• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Peluang Masih Dibuka Jika Sarawak Mahu U-Turn Ambil Vaksin Astra Zeneca – Khairy Jamaluddin

Oleh
Ismail NA
4 Mei 2021
Kongsi
7 Min Bacaan

Vaksin Astra Zeneca ditawarkan secara sukarela di Malaysia.

Peluang Masih Dibuka Jika Sarawak Mahu U-Turn Ambil Vaksin Astra Zeneca – Khairy Jamaluddin. Susulan kontroversi Sarawak yang menolak mentah-mentah penggunaan vaksin Astra Zeneca tempoh hari, Khairy Jamaluddin semalam kembali membuka tawaran kepada Sarawak sekiranya negeri ini berubah fikiran untuk mengambil vaksin tersebut.

Isi Isi Penting
  • Vaksin Astra Zeneca ditawarkan secara sukarela di Malaysia.
  • Sarawak diberi peluang kedua untuk menerima tawaran AZ setelah melihat keyakinan ditunjukkan rakyat
  • Vaksin AZ secara sukarela akan diperluaskan ke klinik komuniti, tidak terhad tempahan dalam talian
  • Rakyat Sarawak kecewa tidak diberi peluang pilih vaksin
  • Vaksin AZ pilihan yang lebih baik untuk penduduk di luar bandar
  • Risiko pembekuan darah akibat vaksin AZ jauh lebih kecil berbanding akibat merokok dan jangkitan COVID-19
  • Baca juga :

Menteri Penyelaras Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata demikian menerusi laporan BERNAMA sebagai respon kepada penolakan Sarawak melalui kenyataan yang dibuat Dr. Sim Kui Hian, ADUN Batu Kawa, terhadap penggunaan vaksin Astra Zeneca (AZ) yang dikatakan memberi kesan sampingan kepada pengguna

Sarawak diberi peluang kedua untuk menerima tawaran AZ setelah melihat keyakinan ditunjukkan rakyat

Kerajaan persekutuan masih berbesar hati dan bersedia untuk menyumbang sejumlah dos vaksin AZ kepada Sarawak setelah melihat kepada keyakinan yang ditunjukkan oleh rakyat. Pada Ahad, tawaran suntikan vaksin AZ secara sukarela melalui pendaftaran secara dalam talian di Selangor dan Kuala Lumpur mendapat sambutan yang luar biasa. Sebanyak 268,000 slot temujanji telah habis diisi dalam masa 3 jam sebaik sahaja pendaftaran dalam talian dibuka.

Peluang Masih Dibuka Jika Sarawak Mahu U-Turn Ambil Vaksin Astra Zeneca - Khairy Jamaluddin
Peluang Masih Dibuka Jika Sarawak Mahu U-Turn Ambil Vaksin Astra Zeneca – Khairy Jamaluddin

Kejayaan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia sebenarnya menyedari kepentingan mendapatkan suntikan vaksinasi dalam skala yang besar dan cepat mampu membentuk imuniti berkelompok dan mengelakkan virus ini bermutasi menjadi lebih teruk.

Pendaftaran untuk mendapatkan vaksin di MySejahtera telah mengalami pembatalan secara mendadak kerana bimbang akan kesan sampingan SEMENTARA yang bakal dihadapi dan ini menyebabkan kerajaan terpaksa menarik vaksin AZ ini keluar dari senarai Program Imunisasi Kebangsaan dan dibuka kepada sesiapa yang ingin mendapatkan vaksinasi tanpa perlu menunggu lama.

Namun demikian, sebanyak 80% daripada pembatalan di MySejahtera telah mendaftar masuk semula dengan sukarela di bawah vaksinasi AZ.

Peluang Masih Dibuka Jika Sarawak Mahu U-Turn Ambil Vaksin Astra Zeneca - Khairy Jamaluddin

Vaksin AZ secara sukarela akan diperluaskan ke klinik komuniti, tidak terhad tempahan dalam talian

Menjawab maklum balas orang ramai tentang pendaftaran dalam talian AZ yang disifatkan sebagai ‘Hunger Games’ dan menyebabkan golongan yang tiada akses internet ketinggalan, Khairy turut menjelaskan bahawa vaksinasi sukarela AZ ini akan diperluaskan ke klinik kesihatan bagi memberi peluang sama rata kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Malaysia akan memiliki sebanyak 1.1 juta dos vaksin AZ yang akan tiba bulan ini dari fasiliti COVAX, 610,000 dos adalah daripada syarikat AZ sendiri pada bulan Jun, manakala 410,000 dos akan tiba pada bulan Julai dan 1.2 juta dos akan tiba pada bulan Ogos dan September.

Rakyat Sarawak kecewa tidak diberi peluang pilih vaksin

Susulan perkembangan penolakan Sarawak terhadap vaksin AZ untuk diberikan secara sukarela di negeri ini, ia telah mengundang reaksi kecewa daripada rakyat Sarawak terutamanya golongan muda dan golongan professional seperti para doktor.

