• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tidak Mampu Bergerak, Budak OKU Rentung Dalam Kebakaran Di Batu Tujuh

Oleh
Farisha
10 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kanak-kanak kurang upaya maut akibat kebakaran di Kuching

Tidak Mampu Bergerak, Budak OKU Rentung Dalam Kebakaran Di Batu Tujuh. Seorang kanak-kanak lelaki kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah mental dan tidak boleh bergerak secara normal telah maut rentung dalam satu kebakaran yang melibatkan enam buah rumah kedai di Batu Tujuh Kota Sentosa, Kuching, Sarawak, semalam.

Mayat mangsa berusia 12 tahun telah ditemui oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak semasa melakukan kerja-kerja ‘overhoul’ selepas api berjaya dipadamkan.

Tidak Mampu Bergerak, Budak OKU Rentung Dalam Kebakaran Di Batu Tujuh
Tidak Mampu Bergerak, Budak OKU Rentung Dalam Kebakaran Di Batu Tujuh. Sumber: dayakdaily

Mayat ditemui di ruang tamu tingkat dua

Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Sarawak, Henderi Ardimansyah, mayat kanak-kanak malang itu telah ditemui di ruang tamu tingkat dua salah satu rumah kedai tersebut.

JBPM Sarawak menerima laporan mengenai kebakaran tersebut pada pukul 3.30 petang dan seramai 40 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, Batu Lintang dan Kota Samarahan telah dihantar ke tempat kejadian, menurut sumber.

6 buah kedai terbakar

Setibanya di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati enam buah kedai sedang terbakar dan terdapat dua orang mangsa yang dipercayai masih terperangkap. Namun setelah bertemu waris, hanya seorang mangsa sahaja disahkan masih berada di dalam.

Pihak bomba mengambil masa lebih kurang dua jam setengah untuk memadamkan kebakaran tersebut. Bagaimanapun, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Nahas Kebakaran Batu Kawa, Ayah Terkilan Tak Sempat Tunai Permintaan Anak Teringin Aiskrim
Tragedi Sebelum Gawai, Rumah Panjang Di Sibu Musnah Akibat Kebakaran
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 2 Pengawal Keselamatan Mengaku Bersalah, Mabuk Dan Rosakkan Harta Majikan Di Kuching 2 Pengawal Keselamatan Mengaku Bersalah, Mabuk Dan Rosakkan Harta Majikan Di Kuching
Next Article Padah Lawan Arus, Rider Tercampak Tepi Jalan Dirempuh Bas Di Saratok Padah Lawan Arus, Rider Tercampak Tepi Jalan Dirempuh Bas Di Saratok

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?