• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pendaftaran MyDigital ID Dibuka Kepada Rakyat Malaysia Bermula Mac 2024

Oleh
Farisha
13 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

MyDigital ID Tidak Menyimpan Data Biometrik untuk Menjamin Privasi

Pendaftaran MyDigital ID Dibuka Kepada Rakyat Malaysia Bermula Mac 2024. Untuk mengharmonikan cara pengesahan bagi semua perkhidmatan digital kerajaan, MIMOS Berhad, sebuah agensi di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) serta diawasi oleh MAMPU, telah memperkenalkan MyDigital ID.

Pada masa ini, hanya kakitangan kerajaan yang boleh mendaftar untuk MyDigital ID. Pendaftaran untuk orang awam dijangka akan dibuka pada Mac 2024. Maklumat mengenai pendaftaran dan lokasi kios akan tersedia di laman web kelak, menurut sumber.

Pendaftaran MyDigital ID Dibuka Kepada Rakyat Malaysia Bermula Mac 2024
Pendaftaran MyDigital ID Dibuka Kepada Rakyat Malaysia Bermula Mac 2024. Sumber foto: suara keadilan

Bagi memudahkan akses kepada pelbagai perkhidmatan digital 

Menerusi satu hantaran terbaharu di Facebook MOSTI, langkah ini bertujuan untuk memudahkan akses ke pelbagai perkhidmatan digital dan meningkatkan keselamatan dalam transaksi atas talian.

Dengan adanya MyDigital ID, pengguna dapat mengakses berbagai perkhidmatan secara online dengan lebih mudah tanpa perlu melalui proses log masuk yang rumit. Malah, ia juga memudahkan interaksi digital dengan agensi kerajaan.

Teknologi yang sangat selamat

MyDigital ID, yang tersedia sebagai aplikasi telefon pintar, mengandungi identiti digital yang dikaitkan secara kriptografi (teknologi keselamatan tinggi) dengan nama dan nombor kad pengenalan seseorang, disahkan dengan Pensijilan Kriteria Umum bertaraf antarabangsa EAL3+.

Walaupun ada kebimbangan mengenai keselamatan data peribadi, MIMOS menekankan bahawa MyDigital ID tidak menyimpan data biometrik seperti cap jari, maklumat mata, atau pengecaman wajah, dan tidak menggunakan cip atau implan dalam badan manusia.

Dalam pada itu, MyDigital ID turut tidak mengumpul atau menyimpan data peribadi atau aktiviti online pengguna, tidak mendedahkan data peribadi, dan tidak membenarkan pengguna mempunyai lebih dari satu identiti digital. MyDigital ID juga tidak akan menggantikan MyKad sebagai bukti pengenalan.

MOSTI menyeru orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau perlukan maklumat lanjut tentang MyDigital ID, hubungi mereka melalui emel di [email protected] atau mengunjungi laman web rasmi.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan digital:

airasia academy Dan MyCreative Ventures Tekad Bimbing Generasi Mahir Digital Melalui Program Ini
Baucar Digital Khas RM300 Untuk Pelajar IPTA Kini Dibuka, Ini Cara-Cara Mohon FlySiswa
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Polis Tahan Tujuh Kanak-Kanak Disyaki Curi Motosikal Di Sibu Polis Tahan Tujuh Kanak-Kanak Disyaki Curi Motosikal Di Sibu
Next Article Kenali Kaum Penan, Antara Kaum Terakhir Yang Masih Amalkan Gaya Hidup Nomad Kenali Kaum Penan, Antara Kaum Terakhir Yang Masih Amalkan Gaya Hidup Nomad

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?