Peluang Masih Dibuka Jika Sarawak Mahu U-Turn Ambil Vaksin Astra Zeneca - Khairy Jamaluddin
Peluang Masih Dibuka Jika Sarawak Mahu U-Turn Ambil Vaksin Astra Zeneca - Khairy Jamaluddin
Peluang Masih Dibuka Jika Sarawak Mahu U-Turn Ambil Vaksin Astra Zeneca - Khairy Jamaluddin
Peluang Masih Dibuka Jika Sarawak Mahu U-Turn Ambil Vaksin Astra Zeneca - Khairy Jamaluddin

Vaksin AZ pilihan yang lebih baik untuk penduduk di luar bandar

Menerusi laporan media tempatan, seorang doktor di Miri memberitahu bahawa vaksin AZ ini patut dijadikan sebagai pilihan di Sarawak di mana sehingga kini masih belum ada dos yang mencukupi untuk vaksin Pfizer. Bahkan, vaksin ini sebenarnya adalah pilihan yang lebih baik untuk digunakan di kawasan luar bandar kerana ia tidak memerlukan penyimpanan pada suhu kurang daripada 0. Kerajaan Sarawak juga turut digesa untuk mempertimbangkan penggunaan vaksin AZ yang lebih mudah disimpan dan diedarkan berbanding vaksin Pfizer.

“Kita mempunyai pilihan yang sangat sedikit sedangkan kita belum mempunyai vaksin Pfizer. Jika individu di KL diberi pilihan, orang Sarawak juga mesti diberi pilihan dan kebebasan..”

Dr. Roland Dom Mattu, doktor

Malah, penggunaan vaksin AZ ini juga pastinya bakal memanfaatkan sebanyak setengah juta penduduk Kelabit di kawasan Bario Asal berdekatan sempadan Timur Kalimantan. Kelewatan vaksinasi juga akan menjejaskan matlamat kerajaan Sarawak untuk memperolehi imuniti berkelompok melalui vaksinasi sebanyak 80 peratus penduduk yang layak.

Koordinator JPBNS Sibu dan juga ADUN Nangka, Sibu, Dr Annuar Rapaee turut menyeru kerajaan Sarawak untuk mempertimbangkan semula penggunaan vaksin AZ di Sarawak kerana manfaat vaksin ini lebih besar daripada risiko kecil yang dibimbangi. Beliau berpendapat bahawa vaksin yang terbaik untuk Sarawak adalah vaksin yang telah tersedia awal untuk rakyat.

Risiko pembekuan darah akibat vaksin AZ jauh lebih kecil berbanding akibat merokok dan jangkitan COVID-19

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kenyataan rasminya menegaskan bahawa penggunaan vaksin AZ adalah selamat dan menyifatkan kejadian pembekuan darah akibat suntikan vaksin tersebut adalah kejadian yang jarang berlaku dan mempunyai peratusan yang sangat kecil jika dibandingkan dengan manfaat sekiranya seseorang mengambil suntikan tersebut.

Melalui satu kajian yang diterbitkan melalui jurnal Radiology (2021), peratusan seseorang individu mendapat pembekuan darah melalui suntikan AZ adalah paling rendah dan paling kecil iaitu hanya 0.0004% berbanding penggunaan pil perancang kehamilan (0.05% – 0.12%), merokok (0.18%) dan jangkitan COVID-19 (16.5%).

Manakala UK’s Medicines and Healthcare products Regulatory Agency (MHRA) pula menganggarkan pembekuan darah dalam bentuk platelet rendah ini daripada suntikan AZ ini hanya berlaku pada 4 daripada 1 juta orang. European Medicines Agency pula menganggarkan sebanyak 5 daripada 1 juta orang akan mengalaminya; yang mana sangat jarang berlaku. Individu yang dijangkiti COVID-19 pula sebaliknya mempunyai 100 kali ganda kebarangkalian untuk mendapat pembekuan darah (thrombosis) ini berbanding mereka yang telah disuntik vaksin, khususnya vaksin AZ.

Kes yang dilaporkan berkaitan pembekuan darah ini pula hanya berlaku sejurus selepas suntikan pertama. Sekiranya tiada kesan sampingan teruk yang anda rasai selepas suntikan pertama, anda selamat untuk mengambil suntikan dos kedua.

Cont.. pic.twitter.com/YTXpUFyOfA

— che’ pah🇲🇾 (@eiffaakmal) May 2, 2021

Harap ada sinar untuk rakyat Sarawak selepas ini.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Graduan Universiti Malaysia Sabah Dedikasi 2 Jam Sehari Bagi Makan Kucing Jalanan
Next Article Tidak Sengaja Membunuh, Wanita Yang Jadi Mangsa Keadaan Di Kapit Ini Dipenjara 8 Tahun Tidak Sengaja Membunuh, Wanita Yang Jadi Mangsa Keadaan Di Kapit Ini Dipenjara 8 Tahun

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?