I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Terlalu Cintakan Negara, Lelaki Di Sandakan Ini Sanggup Cat Rumah Corak Jalur Gemilang
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Terlalu Cintakan Negara, Lelaki Di Sandakan Ini Sanggup Cat Rumah Corak Jalur Gemilang

Oleh Nur Afifah 6 September 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Tahap patriotisme korang setinggi ni ke tak?

Terlalu Cintakan Negara, Lelaki Di Sandakan Ini Sanggup Cat Rumah Corak Jalur Gemilang. Kerana semangat cintakan negara yang menebal dalam diri, seorang usahawan dari Sandakan, Sabah, Mohd Halikin Angga sanggup mengecat rumah miliknya di Batu 15, Jalan Labuk dengan corak bendera Malaysia, Jalur Gemilang.

Menurut lelaki berusia 64 tahun itu, rumahnya itu sudahpun dicat sedemikian rupa sejak 18 tahun dan tidak berhajat untuk mengubah corak atau catnya sampai bila-bila.

Terlalu Cintakan Negara, Lelaki Di Sandakan Ini Sanggup Cat Rumah Corak Jalur Gemilang
Terlalu Cintakan Negara, Lelaki Di Sandakan Ini Sanggup Cat Rumah Corak Jalur Gemilang. Sumber: BERNAMA

Rumah berkenaan diberi nama Teratak Gemilang dan memiliki corak Jalur Gemilang yang unik, sehingga menarik perhatian orang ramai setiap kali lalu di hadapan rumah terbabit. Bumbungnya dicat dengan warna biru dengan corak bulan sabit dan bintang pecah empat belas di atasnya. Manakala dinding luar rumahnya dicat dengan jalur berbelang merah dan putih. Tiang-tiangnya pula dicat dengan warna kuning.

Pengabadian untuk mengenang jerih payah hidup kedua ibu bapanya semasa zaman penjajahan

Ditanya tentang bagaimana beliau terfikir untuk mengecatnya rumah nya dengan corak Jalur Gemilang, Halikin berkata bahawa beliau terkenang dengan cerita jerih payah kedua orang tuanya suatu ketika dahulu semasa zaman penjajahan.

Sebelum beliau mengecat rumahnya dengan corak Jalur Gemilang 18 tahun yang lalu, Halikin tidak akan lupa memacakkan bendera Jalur Gemilang dan bendera Sabah di hadapan rumahnya. Namun, seiring dengan tarikh kemerdekaan yang datang dan pergi, bendera itu juga akan dicabut semula apabila sudah habis waktu sambutan.

Terlalu Cintakan Negara, Lelaki Di Sandakan Ini Sanggup Cat Rumah Corak Jalur Gemilang
Kredit foto: Ahmad Jimmy

Cat rumah corak Jalur Gemilang guna kos sendiri

Hal ini membuatkan Halikin terfikir untuk mengecat rumahnya dengan corak Jalur Gemilang (sekurang-kurangnya ia akan kekal setiap masa).

Pada tahun 2004, saya melihat dinding luar rumah telah sedia dicat putih dan saya berfikir apa salahnya saya cat jalur merah pula seperti pada Jalur Gemilang dan bumbung rumah dicat biru dan dicat pula lagi warna kuning untuk lambang bulan sabit dan bintang,”

Mohd Halikin, pemilik Teratak Gemilang

Tambahan pula, usaha ini dibuat dengan menggunakan kos yang dikeluarkannya sendiri.

Dari luar hingga ke dalam rumah patriotik

Untuk pengetahuan anda, semangat patriotik Halikin bukan sekadar di luar rumah sahaja, tetapi juga di dalam rumahnya. Bahagian ruang tamu rumahnya dihiasi dengan potret Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Yang DiPertua Negeri Sabah dan isterinya, serta semua potret Perdana Menteri sejak Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sehingga Perdana Menteri Malaysia sekarang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Terlalu Cintakan Negara, Lelaki Di Sandakan Ini Sanggup Cat Rumah Corak Jalur Gemilang
Halikin mengelap potret YDPA di rumah Teratak Gemilangnya. Sumber: BERNAMA

Paling istimewa, Halikin juga memiliki sekeping gambar di mana Tunku Abdul Rahman berjumpa dengan 20 orang pemimpin dari Borneo Utara di Kuala Lumpur pada 9 Oktober 1981. Perjumpaan tersebut adalah perjumpaan Tunku bersama pemimpin Borneo Utara yang menerangkan tentang rancangan penubuhan Malaysia.

Gambar tersebut ditemuinya semasa membaca akhbar dalam pesawat Malaysia Airlines ke Arab Saudi semasa beliau mengerjakan umrah pada tahun 2005. Beliau memohon kebenaran daripada staf penerbangan untuk membawa pulang keratan akhbar berkenaan, membesarkannya dan membingkaikan untuk dipamerkan di dinding rumahnya.

Dua daripada tujuh anaknya dinamakan sempena nama Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi

Bagi menghormati negarawan hebat seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mohd Halikin turut menamakan dua daripada tujuh anaknya sempena nama mereka.

Beliau juga tidak menyangka usaha patriotiknya itu menarik perhatian orang ramai yang sanggup singgah semata-mata untuk mengagumi Teratak Gemilangnya serta mengambil gambar untuk diabadikan sebagai kenangan.

Halikin juga sempat menitipkan pesanan:

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya mengekalkan kemerdekaan negara dan kehidupan yang harmoni. Jika kami kehilangannya, sukar untuk mendapatkannya semula,”

Semangat macam ni yang kita nak! Salute lah pakcik Halikin.

Ini pula rumah unik di mana bahagian rumahnya berada di dua negara, Malaysia dan Indonesia:

SUMBER : BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penduduk Pedalaman Sabah Ambil Inisiatif Baiki Jalan Sendiri Pada Cuti 31 Ogos
Next Article Gara-Gara Nak Buat Konten Instagram, Seorang Remaja Dari India Cedera Parah Dilanggar Keretapi Gara-Gara Nak Buat Konten Instagram, Seorang Remaja Dari India Cedera Parah Dilanggar Keretapi

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?