I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui Ngayap, Tradisi Memikat Gadis Iban Di Malam Hari Yang Telah Pupus

Oleh Ismail NA
15 Disember 2023
Kongsi
6 Min Bacaan

Kalau zaman sekarang lelaki kena isi Google Form, zaman dulu orang Iban kena datang rumah waktu malam tau!

Ketahui Ngayap, Tradisi Memikat Gadis Iban Di Malam Hari Yang Telah Pupus. Tahukah anda bahawa masyarakat Iban pada suatu masa dahulu juga pernah mempunyai tradisi pencarian jodoh yang tersendiri? Usaha ini dilakukan oleh pemuda Iban yang betul-betul budiman bagi mengenali hati budi si gadis yang diidamkan.

Tradisi ini dinamakan sebagai tradisi Ngayap.

Catatan tentang tradisi ini direkodkan sendiri oleh ahli etnografi dan sejarah terkemuka berbangsa Iban iaitu Benedict Sandin. Catatan mengenai tradisi Ngayap ini diterbitkan pada tahun 1980 menerusi buku ‘Iban Way of Life: A Translation from Tusun Pendiau’.

Ngayap, Tradisi Memikat Gadis Iban Di Malam Hari Yang Telah Pupus
Ngayap, Tradisi Memikat Gadis Iban Di Malam Hari Yang Telah Pupus

Ngayap, tradisi untuk lelaki budiman Iban memikat gadis idaman

Tradisi Ngayap ini merupakan sebuah tradisi Iban lama yang bertujuan untuk memikat dan berkenalan dengan lebih dekat gadis idaman mereka dengan cara melawat gadis-gadis ini di rumah pada waktu malam. Tradisi ini dilakukan dengan penuh tertib dan kesopanan bagi menjaga nilai-nilai kemasyarakatan kaum Iban.

Perjumpaan antara lelaki dan wanita di siang hari dipandang serong oleh masyarakat

Masyarakat Iban pada zaman dahulu memandang perjumpaan romantik antara pemuda dan gadis di siang hari sebagai sesuatu yang tidak manis. Perbuatan ini digelar ‘jegit’, yang lebih berat ditujukan kepada wanita. ‘Jegit’ membawa makna wanita gatal, miang kerana berkelakuan berlebihan atau mengada-ngada dengan lelaki. Gelaran ini begitu sensitif dalam kalangan wanita Iban dan boleh mengguriskan perasaan kerana ia kedengaran kasar dan boleh menjatuhkan maruah mereka.

Ngayap, Tradisi Memikat Gadis Iban Di Malam Hari Yang Telah Pupus
Ngayap, Tradisi Memikat Di Malam Hari Kaum Iban Yang Telah Pupus

Oleh sebab itu, tradisi Ngayap lebih digemari bagi mengelakkan fitnah dan kata-kata yang tidak enak daripada orang sekeliling.

‘Ruding’, alat ajaib pemikat hati gadis Iban

Teruna Iban akan pergi ke rumah panjang gadis idaman mereka pada waktu malam dan memainkan alat muzik yang dinamakan sebagai ‘ruding’ atau ‘gerudeng’ di ruai (beranda) yang berdekatan dengan bilik gadis berkenaan . Alat muzik ini berperanan penting sebagai isyarat untuk memanggil gadis idaman mereka dan juga sebagai tanda perkenalan sebelum Ngayap.

Sekiranya gadis yang diingini berminat untuk berkenalan, mereka akan membalas alunan bunyi ‘ruding’ tersebut dengan menghantar mesej menerusi alat muzik yang sama dengan alunan bunyi yang merdu. Kemudian, barulah pemuda berkenaan boleh meneruskan hajatnya untuk Ngayap.

