• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pernah Jadi Kebanggaan Wilayah, Hotel Misteri Di Labuan Ini Dikatakan Berhantu

Oleh
Nazihah AN
11 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Pernah Jadi Kebanggaan Wilayah, Hotel Misteri Di Labuan Ini Dikatakan Berhantu

Hotel Labuan ini terletak berhadapan dengan dataran Labuan

Pernah Jadi Kebanggaan Wilayah, Hotel Misteri Di Labuan Ini Dikatakan Berhantu. Pernah menjadi kebanggaan Labuan. Tetapi Hotel Labuan setinggi 10 tingkat itu menjadi pemandangan yang menyayat hati selepas ia ditinggalkan pada tahun 1997.

Hotel ni terletak tepat di dalam Bandar Labuan iaitu di depan Dataran Labuan . Keadaan infrastrukturnya yang usang dan tidak di pelihara membuatkannya kelihatan lebih seram terutamanya waktu malam.

Pernah Jadi Kebanggaan Wilayah, Hotel Misteri Di Labuan Ini Dikatakan Berhantu
Pernah Jadi Kebanggaan Wilayah, Hotel Misteri Di Labuan Ini Dikatakan Berhantu

Hotel ini ditutup secara mengejut atas faktor keselamatan

Hotel 10 tingkat ini memiliki 150 bilik yang dilengkapi dengan fasiliti yang moden seperti kolam renang, restoran, lounge dan banyak lagi. Namun, operasi Hotel Labuan terpaksa diberhentikan serta merta atas faktor-faktor keselamatan.

Dikatakan struktur bangunan tersebut tidak kukuh dan boleh roboh bila-bila masa sahaja. Ada yang menyatakan bahawa bahan-bahan yang digunakan untuk membina tidak berkualiti.

Tidak hanya itu, hotel ini dianggap hotel paling seram di Labuan

Hotel ini juga dianggap sebagai salah satu hotel paling seram di Labuan. Ada yang menyatakan bahawa penduduk pernah melihat seorang wanita yang berpakaian serba putih yang mendukung bayi dan ingin terjun dari bangunan itu.

Situasi ini telah menyebabkan individu yang menyaksikan kejadian tersebut membuat panggilan kecemasan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan. Selepas pihak Bomba melakukan pemeriksaan dalam bangunan tersebut, tiada seorang pun ditemui.

Hotel tersebut juga pernah terjadinya kebakaran walaupun tiada bekalan elektrik

Hotel Labuan ini juga pernah terjadinya kebakaran di tingkat 1 namun, pihak bomba yang datang tolong memadamkan api tersebut menyatakan bahawa mereka tidak jumpa punca kebakaran tersebut dan dianggap masih misteri.

Ada yang berpendapat bahawa berkemungkinan yang menjadi punca kebakaran tersebut berlaku adalah angkara penagih dadah.

Walaupun ianya sudah terbengkalai berpuluh tahun, penduduk setempat masih dalam keadaan tertanya-tanya akan bangunan tersebut yang tidak dirobohkan sehingga kini.

Lagi artikel menarik yang anda boleh baca, lihat pautan di bawah:

Lagenda Hantu Kayong Di Sarawak, Ketahui Mitos Sumpahan Hantu Bangkit Orang Boyan
Kisah Hantu Janet, Dongeng Jururawat Yang Diculik Untuk Ritual ‘Semah’
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Scammer Kini Panggil Mangsa Untuk Muat Turun App Bagi 'Selesaikan Pembekuan Akaun Bank' Scammer Kini Panggil Mangsa Untuk Muat Turun App Bagi ‘Selesaikan Pembekuan Akaun Bank’
Next Article MyKad Dirampas, Wanita Sarawak Ini Dinafikan Rawatan Kanser Dari Pusat Perubatan Kerajaan MyKad Dirampas, Wanita Sarawak Ini Dinafikan Rawatan Kanser Dari Pusat Perubatan Kerajaan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?