• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Catat Sebanyak 11 Kematian, Itali Menjadi Kawasan ‘Hotspot’ Wabak Demam West Nile

Oleh
ILB - AI
13 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

11 kematian dilaporkan akibat wabak demam West Nile

Catat Sebanyak 11 Kematian, Itali Menjadi Kawasan ‘Hotspot’ Wabak Demam West Nile. Itali muncul sebagai kawasan titik panas (hotspot) di Eropah bagi wabak baharu virus West Nile. Setakat tahun ini, angka kematian telah mencecah sebanyak 11 orang di negara itu.

Menurut data terbaru dari Pusat Kawalan Penyakit Eropah, setakat Rabu, sebanyak 188 kes virus West Nile di Kesatuan Eropah direkodkan sejak awal tahun manakala 144 kes daripadanya adalah dari Itali.

Catat Sebanyak 11 Kematian, Itali Menjadi Kawasan 'Hotspot' Wabak Demam West Nile
Catat Sebanyak 11 Kematian, Itali Menjadi Kawasan ‘Hotspot’ Wabak Demam West Nile. Kredit: The Sundaily

Kebanyakan kes virus di Itali telah direkodkan sejak awal Jun

Institut Kesihatan Tinggi Itali melaporkan jumlah jangkitan daripada virus itu telah meningkat lebih daripada 50 peratus sepanjang minggu lalu.

Menurut sumber rasmi Itali, kebanyakan kes virus di Itali telah direkodkan sejak awal Jun, dengan majoriti kes itu direkodkan di wilayah tengah dan utara Itali Emilia Romagna, Veneto, Piedmont, dan Lombardy.

Veneto, yang menempatkan lebih separuh daripada jumlah kes di Itali dan enam daripada 11 kematian di negara itu adalah kluster virus yang dilaporkan terbesar di negara itu.

Catat Sebanyak 11 Kematian, Itali Menjadi Kawasan 'Hotspot' Wabak Demam West Nile
Catat Sebanyak 11 Kematian, Itali Menjadi Kawasan ‘Hotspot’ Wabak Demam West Nile

Tetapi di wilayah Lombardy melaporkan kematian terbaru akibat virus itu pada hari Jumaat, di Bandar Brescia, Timur Milan.

Demam West Nile adalah virus bawaan nyamuk

Demam West Nile, penyakit yang disebabkan oleh virus bawaan nyamuk, pertama kali dekenal pasti pada tahun 1937 dan ia dilihat muncul secara berkala dalam beberapa dekad.

Saintis membuat spekulasi bahawa suhu panas membolehkan penyebaran nyamuk boleh membawa virus itu merebak ke kawasan baharu.

Catat Sebanyak 11 Kematian, Itali Menjadi Kawasan 'Hotspot' Wabak Demam West Nile
Kitaran wabak virus West Nile. Kredit: OCVECTOR

Menurut data daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) gejala demam West Nile yang disebabkan oleh virus ini adalah seperti sakit kepala, demam tinggi, leher tegang, pingsan, kekeliruan, koma, sawan, gegaran, kelemahan otot dan lumpuh.

Penyakit ini biasanya tidak membawa maut, tetapi ia boleh berlaku dalam golongan tua dan rentan.

Catat Sebanyak 11 Kematian, Itali Menjadi Kawasan 'Hotspot' Wabak Demam West Nile
Gejala demam West Nile. Kredit: FCCNG

Para saintis sedang menyiasat terapi interferon – sejenis terapi sel imun – sebagai rawatan untuk ensefalitis yang disebabkan oleh virus West Nile.

Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa orang yang menerima interferon pulih lebih baik daripada mereka yang tidak menerima ubat, tetapi lebih banyak kajian diperlukan.

Bukan sahaja wabak virus West Nile yang menular, wabak Monkeypox turut menjadi kebimbangan di seluruh dunia:

Kini Menyerang 75 Buah Negara, WHO Isytihar Cacar Monyet Sebagai Kecemasan Global
Wabak Monkeypox Menular Pantas, Pakar Dakwa Berpunca Daripada Festival Homoseksual
SUMBER :Bernama
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dipercayai Bahaya Hingga Boleh Meragut Nyawa, Penjualan Bedak Johnson & Johnson Bakal Dihentikan Dipercayai Mengandungi Bahan Bahaya, Penjualan Bedak Talkum Johnson & Johnson Bakal Dihentikan
Next Article Pelajar Perempuan MRSM Dibuli, Ibu Terkejut Seperti Ada Unsur Pemujaan Dalam Ugutan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?