• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dari Penjajahan Ke Pembebasan, Ini Kronologi Penguasaan Jepun Di Borneo Utara

Oleh
Aina Musa
31 Oktober 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Dari Penjajahan Ke Pembebasan, Ini Kronologi Penguasaan Jepun Di Borneo Utara

Ini kisah penjajahan Jepun di Sabah

Dari Penjajahan Ke Pembebasan, Ini Kronologi Penguasaan Jepun Di Borneo Utara. Penjajahan Jepun di Sabah, yang dikenali sebagai Borneo Utara pada masa itu, bermula pada 1 Januari 1942. Pada tarikh tersebut, tentera Jepun mendarat di Pulau Labuan dan memulakan kempen penaklukan mereka di Borneo Utara.

Dengan strategi dan kekuatan tentera yang tersusun rapi, Jepun berjaya menguasai keseluruhan Borneo Utara dengan cepat. Pada 16 Mei 1942, seluruh wilayah Borneo Utara telah jatuh ke tangan Jepun dan berada di bawah penguasaan mereka.

Dari Penjajahan Ke Pembebasan, Ini Kronologi Penguasaan Jepun Di Borneo Utara
Dari Penjajahan Ke Pembebasan, Ini Kronologi Penguasaan Jepun Di Borneo Utara. Kredit: Google

Selepas Borneo Utara jatuh ke tangan Jepun, pentadbiran wilayah tersebut dibahagikan kepada dua bahagian utama. Bahagian pertama, yang meliputi Persisiran Pantai Barat termasuk kawasan pedalaman dan bandar Kudat, diberi nama ‘Sheikai Shiu’.

Manakala bahagian kedua, iaitu Persisiran Pantai Timur, dinamakan sebagai ‘Tokai Shiu’. Sepanjang tempoh penjajahan, pemerintahan Jepun mendapat tentangan hebat daripada penduduk setempat serta kumpulan-kumpulan gerila yang aktif di wilayah tersebut.

Dari Penjajahan Ke Pembebasan, Ini Kronologi Penguasaan Jepun Di Borneo Utara

Di antara usaha-usaha penentangan untuk menghalau kekuatan Jepun dari Borneo, salah satunya ialah perjuangan yang diterajui oleh Gerakan Gerila Kinabalu di bawah kepimpinan Albert Kwok. Perjuangan ini berlaku di Persisiran Pantai Barat. Sementara itu, di bahagian utara, penentangan lain pula diterajui oleh Datu Mustapha.

Walaupun begitu, Gerakan Gerila Kinabalu tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menghalau Jepun. Malangnya, gerakan ini mendapat kesudahan tragis apabila Albert Kwok dan pengikut-pengikutnya dibunuh secara besar-besaran oleh tentera Jepun di Petagas pada 21 Januari 1944.

Dari Penjajahan Ke Pembebasan, Ini Kronologi Penguasaan Jepun Di Borneo Utara

Pembebasan Borneo Utara dari genggaman Jepun bermula pada 9 Jun 1945, apabila Divisi Kuasa Imperial Australia Ke-9 melancarkan serangan terhadap posisi tentera Jepun di Labuan, Sabah.

Peperangan di Borneo Utara berakhir dengan penyerahan diri Jepun.

Leftenen Jeneral Masao Baba mewakili Jepun menyerah diri di Pulau Labuan pada 10 September 1945. Seterusnya, Kolonel Elimus menyerah diri di Papar pada 15 September 1945, dan Majer Akashi akhirnya mengaku kalah di Beaufort pada 17 September 1945.

Akibat serangan pengeboman yang dilancarkan oleh Pasukan Perikatan yang terdiri daripada Australia, British, Amerika Syarikat, dan New Zealand, pihak Jepun terpaksa menyerah kalah. Pengeboman intensif ini telah menyebabkan kehancuran di beberapa kawasan di Sabah, termasuk Sandakan, Jesselton, dan Labuan.

Baca lagi artikel menarik:

Sejarah Kem Tahanan Batu Lintang, Satu-Satunya Kem Tahanan Perang Jepun di Borneo
Sejarah ‘Comfort House’, Rumah Pelayanan Nafsu Seks Tentera Jepun

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tempat Menarik Di Labuan Yang Anda Perlu Lawati
Next Article Tular Khabar Angin Karnival Jom Heboh Bakal Gegarkan Kuching Bulan Disember Ini Tular Khabar Angin Karnival Jom Heboh Bakal Gegarkan Kuching Bulan Disember Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?