I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Sejarah ‘Comfort House’, Rumah Pelayanan Nafsu Seks Tentera Jepun
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sejarah ‘Comfort House’, Rumah Pelayanan Nafsu Seks Tentera Jepun

Oleh Nur Afifah 15 Disember 2022
Kongsi
8 Min Bacaan

Kekejaman yang tidak dapat dibayangkan akal manusia oleh tentera Jepun.

Sejarah ‘Comfort House’, Rumah Pelayanan Nafsu Seks Tentera Jepun. Tidak banyak carian yang boleh didapati dengan mudah di internet tentang ‘comfort house’ tentera Jepun ini. Justeru, menerusi sumber pelbagai yang kami perolehi, kami ingin menceritakan kepada anda tentang kewujudan ‘comfort house’ yang menjadi igauan para wanita termasuk kanak-kanak yang menjadi hamba seks kepada tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua.

Comfort House (Rumah Pelayanan Nafsu Tentera Jepun) adalah sebuah rumah pelacuran yang telah wujud semasa zaman pendudukan Jepun sejak tahun 1932. Comfort House berada di kawasan terpencil bagi tentera Jepun menikmati pelayanan seks.

Sejarah Comfort House, Rumah Pelayanan Nafsu Seks Tentera Jepun
Sejarah ‘Comfort House’, Rumah Pelayanan Nafsu Seks Tentera Jepun. Rumah pelayanan seks tentera Jepun di Fox Road, Labuan sekitar September 1945. Kredit foto: AWM P02919.057

‘Comfort house’ Jepun di Kuala Lumpur bertempat di sebuah banglo besar di belakang Dewan Perhimpunan Cina Selangor, empat buah bangunan besar di sepanjang Jalan Gurney (kini dikenali dengan nama Jalan Tun Razak), bersebelahan Perpustakaan Negara, Hotel Tai Sun bertentangan dengan Penjara Pudu, dan sebuah rumah besar di sepanjang Jalan Ampang. Di Labuan, ‘comfort house’ ini bertempat di Fox Road. Selain itu, ‘comfort house’ ini turut dibina di Kuala Pilah, Port Dickson, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Melaka dan Sepang.

Peluasan ‘comfort house’ disebabkan peristiwa ‘Rape of Nanking’

Walau bagaimanapun, peluasan stesen ‘comfort house’ ini bertitik tolak daripada sebuah insiden hitam di China yang dinamakan sebagai ‘Rape of Nanking’. Pada 6 Disember 1937, tentera Jepun melaksanakan pembunuhan besar-besaran dalam langkahnya merampas Republik China. Tentera Jepun turut merogol antara 20,000 hingga 80,000 wanita Cina. Insiden hitam ini telah memusnahkan kota Nanking.

Ekoran itu, Raja Hirohito bimbang insiden ini akan memberi impak yang besar kepada imej Jepun kerana berita ini ternyata mengejutkan dunia. Oleh yang demikian, raja Jepun itu menitahkan agar pihak tentera meluaskan ‘comfort house’ mereka bagi membendung kesan buruk yang lebih panjang, mengurangkan penyakit jangkitan kelamin dan memastikan terdapat sumber pelacur yang mencukupi bagi memuaskan nafsu seks tentera Jepun ini.

Modus operandi jahat tentera Jepun merekrut ‘comfort girls’

Bagi memenuhi kekosongan di ‘comfort house’, tentera Jepun telah melakukan kekejaman yang tidak dapat dibayangkan oleh manusia terhadap kaum wanita. Di kawasan pendudukan Jepun, para wanita yang berada di jalanan akan ditangkap. Kebanyakan ‘comfort girls’ adalah dalam kalangan wanita warga Korea dan China, serta gadis pelbagai latar belakang yang berusia di antara 17 hingga 28 tahun di seluruh kawasan Asia Tenggara.

Sejarah Comfort House, Rumah Pelayanan Nafsu Seks Tentera Jepun
Gadis Cina dan Melayu yang dibawa secara paksa dari Pulau Pinang untuk bekerja sebagai ‘comfort girls’ tentera Jepun. Kredit foto: E.A. Lemon; IWM SE 5226

Catatan diari artis perang Australia, Donald Friend juga menunjukkan bahawa gadis-gadis ‘comfort girls’ yang ditempatkan di rumah pelayanan seks di Labuan adalah dalam kalangan gadis-gadis yang ditipu dari Pulau Jawa. Mereka diperdaya dengan tawaran kerja sebagai kerani pejabat dengan gaji yang lumayan. Wanita-wanita muda dari seluruh Asia direkrut dengan pelbagai cara. Ada yang dibayar dan menerima jajanan seperti gula-gula dan rokok, ‘dibeli’ daripada keluarga dan individu yang dikenali, dijanjikan dengan janji manis pekerjaan serta dibawa lari secara paksaan.

Menerusi sebuah temuramah dengan seorang askar Australia, Angus McDougall yang selamat dari Perang Dunia Kedua, beliau menceritakan bahawa pada zaman pendudukan Jepun, salah satu gerabak kereta api yang membawa tahanan awam ke Banpong, Thailand dipenuhi dengan wanita muda. Mereka bukan gadis Jepun, tetapi sebaliknya gadis berbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Jumlahnya dalam 25 hingga 30 orang dalam satu gerabak, serta dikawal ketat oleh pengawal.

