• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Remy Hii, Anak Sabah Yang Pernah Berganding Dengan Tom Holland Dalam Filem Spiderman

Oleh
Husna Hazmi
26 Februari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Biar betul anak kelahiran Sabah ini berlakon dalam cerita Spider-Man: Far From Home!

Kenali Remy Hii, Anak Sabah Yang Pernah Berganding Dengan Tom Holland Dalam Filem Spiderman. Siapa sangka pelakon Hollywood Remy Hii ini sebenarnya anak kelahiran Sabah.

Dilahirkan di Kota Kinabalu, bapa Remy adalah berketurunan Cina di Sabah manakala ibunya pula berasal dari Manchester, England. Ketika berusia lapan tahun, Remy dan keluarga berpindah ke Queensland, Australia bersama kedua-dua orang tuanya.

View this post on Instagram

A post shared by Remy Hii (@remyhii)

Pernah membintangi filem Marvel Spider-Man: Far From Home

Anda mungkin pernah melihat jejaka tampan ini berlakon di dalam filem Hollywood yang terkenal iaitu Crazy Rich Asian bersama Henry Golding yang juga merupakan anak kelahiran Borneo dari Sarawak. Tak cukup di situ sahaja, Remy Hii juga pernah membintangi filem Marvel Spider-Man: Far From Home bersama bintang hebat Hollywood iaitu Tom Holland, Zendaya, Jake Gyllenhaal, Samuel L. Jackson dan banyak lagi.

Di dalam filem Spider-Man: Far From Home, Remy memainkan watak remaja sekolah menengah, Brad Davis di mana dia merupakan pesaing Peter Parker atau Spiderman (Tom Holland) dalam memenangi hati MJ (Zendaya).

There is a gorgeous and striking unpredictability about shooting with colour film at night. This shot of Jing Lusi reminds me of the old Hong Kong movies I watched with my grandparents growing up in Kota Kinabalu, Malaysia. pic.twitter.com/RCqSI4CfcY

— Remy Hii (@RemyHii) August 19, 2018

Di akaun Twitter pula, Remy berkata bahawa

Di akaun Twitter pula, Remy berkata bahawa rakaman filem berwarna waktu malam merupakan sesuatu yang amat indah dan menarik. Rakaman Jing Lusi mengingatkan Remy pada filem lama Hong Kong yang ditontonnya bersama datuk dan neneknya ketika dia membesar di Kota Kinabalu, Sabah.

Remy juga membintangi satu siri dari Netflix yang anda mungkin pernah lihat iaitu Marco Polo dan baru-baru ini, Remy telah berkongsi di akaun Instagram miliknya bahawa dia akan menyertai rancangan memasak, The Cook Up bersama Adam Liaw dan Poh Liang Yeow di mana mereka akan berkongsi warisan makanan dari Malaysia.

View this post on Instagram

A post shared by Remy Hii (@remyhii)

Saya amat berbangga kerana mewarisi keturunan Cina-Malaysia, namun dapat meraikannya dengan cara yang terbaik (semestinya melalui makanan) dengan dua orang idola saya Adam Liaw dan Poh Liang Yeow di TV Australia merupakan sesuatu yang diimpikan oleh anak dari Sabah ini!”- Tulis Remy di akaun Instagramnya.

Diharap agar kejayaan Remy ini boleh menjadi pembakar semangat anak muda di luar sana untuk mengejar impian anda. Memang terbaiklah anak kelahiran Sabah ini dan semoga maju jaya diucapkan!

Baca lagi di sini tentang kejayaan anak Sabah:

Harumkan Nama Malaysia, Anak Sabah Dan Sarawak Terpilih Terima Anugerah ‘Order Of Australia’ 2023
Wanita Asia Pertama Pegang Jawatan Dalam Kabinet, Anak Sabah Ini Jadi Menteri Luar Australia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jambatan Batang Lupar 2 Dijangka Siap Tahun Depan Jambatan Batang Lupar 2 Dijangka Siap Tahun Depan
Next Article CFOS Gesa Lanjutkan Tempoh Harga Maksimum Tiket Penerbangan Sempena Aidilfitri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?