• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

2 Pengawal Keselamatan Mengaku Bersalah, Mabuk Dan Rosakkan Harta Majikan Di Kuching

Oleh
Aina Musa
10 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
2 Pengawal Keselamatan Mengaku Bersalah, Mabuk Dan Rosakkan Harta Majikan Di Kuching

Kedua-dua pelaku mengaku bersalah dan dikenakan denda

2 Pengawal Keselamatan Mengaku Bersalah, Mabuk Dan Rosakkan Harta Majikan Di Kuching. Dua bekas pengawal keselamatan sebuah syarikat pembekal makanan dan perkhidmatan masing-masing dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kuching semalam.

Muhamad Hafis Mohd Nizammuddin, 28, dan Rostenlin William, 24, mengaku bersalah di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali kerana merosakkan harta benda syarikat setelah mengambil minuman keras semasa bertugas.

2 Pengawal Keselamatan Mengaku Bersalah, Mabuk Dan Rosakkan Harta Majikan Di Kuching. Sumber: Suara Sarawak

Mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja melakukan perbuatan jahat yang menyebabkan kerosakan harta benda syarikat bernilai RM250 pada 26 Disember 2023, sekitar jam 8.56 malam.

Berdasarkan fakta kes, kedua-dua tertuduh bersama dua lagi rakan sekerja telah membawa dan meminum minuman keras di bilik rehat pekerja.

Selepas mabuk, mereka bertindak ganas dengan merosakkan harta benda syarikat seperti menumbuk almari pekerja, membaling kerusi dan menendang dispenser air.

Laporan polis telah dibuat dan siasatan polis telah membawa kepada penahanan kedua-dua tertuduh pada 7 Januari lalu.

Kes ini telah dipendakwa oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Ammarsoffi Yusoff manakala kedua-dua tertuduh tidak mempunyai peguam.

Baca lagi artikel menarik:

Bahaya Dan Menyesakkan, Penduduk Gesa Projek Selenggara Jalan Di Kampung Gita Dipercepat
Pegawai Pendidikan Bakal Bertemu Uskup Anglikan Berkaitan Isu Khatam Quran Sekolah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ketahui Risiko Toksik Keindahan Warna Warni Cengkerang Terhadap Ketam Hermit Ketahui Risiko Toksik Keindahan Warna Warni Cengkerang Terhadap Ketam Hermit
Next Article Tidak Mampu Bergerak, Budak OKU Rentung Dalam Kebakaran Di Batu Tujuh

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?