Mereka dibawa dalam keadaan yang sama seperti tahanan untuk ke rumah pelayanan seks di Thailand atau Burma (Myanmar).

Sebaik sahaja mereka berada di ‘comfort house’ atau rumah pelacuran ini, mereka akan dipaksa untuk melakukan seks dengan tentera Jepun dengan cara yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Kekerapan rogol akan meningkat sebelum mereka turun ke medan perang sehingga menyebabkan wanita ini menderita secara fizikal, hamil, menghidap penyakit jangkitan kelamin dan akhirnya dibiarkan sehingga tidak mempunyai harapan hidup.

Sejarah Comfort House, Rumah Pelayanan Nafsu Seks Tentera Jepun
‘Comfort girls’ Korea yang ditawan oleh tentera China daripada tentera Jepun. Kredit sumber: Charles H. Hatfield, U.S. 164th Signal Photo Company, ihsan U.S. National Archives. September 1944.

Identiti ‘comfort girls’ disembunyikan dengan dipaksa menyamar menjadi jururawat

Tentera Jepun bijak menyembunyikan identiti gadis-gadis ini daripada diketahui secara umum sebagai ‘comfort girls’. Mereka disuruh menyamar sebagai jururawat oleh tentera Jepun dan diberikan lilitan lengan palang merah. Bagi mengelakkan risiko wanita-wanita ini melarikan diri, tentera Jepun juga membawa mereka ke stesen rumah pelayanan seks yang jauh dari tempat asal mereka. Bahkan, ada yang merentas benua. Mereka ditempatkan di negara asing yang berbeza suasana dan bahasa, ibarat sebuah penjara.

Malangnya, selepas tamat Perang Dunia Kedua, nasib wanita-wanita ‘comfort girls’ terus tidak dipertanggungjawab dan dipedulikan oleh pihak tentera Jepun. ‘Comfort girls’ ini juga dibiar mencari jalan pulang sendiri. Ada yang berjaya pulang dengan bantuan tentera bersekutu British.

Dilaporkan, 90% daripadanya meninggal akibat jangkitan penyakit kelamin, komplikasi akibat penderaan berterusan daripada tentera Jepun dan membunuh diri. Nasib kebanyakan mereka juga tidak diketahui kerana pihak Jepun memusnahkan semua bukti tentang kegiatan ini setelah tamatnya Perang Dunia Kedua, maka kurang atau hampir tiada rekod bertulis tentang kehidupan ‘comfort girls’ yang malang ini.

Isu ‘comfort girls’ menjadi punca hubungan diplomatik tidak stabil antara Korea Selatan dan Jepun

Kerajaan Jepun juga menafikan kewujudan ‘comfort house’ ini selama berdekad lamanya selepas tamat perang. Namun, kemunculan ramai ‘comfort girls’ terutamanya dari Korea yang memberikan testimoni menyebabkan Jepun mengaku akan kekejaman itu pada tahun 1993.

Setelah mengakui kekejaman tersebut, Jepun berjanji akan memberi pampasan ganti rugi kepada ‘comfort girls’ yang masih terselamat, namun Korea Selatan meminta agar Jepun mengemukakan permohonan maaf, lebih daripada sekadar pampasan kepada wanita-wanita ini. Jepun mengecam permintaan Korea dengan menyatakan bahawa isu ini adalah perkara yang sudahpun menjadi sejarah lalu.

Sehingga kini, isu ‘comfort girls’ dan penderitaan mereka dalam ‘comfort house’ masih belum menemui kata putus, terutamanya antara Korea Selatan dan Jepun.

Sejarah Comfort House, Rumah Pelayanan Nafsu Seks Tentera Jepun
Lee Yong-soo, ‘comfort girl’ Korea Selatan yang terselamat daripada rumah pelacuran tentera Jepun. Kredit foto: AP

Di Kota Samarahan, Sarawak, anda boleh melihat dengan jelas kesan peninggalan tentera Jepun yang masih utuh berdiri: Lihat 4 Kesan Peninggalan Jepun Yang Masih Utuh Di Samarahan

SUMBER : Morris-Suzuki, Tessa (2015) You Don't Want to Know About the Girls? The 'Comfort Women', the Japanese Military and Allied Forces in the Asia-Pacific War. The Asia Pacific Journal. 13(1):1., history.com, Malaysiakini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sanggup Hantar 1 Part Kecil Dari Jerman Beserta Surat Dalam BM, Netizen Puji Servis Mantap LEGO Sanggup Hantar 1 Part Kecil Dari Jerman Beserta Surat Dalam BM, Netizen Puji Servis Mantap LEGO
Next Article Remaja Ditemui Maut Di Sadong Jaya, Terkena Renjatan Elektrik Ketika Mencuri Wayar Remaja Ditemui Maut Di Sadong Jaya, Terkena Renjatan Elektrik Ketika Mencuri Wayar

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?