I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Pelajar Perempuan MRSM Dibuli, Ibu Terkejut Seperti Ada Unsur Pemujaan Dalam Ugutan
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pelajar Perempuan MRSM Dibuli, Ibu Terkejut Seperti Ada Unsur Pemujaan Dalam Ugutan

Oleh Siti Nur Atiqah Manan 13 Ogos 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Membuli dan diduga ada unsur pemujaan. Biar betul?

Pelajar Perempuan MRSM Dibuli, Ibu Terkejut Seperti Ada Unsur Pemujaan Dalam Ugutan. Ibu mana yang tidak risau jika anak perempuannya dibuli habis-habisan oleh pelajar satu sekolah anaknya. Lagi merisaukan apabila kes buli anaknya seperti tiada jalan penyelesaian yang dibuat oleh pihak sekolah dan pelakunya tidak ditemui sehingga ke hari ini.

Begitulah perkongsian Puan Nazrah Mohamed di laman sosial Facebook beliau. Perkongsian yang telah menerima 33K perkongsian ini sangat menarik perhatian apabila pembuli diketahui seperti melakukan pemujaan. Budak sekolah sudah tahu selok-belok pemujaan?. Sungguh. Lain macam budak zaman sekarang.

Pelajar Perempuan MRSM Dibuli, Ibu Terkejut Seperti Ada Unsur Pemujaan Dalam Ugutan
Pelajar Perempuan MRSM Dibuli, Ibu Terkejut Seperti Ada Unsur Pemujaan Dalam Ugutan. Sumber gambar; FB Nazrah Mohamed

Baju digunting, diconteng tetapi pelaku gagal dijumpai.

Kejadian yang berlaku di MRSM Kuantan ini melibatkan beberapa pelajar yang menjadi mangsa buli termasuk anak Puan Nazrah. Pada mulanya, kejadian buli ini dihidu oleh Puan Nazrah apabila anaknya beberapa kali mengadu bahawa baju seragam sekolah berwarna kuning, biru dan baju t-shirt milik anaknya telah digunting dan diconteng dan dijumpai di ampaian.

Pelajar Perempuan MRSM Dibuli, Ibu Terkejut Seperti Ada Unsur Pemujaan Dalam Ugutan
Pelajar Perempuan MRSM Dibuli, Ibu Terkejut Seperti Ada Unsur Pemujaan Dalam Ugutan. Sumber gambar; FB Nazrah Mohamed

Hal ini telah diceritakan oleh anak beliau sendiri dan pada mulanya anaknya telah melaporkan terus kejadian ini kepada pelajar senior Tingkatan 5. Pelajar senior pula telah mengambil tindakan sendiri dengan mencari pelaku tetapi gagal. Malah mereka juga tidak memberitahu pihak warden sehingga Puan Nazrah masuk campur dengan menghubungi pihak warden sekolah.

Dipaksa mengaku padahal dia adalah mangsa oleh 5 warden sekaligus!

Jawapan pihak warden yang sangat tidak masuk akal membuatkan naluri seorang ibu menjadi tidak keruan. Bahkan, ibu mana yang tidak berang sekiranya anaknya yang menjadi mangsa buli tapi anaknya juga telah dipaksa mengaku kesalahan sehingga disoal siasat oleh 5 orang warden.

”PERFECTLY FINE, PERFECTLY FINE!!

Bukan setakat dipaksa mengaku, malah pihak Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar (TPPP) telah mengatakan bahawa anaknya mengalami masalah keresahan yang melampau atau anxiety dan tahap stress yang tinggi. Hal ini diberitahu kepada ibu mangsa apabila telah dirujuk kepada pihak kaunselor serta dinasihatkan untuk ke pakar psikiatri.

Tidak melengahkan lagi kerana tidak puas hati anaknya dilabel sedemikian, Puan Nazrah membawa anaknya ke pakar psikiatri kanak-kanak dan menjalani beberapa ujian dan sangat memuaskan apabila diketahui keputusan rasmi pakar bahawa anaknya sihat walafiat, “PERFECTLY FINE, SIHAT WALAFIAT!!!”, kata Puan Nazrah.

Nota ugutan ada unsur pemujaan dan rambut digunting.

Tidak berakhir disini apabila ibu bapa salah seorang pelajar tingkatan 3 dari sekolah yang sama telah memberitahu Puan Nazrah bahawa anaknya telah menemui nota yang berbaur ugutan di bilik asramaya yang berhadapan dengan bilik anak Puan Nazrah. Mengejutkan apabila nota tersebut ditujukan kepada anaknya dan ianya seperti ada unsur pemujaan dengan kata-kata seperti darah, menggunakan pen bedakwat merah serta lambang-lambang ilmu sesat.

Pelajar Perempuan MRSM Dibuli, Ibu Terkejut Seperti Ada Unsur Pemujaan Dalam Ugutan
Pelajar Perempuan MRSM Dibuli, Ibu Terkejut Seperti Ada Unsur Pemujaan Dalam Ugutan. Sumber gambar; FB Nazrah Mohamed

Setelah hal ini diketahui pihak Puan Nazrah, selang beberapa hari selepas itu, anaknya telah menghubungi dan memberitahu bahawa rambutnya telah digunting semasa tidur. Bukan sahaja anak Puan Nazrah tapi rakannya juga terkena hal yang sama.

Pelajar Perempuan MRSM Dibuli, Ibu Terkejut Seperti Ada Unsur Pemujaan Dalam Ugutan
Pelajar Perempuan MRSM Dibuli, Ibu Terkejut Seperti Ada Unsur Pemujaan Dalam Ugutan. Sumber gambar; FB Nazrah Mohamed

Kejadian ini terus berulang walaupun laporan kepada pihak SISPAA telah dibuat. Oleh kerana maklum balas yang diterima tidak menyebelahi pihak mangsa, Puan Nazrah juga telah membuat laporan polis. Semoga kes ini cepat menemui jalan penyelesaian dan sama-sama kita doakan anak Puan Nazrah selamat serta dapat menimba ilmu dengan tenang.

Bukan isu buli yang kita mahu dengar tapi isu yang berkaitan dengan kejayaan. Sudah pasti ada kejayaan-kejayaan pelajar sekolah yang dapat dibanggakan dan menjadi contoh untuk pelajar yang lain, seperti:

Persembahan Koir Secara Maya, Sekolah Menengah Swasta St Joseph Merangkul Anugerah Emas Di BICF

Hanya Berkaki Ayam, Peserta Cilik Dari Sarawak Mendapat Johan Kebangsaan Merentas Desa

SUMBER : FB Nazrah Mohamed
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Catat Sebanyak 11 Kematian, Itali Menjadi Kawasan ‘Hotspot’ Wabak Demam West Nile
Next Article Scammer Pencen Sebagai 'Penjawat Awam', Rupa-Rupanya Tukar Bidang Dan Guna Modus Operandi Baru Scammer Pencen Sebagai ‘Penjawat Awam’, Rupa-Rupanya Tukar Bidang Dan Guna Modus Operandi Baru

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?