• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pemohon Sarawak Malaysia Rumah Keduaku SM2H Bakal Peroleh Visa Dengan Lebih Cepat

Oleh
Farisha
14 Disember 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

SM2H kini diproses sepenuhnya dalam talian, dijangka memendekkan tempoh kelulusan SM2H

Pemohon Sarawak Malaysia Rumah Keduaku SM2H Bakal Peroleh Visa Dengan Lebih Cepat. Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri bertujuan untuk mempercepatkan tempoh kelulusan permohonan program Sarawak My Second Home (SM2H) daripada tarikh penerimaan permohonan, kata Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah semalam.

Menurut laporan, beliau berkata kementeriannya akan menangani sebarang masalah yang memperlambatkan proses kelulusan, yang dalam sesetengah kes mengambil masa lebih daripada enam bulan.

Pemohon Sarawak Malaysia Rumah Keduaku SM2H Bakal Peroleh Visa Dengan Lebih Cepat
Pemohon Sarawak Malaysia Rumah Keduaku SM2H Bakal Peroleh Visa Dengan Lebih Cepat. Sumber: tourism

Meluluskan dalam tempoh 3 bulan, namun mungkin boleh dipendekkan kepada 2 atau 1 bulan

“Sasaran saya ialah meluluskan permohonan dalam tempoh tiga bulan, tetapi apabila kami menjadi lebih cekap dan ejen yang menguruskan permohonan tersebut menjadi lebih biasa dengan proses itu, mungkin tempoh itu boleh dipendekkan kepada dua bulan dan suatu hari nanti, hanya satu bulan untuk meluluskan permohonan,” katanya menurut sumber.

“Tetapi dari segi kementerian saya, kami akan berusaha untuk memperbaiki dan semua permohonan kini dibuat secara online, tidak seperti dahulu apabila ianya diproses secara manual. Itu sebabnya kami akan terus memperbaiki diri.

Beliau berkata program SM2H semakin mendapat sambutan yang baik, dengan terdapat beberapa kes tertunggak yang menunggu kelulusan dalam mesyuarat jawatankuasa kerja yang beliau pengerusikan.

“Jumlah permohonan yang tinggi tidak pernah berlaku sebelum ini, walaupun program second home telah wujud selama bertahun-tahun,” katanya, sambil menambah bahawa tindak balas terhadap program itu sangat menggalakkan dalam dua tahun kebelakangan ini.

Antara sebabnya adalah Sarawak negeri sangat kondusif dan bahasa Inggeris dan Cina digunakan secara meluas

Karim berkata antara sebabnya ialah pemohon mendapati Sarawak sangat kondusif, selamat, dan stabil dari segi politik. Selain itu, bahasa Inggeris dan Cina juga digunakan secara meluas di Sarawak, selain dari budaya.

Beliau berkata jumlah levi sebanyak RM150,000 yang ditetapkan kerajaan negeri bagi setiap permohonan juga berpatutan bagi mereka.

“Semua pesara yang melihat Sarawak sebagai second home mereka, sudah tentu akan melihatnya dari segi kewangan,” katanya.

Jumlah levi dikenakan jauh lebih murah

Beliau berkata levi RM150,000 yang dikenakan oleh Sarawak berbanding RM1 juta di bawah program Malaysia My Second Home (MM2H) adalah jauh lebih murah. Dalam pada itu, pemohon yang diluluskan di bawah program SM2H juga boleh membeli hartanah pada harga minimum RM600,000 atau menyewa rumah atau menginap di hotel.

Walaubagaimanapun, mereka mesti tinggal di Sarawak sekurang-kurangnya 30 hari dalam tempoh visa lima tahun. Karim berkata kebanyakan permohonan adalah dari Singapura, Hong Kong, Taiwan, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
2000 Biji Durian Percuma Menanti Pengunjung Program Sarawakku Sayang Di Samarahan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jambatan Canopy Walk, Aktiviti Mencabar Di Danum Sabah
Next Article Wan Fayhsal Desak PMX Ubah Perlembagaan Agar Melayu Islam Saja Boleh Jadi PM

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?