Ngayap, Tradisi Memikat Gadis Iban Di Malam Hari Yang Telah Pupus
‘Ruding’ tangkai pinang. Sumber: R. Raine-Reusch, May 2002 via asza.com
Ngayap, Tradisi Memikat Gadis Iban Di Malam Hari Yang Telah Pupus
‘Ruding’ aluminium. Sumber: R. Raine-Reusch, May 2002 via asza.com

Semasa amalan Ngayap ini, si pemuda dan si gadis akan berada dalam bilik tidur si gadis untuk berkenalan dan meluahkan isi hati masing-masing.

Pantang larang Ngayap

Walau bagaimanapun, seseorang pemuda hanya dihadkan untuk mengunjungi bilik si gadis selama 3 malam berturut-turut. Sekiranya pemuda tersebut bertindak mengunjungi gadis tersebut secara berterusan, ibu bapa si gadis berhak mempersoalkan tindakan si pemuda dan bertanya sama ada si pemuda mempunyai niat untuk menyunting si gadis untuk dijadikan isteri.

Jika pemuda tersebut diketahui hanya ingin berfoya-foya dan tidak serius, kunjungan Ngayapnya hendaklah dihentikan serta merta.

Ngayap, Tradisi Memikat Gadis Iban Di Malam Hari Yang Telah Pupus
Adat Ngayap Iban yang ditunjukkan dalam filem Hollywood, The Sleeping Dictionary lakonan Jessica Alba

Walau bagaimanapun, sekiranya si pemuda berhasrat untuk melanjutkan perkenalan tersebut ke peringkat yang lebih serius, mereka akan memberikan hadiah kepada si dara sebagai tanda kejujuran. Si pemuda juga harus memaklumkan kepada kedua ibubapanya tentang hasrat untuk datang meminang jika bercadang untuk mengahwini gadis idaman yang dikenalinya melalui Ngayap.

Perkenalan serius tanpa rancangan kahwin akan ‘dikahwinkan’

Namun begitu, jika kunjungan Ngayap diteruskan dalam masa yang agak lama dan tiada perancangan untuk berkahwin, ibu bapa si gadis berhak menangkap pemuda tersebut dan mengaturkan perkahwinan di antara keduanya dengan segera. Perkahwinan pasangan tersebut seterusnya akan dirujuk kepada Tuai Rumah (Ketua Rumah/Kaum) dan penduduk di rumah panjang.

Ngayap, Tradisi Memikat Gadis Iban Di Malam Hari Yang Telah Pupus
Perkahwinan adat Iban. Gambar hiasan.

Tradisi Ngayap ini hanya boleh dilakukan dalam kalangan lelaki dan gadis Iban sahaja. Jika pemuda kaum lain melanggar tradisi ini dan melakukannya, mereka boleh dikenakan denda atau hukuman manusia antara manusia yang disebut ‘tunggu’ dan biasanya melibatkan tempayan yang disebut ‘mungkul’. Bagi kesalahan ini, pesalah akan dikenakan ‘Tunggu Mungkul 100’, hukuman 100 tempayan. Jika ditukarkan dalam bentuk matawang, 100 mungkul sama nilai dengan RM 100.

Ngayap, Tradisi Memikat Gadis Iban Di Malam Hari Yang Telah Pupus
Adat Iban 1993, Undang-Undang Adat Bansa Asal Order Adat Iban, 1993, Kerajaan Sarawak.

Seiring dengan perkembangan zaman, tradisi Ngayap ini tidak lagi diteruskan kerana cara hidup manusia yang lebih moden dan kasual. Justeru, pergaulan dan perkenalan boleh berlaku setiap hari dan di mana sahaja, sama ada semasa majlis keramaian seperti keramaian, kenduri kahwin, sekolah, dan tempat kerja.

Kenali juga Benedict Sandin, ahli etnografi Sarawak yang pernah dijadikan ‘doodle’ oleh Google:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Adat Dan Pantang Larang Setiap Kaum Bidayuh Kenali Adat Dan Pantang Larang Setiap Kaum Bidayuh
Next Article Penggemar Aktiviti Lasak, Paintball Di Mambong Siburan Untuk Anda Kunjungi

Advertorial

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?