Makanan Tidak Jelas, MTPN Sarawak Ambil Tindakan Segera
Next Article Richard dan Molly, Pasangan Warga Emas Pertama Berkahwin Di Rumah Seri Kenangan Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?