• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Penceramah Selebriti Didakwa Atas Kesalahan 5 Pertuduhan Amang Seksual Kepada 2 Remaja Lelaki

Oleh
ILB - AI
12 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Penceramah selebriti didakwa kerana melakukan amal seksual kepada 2 remaja lelaki

Penceramah Selebriti Didakwa Atas Kesalahan 5 Pertuduhan Amang Seksual Kepada 2 Remaja Lelaki. Lagi kes amang seksual. Kali ini seorang penceramah selebriti yang cukup dikenali terutamanya untuk golongan muda telah didakwa pada hari.

Azman Syah Alias, penceramah dari sebuah program Pencetus Ummah telah didakwa di Mahkamah Seksyen Seremban atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai yang lalu.

Penceramah Selebriti Didakwa Atas Kesalahan 5 Pertuduhan Amang Seksual Kepada 2 Remaja Lelaki
Penceramah Selebriti Didakwa Atas Kesalahan 5 Pertuduhan Amang Seksual Kepada 2 Remaja Lelaki. Sumber gambar: Harian Metro

Remaja 17 tahun dan 16 tahun menjadi mangsa

Tertuduh telah melakukan aksi amang seksual fizikal serta melakukan perbuatan lucah yang melampau sehingga melakukan perbuatan merangsang mangsa yang hanya berusia 17 tahun.

Perbuatan ini dipercayai dilakukan oleh tertuduh pada 6 Julai 2022 sekitar jam 3 hingga 5 pagi di ruang tamu dan tandas sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai.

Bukan itu sahaja, tertuduh juga melakukan perbuatan yang sama terhadap seorang lagi mangsa yang berusia 16 tahun 10 bulan pada tempat dan masa yang sama. Malah, tertuduh juga telah melakukan perbuatan amang seksual terhadap mangsa yang sama pada 5 Februari 2022 lalu.

Penceramah Selebriti Didakwa Atas Kesalahan 5 Pertuduhan Amang Seksual Kepada 2 Remaja Lelaki
Penceramah Selebriti Didakwa Atas Kesalahan 5 Pertuduhan Amang Seksual Kepada 2 Remaja Lelaki. Sumber gambar: TikTok @kosmoonline

Oleh yang demikian, tertuduh telah didakwa dibawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dimana jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga disebat.

Walaupun begitu, tertuduh yang berusia 41 tahun ini telah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa. Pengakuan tersebut telah dilakukan dihadapan Hakim Datin Surita Budin.

Tertuduh bayar jaminan RM40,000, dilarang dekat dengan mangsa dan lapor diri ke balai setiap bulan

Bahkan, peguam tertuduh, Mohamad Zahid Ahmad telah memohon jaminan rendah selepas Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly meminta mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM15,000 bagi setiap pertuduhan.

Permohonan peguam tertuduh ini dilakukan atas alasan pendapatan anak guamnya terjejas semenjak direman dan memerlukan bantuan daripada pihak keluarga serta anak guamnya memberikan kerjasama yang baik.

Oleh itu, tertuduh telah ditetapkan oleh mahkamah untuk membayar jaminan RM40,000 bagi kesemua pertuduhan dan dilarang menghampiri mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Penceramah Selebriti Didakwa Atas Kesalahan 5 Pertuduhan Amang Seksual Kepada 2 Remaja Lelaki
Penceramah Selebriti Didakwa Atas Kesalahan 5 Pertuduhan Amang Seksual Kepada 2 Remaja Lelaki. Sumber gambar: TikTok @kosmoonline

Bukan itu sahaja, tertuduh juga perlu melaporkan diri setiap bulan ke balai polis berhampiran dan menyerahkan passport kepada pihak mahkamah.

Semoga kes berjalan dengan lancar dan mangsa mendapatkan keadilan yang sewajarnya.

Kes amang seksual banyak terjadi saban tahun ini dan kes tersebut boleh dibaca cerita selanjutnya di dalam artikel dibawah:

Lakukan Serangan Seksual Terhadap Anak Tiri Berusia 9 Tahun, Lelaki Dipenjara 7 Tahun Dan Dua Sebatan
Guru Sekolah Asrama Penuh Di Kuching Diperintah Bela Diri, Didakwa Laku Amang Seksual Terhadap Pelajar
SUMBER :Harian Metro TikTok @kosmoonline
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen 'Minta' Baiki Jalan Rosak Teruk Dan Berlumpur Di Kidurong Netizen ‘Minta’ Baiki Jalan Rosak Teruk Dan Berlumpur Di Kidurong
Next Article Tergamak Biar Ibu Tinggal Di Luar Rumah, Jiran Dedah Perbuatan Anak Derhaka Ini Di Tik Tok

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?